PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Jumaat, 31 Disember 2010

Pendaftaran Tahun 1 (SESI 2011)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pendaftaran Tahun 1 diadakan pada 31.12.2010 mulai jam 8.00 pagi.
Gambar aktiviti...

Sekian, terima kasih.

Selasa, 28 Disember 2010

Makluman Mesyuarat (Disember 2010)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

27.12.2010 - Mesyuarat Guru & Taklimat KSSR.
28.12.2010 - Mesyuarat Kurikulum & Taklimat KSSR.
29.12.2010 - Mesyuarat HEM, Taklimat berkaitan SSM & Mesyuarat Panitia
30.12.2010 - Mesyuarat Kokurikulum & Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran
31.12.2010 - Pendaftaran Pelajar Tahun 1 & Mesyuarat Panitia

* Agenda Mesyuarat Kurikulum 1-2011
1. Ucapan pengerusi
2. Pelantikan Ketua Panitia
3. Fail Panitia
4. Perancangan Program
5. Perancangan Strategik (setiap mata pelajaran/P. Agama Islam)
6. Post Mortem PKSR 2-2010 - dibentangkan oleh Ketua Panitia 2010
7. Target UPSR 2011
8. Target PKSR-2-2011
9. Kedudukan SKPM 2010 -(Modul SKPM)
10. Kem Bestari Solat
11. KSSR
12. PKSR 1 dan PKSR 2
13. Linus
14. Pemulihan
15. PSS
16. PROTIM
17. PETS
18. Sekolah Perkasa
19. Perancangan Strategik Jabatan

* Semua mesyuarat dilaksanakan mulai jam 8.00 pagi di makmal Komputer. Guru-guru diminta bersedia dengan bahan taklimat/mesyuarat untuk melicinkan perjalanan mesyuarat tersebut.

download surat panggilan mesyuarat
download Jadual Mesyuarat dan Taklimat

download Takwim 2011
download Dasar Kurikulum Baru
download Visi & Misi SKHMC
download Carta Kurikulum SKHMC 2011
download Carta Organisasi SKHMC 2011
download Pengurusan Kurikulum SKHJMC 2011
download Jadual Pencerapan SKHMC 2011
download TOV 2011 (excel)

download Carta Organisasi HEM 2011
download Unit Hal Ehwal Murid 2011

download Takwim Kokurikulum 2011_ms1-6
download Takwim Kokurikulum 2011_ms7-9
download Takwim Kokurikulum 2011 ms 10-35
download Maklumat Sukan 2011
download Pekeliling Segak

* 1 salinan dihantar ke Unit HEM (Sukan )PPD Kinta Utara DAN kepada pegawai pemantau (Penghulu) sekiranya sekolah tuan dikunjungi pada minggu pertama persekolahan 2011. Sekiranya ada pelajar Tahun 1 hingga Tahun 3 yang terlibat dengan sukan sekolah atau dengan badan luar, sila catakan aktivit di bawah nama pelajar. Minta jasa baik semua guru kelas melengkapkan pemilihan kokurikulum (Tahun 3 hingga Tahun 6) dan rumah sukan Tahun 1 hingga Tahun 6). Sila hantar dalam bentuk soft copy dan hard copy sebelum 4.1.2010 untuk dikemaskini kepada PK Kokurikulum atau emel pkkokuskhjmahmud@gmail.com
download Borang Pemilihan Kokurikulum & Sukan

* Klik link download, sekiranya tiada akaun buat pendaftaran (klik sign up bahagian hujung sebelah kanan atas di laman www.scribd.com, pastikan anda telah mempunyai alamat emel) terlebih dahulu atau menggunakan akaun facebook.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 22 Disember 2010

Al-Fatihah

MesejTelah dihantar pada: Wed Dec 22, 2010 1:23 am

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat sejahtera,

Kepada,

Semua warga pendidik Daerah Kinta Utara,

Untuk makluman semua, seorang Guru Pendidikan Islam SK Seri Ampang iaitu Ustazah Azlili bt. Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 20 Disember yang lalu kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya (kereta) di Lebuhraya Timur Barat semasa dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Machang, Kelantan.

Marilah kita bersama mendoakan semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman, Insya Allah. Al-Fatihah.
_________________
Hj. Wan Ahmad Salahuddin
019-5560462
Penolong PPD Pendidikan Islam,
PPDKU
waswar@lycos.com

http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1124#1409

Jumaat, 17 Disember 2010

PJJ

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Telah dihantar pada
: Fri Dec 17, 2010 8:05 am melalui Portal PPD Kinta
Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan pelajaran Negeri/Pejabat Pelajaran Daerah/sekolah rendah/sekolah menengah/sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru (PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Untuk keterangan lanjut, sila layari sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/ mulai 22 November 2010.

Calon dinasihati melayari laman sesawang tersebut dan teliti Panduan Permohonan serta memahami tatacara membuat permohonan secara talian.

Permohonan bagi Ambilan 2011 ditutup pada 22 Disember 2010.

Sekian, harap maklum.

Rabu, 8 Disember 2010

BKK Kali ke2 2010 (RM500.00)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Bantuan Kewangan Khas (BKK) kali ke 2 (2010) sebanyak RM500.00 telah dimasukkan ke dalam akaun masing-masing mulai 1 Disember 2010. Diminta guru-guru dan kakitangan menyemak akaun bank masing-masing. Sekiranya belum, sila berhubung dengan pihak sekolah dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Papan Tanda SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Gambar Papan tanda SKHMC sumbangan Norisa Catering. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan Norisa Catering, semoga diberkati Allah dan dimurahkan rezeki.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 6 Disember 2010

Penyata Gaji

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Cara-cara download penyata gaji.

Sekian, terima kasih.

Pengambilan Buku Rekod dan Buku Kedatangan Murid 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Guru-guru yang berkelapangan boleh mengambil Buku Rekod dan Buku Kedatangan 2011 pada waktu pejabat untuk tindakan di Pejabat Sekolah SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 30 November 2010

Keputusan PTK

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Keputusan PTK boleh diperolehi di pejabat sekolah mulai 30.11.2010 (yang berkenaan sahaja).

Sekian, terima kasih.

Isnin, 29 November 2010

Kelas Taekwando Bulan Disember 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Aktiviti Kelab Taekwando bulan Disember 2010.
6/12/2010 Ditangguhkan
13/12/2010 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
14/12/2010 (Selasa) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
20/12/2010 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
27/12/2010 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Bayaran RM20 sebulan (PIBG)

Jumaat, 19 November 2010

Majlis Anugerah SKHMC

Asalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Majlis Anugerah Cemerlang 2010 diadakan pada hari Sabtu (20 November 2001 bersamaan 13 Zulhijjah 1431 H) mulai jam 8.00 pagi bertempat di Dewan SK Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak.



Sekian, terima kasih.

Majlis Penutupan JQaf

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Majlis Penutup Kem Bestari Solat 2010 diadakan pada hari Jumaat (19 November 2001 bersamaan 12 Zulhijjah 1431 H) mulai jam 2.45 petang bertempat di Dewan SK Haji Mahmud, 31200 Chmeor, Perak.



Sekian, terima kasih.

Kedai Buku SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pengumuman kedai buku semasa cuti sekolah...



Sekian, terima kasih.

Cenderahati Pengawas Tahun 6

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Cenderahati kepada pengawas Tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Gambar kenangan...

Sekian, terima kasih.

Khamis, 18 November 2010

Kutipan Senamrobikton

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Pihak Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud bersama PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua dalam menjayakan dan menjanakan sumbangan yang telah mencecah melebihi RM 23,429.70. Semoga dana yang diperolehi dapat merealisasikan kejayaan anak didik sekolah ini.

RM23,429.70
Sekian, terima kasih.

TERIMA KASIHRM23,429.70




Jumaat, 12 November 2010

UPSR 5A & 4A 1B

Assalamualikum dan salam satu Malaysia,

Pelajar yang memperolehi 5A & 4A 1B.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 11 November 2010

Kelab Taekwando (November 2010)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kelab Taekwando akan dijalankan mulai minggu hadapan.
15/11/2010 (Isnin) jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.
22/11/2010 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
29/11/2010 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Percuma

Isnin, 8 November 2010

Mesyuarat AJK PIBG

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tarikh Baru (Tarikh telah diubah)
Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 11.11.2010 (Khamis) mulai jam 3.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC. Semua AJK guru dan ibu bapa dijemput hadir.

Sekian, terima kasih.

Maklumat Terkini

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Maklumat sebelum cuti dan semasa cuti sekolah.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 4 November 2010

Kad Kutipan Senamrobikton

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Semua kutipan dan kad hendaklah diserahkan kepada guru kelas selewat-lewatnya 8.3.2010 (Isnin). Terima kasih dan tahniah atas kerjasama semua atas sumbangan yang dijanakan. Semoga dengan sumbangan tersebut dapat merealisasikan kejayaan anak didik sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 2 November 2010

Penyampaian Hadiah Minggu Matematik

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Penyampaian hadiah sempena minggu Matematik yang telah dijalankan.



Sekian, terima kasih.

Khamis, 28 Oktober 2010

Sukan Tahap 1/Hari Kokurikulum/Hari Kanak-kanak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan mengadakan Sukan Tahap 1/Hari Kokurikulum/Hari Kanak-kanak pada 30/10/2010 mulai jam 7.30 pagi.

Sebagai galakan kepada pelajar, 10 hamper (Tahun 4), 10 hamper (Tahun 5) & 10 hamper (Tahun 6) disediakan untuk cabutan bertuah. Pendaftaran dilakukan di Dataran Kejap mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Cabutan bertuah akan dilakukan mulai jam 12.00 tengah hari.

Pelajar yang memakai pakaian uniform yang lengkap juga disediakan 3 hadiah misteri. Keputusan akan diumumkan oleh PK Kokurikulum mulai jam 12.30 tengah hari.

Kelab Kemahiran Hidup akan menjual hasil pertanian berupa pokok sayur, anak pokok dengan harga yang berpatutan dan jualan air minuman yang berkhasiat.

Kelab Bahasa Melayu juga ada menjual minuman, makanan dan pakaian 'bundle' di 3 buah khemah berhampiran dengan pagar SKHMC.

Jualan buku dan rantai kunci yang menarik di kantin SKHMC.

Aktiviti sukan Tahap 1 dijalankan serentak di padang SKHMC.

Moh kite ke SKHMC. Datanglah beramai-ramai ke SK Haji Mahmud.

Khamis, 14 Oktober 2010

Jadual Pemantauan PK Kokurikulum

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Minta cikgu yang berkenaan bersedia.
Info Jadual Pemantauan

Sekian, terima kasih.

Rabu, 13 Oktober 2010

Unit Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Peperiksaan Akhir Tahun , Tahap 2 (mulai 25.10.2010 hingga 28.10.2010) & Tahap 1 (Mulai 22.10.2010 hingga 28.10.2010)

Info Unit Peperiksaan SKHMC
Software Zip_It_Free
Jadual Peperiksaan Tahap 2
Jadual Peperiksaan Tahap 1

Sekian, terima kasih.

Aktiviti Seni_Low Fee Lee

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Maklumat mengenai aktiviti seni SKHMC (Hasil karya Pn. Lo Fee Lee).

Link 1
Software

Sekian, terima kasih

Ahad, 10 Oktober 2010

Perkhemahan Bahasa Arab & Literasi Membaca Al-Quran

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Perkhemahan Bahasa Arab & Litersi membaca Al-Quran diadakan mulai jam 5.00 petang 9.10.2010 hingga jam 5.00 petang 10.10.2010

Gambar aktiviti...

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan usaha murni ini, diharap dapat merealisasikan kejayaan anak didik SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 28 September 2010

Lawn Bowl SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,





Tahniah diucapkan kepada pelajar, jurulatih dan guru pengiring dengan kejayaan yang telah dicapai.

Kejohanan Lawn Bowls Peringkat Kebangsaan 2010

Muhammad Akmal Hakim (Johan Fours U18, Keempat Four U12 & Pusingan Awal Single U12).
Suriani bt. Rosli (Johan Four U12 dan Naib Johan Four U18).
Muhammad Tahir b. Rosli, Muhammad Zuhaily b. Zairurlail dan Nur Anis Diyana bt. Sulaiman (Pusingan Awal Four U12).

Sekian, terima kasih.

Bola Baling (Johan Antara Zon Pembangunan Sukan Sirkit 1)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah kepada pelajar, jurulatih dan guru pengiring yang telah mengharumkan nama SKHMC...



Sekian, terima kasih.

Hadiah Kuiz Hari Kemerdekaan



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya...

Sekian, terima kasih.


Khamis, 9 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Warga SKHMC mengucapkan selamat hari raya kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin dipohonkan kepada anda semua.

Selasa, 31 Ogos 2010

Perutusan Kemerdekaan kali ke-53 (TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG)

TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-53 TAHUN 2010

Bismillahir Rahmannir Rahim,
Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Wabihi Nasta’in.

Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.

1. Beta merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-53. Sesungguhnya, ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita telah berjaya mentadbir negara yang tercinta ini dengan baik mengikut acuan dan kemampuan kita sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

2. Oleh itu, besarlah harapan Beta agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid dapat menghayati dan menginsafi erti kemerdekaan yang telah dinikmati lebih dari setengah dekad. Dengan ini, Beta berharap agar kemerdekaan ini dapat diisi dengan segala rancangan dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kecemerlangan bangsa dan negara yang tercinta.

3. Sukacita Beta mengingatkan bahawa usaha-usaha mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta ini merupakan cabaran utama kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya murid-murid supaya dapat menjadi generasi pewaris yang berketerampilan dan mempunyai jati diri untuk menepis masalah kebejatan sosial. Beta percaya bahawa kesinambungan kecemerlangan bangsa dapat direalisasikan oleh generasi pada hari ini hasil daripada sahsiah yang terpuji.

4. Sehubungan dengan itu, bersempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-53, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar dapat menghayati makna yang terkandung dalam Rukunegara. Sesungguhnya, prinsip-prinsip Rukunegara merupakan asas penting perpaduan yang mesti menjadi pegangan dalam memastikan kelangsungan kemakmuran dan keharmonian hidup di negara yang merdeka dan tercinta ini.

5. Oleh hal yang demikian, Beta amat berharap agar murid-murid hari ini mampu menjadi harapan bangsa dan negara, seterusnya dapat menghindarkan perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat kemerdekaan dan keamanan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan murid-murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah perlu dititikberatkan dalam usaha melahirkan warganegara yang mampu mendukung aspirasi negara.

6. Pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu hendaklah difahami dan diteladani dengan sebaik-baiknya oleh seluruh rakyat, khususnya murid-murid. Sesungguhnya, pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan melalui konsep 1Malaysia hendaklah diperteguh dan menjadi asas perpaduan dalam kalangan generasi kini. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

7. Oleh hal yang demikian, Beta berharap dan menyeru seluruh warga pendidik supaya dapat mendidik dan membimbing murid-murid untuk menghayati dan memahami konsep 1Malaysia. Konsep ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang memberikan penekanan ke arah perpaduan rakyat yang lebih erat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.

8. Beta juga bertitah agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid supaya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama 53 tahun ini. Sebenarnya, kejayaan seluruh rakyat dalam memastikan kemerdekaan dan keharmonian negara selama 53 tahun berkat daripada semangat perpaduan. Oleh itu, semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan murid semestinya terus disubur dan diperkasa menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.
9. Dalam hal ini, semangat patriotik hendaklah dimanifestasikan menerusi kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki ciri-ciri tersebut dapat menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

10. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin membolehkan generasi pewaris bangsa mempertahankan negara daripada penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda, budaya dan ekonomi. Beta yakin kecemerlangan dalam aspek pendidikan dapat melonjakkan bangsa kita menjadi lebih berdaya saing dan dihormati di peringkat global. Oleh itu, segala dasar pendidikan yang dirangka perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen sesuai dengan hasrat menjadikan negara kita sebagai pusat penyebaran ilmu.

11. Selain itu, Beta menyeru agar warga pendidik dan murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sesungguhnya, amalan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi elemen penting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Keharmonian hidup yang berteraskan nilai berbudi bahasa juga menjadi faktor untuk menjamin negara ini muncul sebagai sebuah negara yang tersohor. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi dan bangsa yang mundur ialah bangsa yang tidak memiliki akhlak yang terpuji.

12. Beta juga merakamkan rasa bangga atas daya usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kejayaan melaksanakan sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memberikan penekanan kepada kecemerlangan pendidikan untuk semua peringkat. Kecemerlangan ini dapat dicapai melalui usaha memperluas akses kepada pendidikan yang bermutu dan berkemampuan secara konsisten. Oleh itu, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar menggunakan semua peluang yang ada untuk mencipta kejayaan yang gemilang.

13. Kecemerlangan sesuatu bangsa ialah hasil daripada rakyatnya yang berilmu. Beta ingin menyeru kepada rakyat khususnya murid-murid supaya menuntut ilmu dalam usaha mempertingkat potensi diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Impaknya, negara akan mempunyai bangsa yang mempunyai ketinggian ilmu dan dihormati oleh rakan dan seteru. Inilah kelebihan ilmu, selaras dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan perempuan”.

Warga pendidik dan murid-murid sekalian,

14. Pada hari ini, pelbagai musibah melanda dunia akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah, negara kita terselamat dan terpelihara daripada bencana alam seperti ribut taufan, banjir besar dan gempa bumi. Begitu juga halnya dengan kemelesetan ekonomi yang melanda, dapat kita tangani dengan baik berkat daripada dasar ekonomi negara yang mantap. Tempias daripada kegawatan ekonomi tidak melemahkan semangat kita untuk terus memberikan keutamaan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita atas kesedaran bahawa masyarakat yang berilmulah yang mampu memajukan dan mengharumkan nama negara. Justeru, Beta menyeru semua pendidik dan murid agar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan negara di persada dunia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya.

15. Oleh itu, besarlah harapan Beta pada saat seluruh warga Malaysia menyambut dan meraikan ulang tahun kemerdekaan ini, warga pendidik dan murid-murid dapat bersama-sama beriltizam untuk melaksanakan usaha-usaha ke arah memastikan negara kita terus kekal merdeka. Kejituan semangat dan iltizam dalam kalangan rakyat perlu dilestarikan. Beta yakin sekiranya kita sentiasa mengatur langkah sederap, seia dan sekata maka anasir luar yang sentiasa mengintai peluang untuk mempengaruhi rakyat dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat dapat ditangkis. Oleh itu, tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia: Menjana Transformasi” hendaklah dihayati supaya menjadi satu matlamat yang lebih realistik dan holistik. Dalam hal ini, Beta menyeru supaya kita bersama-sama sentiasa bersedia membuat anjakan paradigma ke arah kebaikan.

Akhir titah, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53.

Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perutusan Kemerdekaan kali ke-53 (KPPM)

PERUTUSAN
Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KE-53 TAHUN 2010
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sempena Hari Kemerdekaan ke-53, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyambut hari kemerdekaan. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia: Menjana Transformasi. Maka perpaduan kaum adalah penting untuk membina sebuah negara bangsa yang aman dan sejahtera. Perpaduan yang kita kecapi ini tidak ternilai harganya bagi memastikan pembangunan modal insan yang kamil dan seimbang. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha melaksanakan transformasi kurikulum kebangsaan yang menuntut guru-guru menyesuaikan diri dengan perubahan baharu itu bagi merealisasikan hasrat murni tersebut. Transformasi kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketerampilan dalam apa-apa bidang sekalipun demi pembangunan bangsa dan negara. Kelahiran modal insan yang cemerlang menuntut kerjasama dan persefahaman antara pendidik dengan anak didik. Oleh hal yang demikian, guru selaku pendidik yang berwibawa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini. Anak didik pula perlu lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Kecemerlangan yang kita raih berupaya melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang dapat meneruskan kegemilangan bangsa setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang kamil dan seimbang. Justeru dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia. Oleh itu, murid-murid perlulah berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menghadapi cabaran transformasi ini. Seterusnya YAB Perdana Menteri Malaysia menjadikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam bidang yang terkandung dalam NKRA. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar . Dengan langkah ini, sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Seperkara lagi, pada akhir tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah, memperbanyak sekolah berprestasi tinggi dan memperkenalkan tawaran baru (bai’ah) kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Program LINUS dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
Sebagai pewaris kepimpinan negara, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada gejala sosial. Murid-murid perlu berfikiran positif dan memperkasakan jati diri bagi menjamin kecemerlangan hidup pada masa depan. Justeru, peranan guru adalah untuk memastikan murid-murid berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri terpuji. Keunggulan diri murid-murid ini dapat menghindarkan 3
murid-murid daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, semangat patriotik juga mesti dipupuk sejak murid-murid di sekolah rendah lagi. Saya berharap agar perpaduan kaum dapat disemai dalam jiwa anak didik kita melalui bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, kita perlu memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa pakaian bangsa. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bertitik tolak daripada hal tersebut, kita perlu bekerja keras bagi mempersadakan bahasa Melayu ke mercu dunia. Pencapaian yang cemerlang oleh murid-murid memerlukan pembacaan yang luas. Membaca jambatan ilmu, maka murid-murid perlu memupuk sikap suka membaca pada diri masing-masing kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Hal ini bermakna guru selaku pendidik juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mempunyai pemikiran yang kreatif serta inovatif. Sebagai guru, mereka berupaya menterjemah idea di sebalik transformasi kurikulum nasional bergagaskan konsep 1Malaysia kepada amalan pengajaran yang lebih bermakna di kelas agar anak didik berada dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Menyedari minat membaca murid semakin bertambah, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kem Membaca 1Malaysia sebagai kesinambungan program NILAM yang dijalankan dengan bermatlamat memupuk semangat membaca bagi melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik. Kerajaan mahu merealisasikan hasrat negara sebagai negara maju seiring dengan pembangunan minda masyarakatnya tanpa mengira kaum dan geografi tempat tinggal mereka.
Secara umumnya dalam pendidikan rendah dan menengah, bidang pendidikan mencakupi kurikulum dan kokurikulum amat penting dan mestilah seiring bagi mengembangkan idea dan pemikiran pelajar. Badan yang cergas dan otak yang cerdas, memerlukan kepintaran intelek, kebolehan memimpin, bekerjasama dan sabar menghadapi cabaran hidup. Seterusnya aktiviti kokurikulum ini memberikan peluang kepada pelajar 4
untuk terus bergiat dalam sukan dan sememangnya ini menyumbang 10 peratus untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar sekolah menengah dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sekolah rendah. Usaha ini dapat mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid apabila mereka aktif bersukan.
Warga sekolah yang dikasihi,
Pendidikan alam sekitar merupakan tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang cinta akan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kemerdekaan yang kita kecapi tidak akan sempurna sekiranya alam sekitar tercemar. Oleh itu, guru haruslah memikul amanah bagi melahirkan murid yang cinta akan alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka merupakan aset negara pada masa hadapan. Maka didiklah mereka untuk mencintai alam sekitar yang semakin tercemar supaya kita terhindar daripada bencana alam. Kita perlu bersama-sama berusaha untuk memelihara alam ciptaan Tuhan supaya menjadi warisan untuk generasi akan datang. Tema 1Malaysia: Menjana Transformasi diharapkan menjadi penyemarak semangat kepada semua warga pendidik dan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan dapat mengeratkan hubungan antara kaum, bagai aur dengan tebing. Maka kerjasama dan sikap saling menghormati antara semua kaum di Malaysia perlu dikekalkan supaya negara akan sentiasa aman, damai dan harmoni. Marilah kita bersama-sama menghayati tema kemerdekaan dengan penuh kesedaran demi negara kita yang tercinta. Saya berdoa agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi akan berterusan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 53.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh Putrajaya 31 Ogos 2010

Perutusan Kemerdekaan kali ke-53 (Dato' Sri Mohd Najib)

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-53 OLEHYAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAKPERDANA MENTERI MALAYSIAPADA 30 OGOS 2010 (ISNIN) '1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI NEGARA'
Bismillahirrahmanirrahim.Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, esok, kita akan menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53.
2. Dalam tempoh lebih lima dekad kemerdekaan, kita dapat menyaksikan pelbagai perubahan yang telah dialami tanah air tercinta. Dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah, Malaysia telah tumbuh berkembang menjadi sebuah negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi.
3. Sesungguhnya, perubahan ini tidak datang bergolek atau ibarat bulan jatuh ke riba. Sebaliknya, kejayaan yang dinikmati adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan. Ia juga manifestasi keberanian dan kesanggupan kerajaan serta rakyat untuk meneroka jalan dengan langkah yang progresif.
4. Sejarah memperistiwakan bahawa, bapa-bapa kita peneroka kepemimpinan negara, tidak pernah berpuas hati untuk menerima keadaan seadanya walau sebesar mana pun cabaran yang melanda. Mereka sentiasa mendambakan dan berusaha ke arah mencipta masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyat. Almarhum Tunku dan para sahabat misalnya tidak rela untuk terus menjadi warga negara terjajah. Allahyarham Tun Razak dan rakan-rakan pula tidak membiarkan Malaysia pasca tragedi 13 Mei hilang harapan. Allahyarham Tun Hussein dan taulan tidak bersimpuh menyerah, bahawa, keganasan komunisme tidak dapat ditewaskan. Manakala Tun Dr. Mahathir dan handai seperjuangan tidak mahu menerima kebijakan lazim bahawa sebuah negara pertanian tidak mampu berubah menjadi sebuah negara perindustrian moden dengan infrastruktur berkelas dunia. Seterusnya Tun Abdullah pula, berusaha memupuk modal insan sebagai landas kejayaan negara bangsa.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
5. Hasil perasaan tidak mahu berpuas hati terhadap status quo yang sedia ada dan kesanggupan berubah, pendahulu-pendahulu kita telah membawa Malaysia ke arah mencapai kejayaan demi kejayaan sebagai sebuah negara. Hari ini, tibalah giliran generasi kita untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi. Persoalannya, beranikah kita untuk memecah tradisi bagi mencapai hasil yang melampaui kebiasaan.
6. Justeru, cabaran sebenar kita hari ini adalah untuk mentransformasikan Malaysia supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Ke arah itu, kita telah pun memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk pelan transformasi kerajaan atau GTP dan pelan transformasi ekonomi yakni ETP sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia tersebut.
7. Sememangnya, Malaysia yang aman, maju dan makmur akan mendatangkan nikmat kepada semua rakyat. Bagi maksud ini kita perlu menggembleng setiap bakat yang ada di kalangan rakyat Malaysia. Setiap seorang anak Malaysia adalah penting dan berkemampuan menyumbang kepada penciptaan kemakmuran dan kesejahteraan nasional.
8. Lalu, sudah tiba masa kita memanfaatkan sepenuhnya bakat-bakat tempatan yang ada. Alangkah ruginya negara jika bakat-bakat yang kita latih dengan segala susah payah berhijrah bagi mencari padang yang lebih subur hanya dek kegagalan kita mengadakan persekitaran terbaik untuk mereka menyumbang. Ini kerana fenomena globalisasi bukan sahaja menyaksikan pengaliran mudah modal dan teknologi merentas sempadan tetapi juga ia melibatkan pengaliran bebas modal insan.
Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
9. Di atas segalanya, bagi mencapai matlamat masa depan yang lebih baik, Malaysia mestilah mengekalkan perpaduan nasional yang menjadi tonggak keamanan dan kestabilan selama ini. Teras perpaduan kita haruslah bersifat mapan. Untuk itu, asas integrasi rakyat Malaysia perlu bersandarkan nilai-nilai yang dikongsi dan dipersetujui bersama oleh semua kaum sepertimana terkandung dalam ideologi kebangsaan yakni rukun negara dan termaktub dalam perlembagaan persekutuan sebagai kontrak sosial nasional.
10. Kita tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama. Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada.
11. Maka, saya yakin lagi percaya, semua rakyat Malaysia cintakan keamanan, mahukan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak mereka.
12. Ketahuilah bahawa, kerajaan yang ada amat komited untuk mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dengan segala instrumen undang-undang dan kekuatan yang ada dari ancaman dalam mahupun luaran.
13. Ingatlah bahawa, Malaysia adalah tanah tumpah darah kita, di sini kita dilahirkan, di sini kita membesar, di sini kita mencari rezeki, di sini kita mencipta kebahagiaan dan di sinilah dengan takdir Tuhan kita akan bersemadi.
14. Oleh itu, saya ingin menyeru semua warga Malaysia sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ke-53 ini untuk sama-sama berganding bahu dengan satu tekad untuk menjadikan Malaysia negara yang terbaik di mana yang mengehadkan kejayaan kita hanyalah bakat dan kesanggupan untuk bekerja keras.
15. Akhir kata, demi masa depan anak-anak kita, kelangsungan Malaysia mesti dipertahankan. Janganlah yang elok menjadi retak, Janganlah yang bersambung menjadi putus. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat. Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dato' Sri Mohd Najib
Putrajaya
30 Ogos 2010

Khamis, 12 Ogos 2010

Rabu, 4 Ogos 2010

Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Mesyuarat JK PIBG seperti ketentuan yang berikut:

Tarikh : 4.8.2010
Masa : 3.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SKHMC

Sekian, terima kasih.

Jadual Penilaian Sekolah 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Jadual Penilaian Berasaskan Sekolah untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

Profil Guru Kokurikulum

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Diminta jasa baik guru SKHMC untuk mengisi borang Profil Guru Kokurikulum dan kembalikan kepada PK Kokurikulum SKHMC dengan segera.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pertandingan Robotik di Taiping

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

SKHMC mendapat tempat ke-9 peringkat negeri Pertandingan Robotik. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada En. Ahmad Kamil dan para pelajar yang telah menyertai pertandingan ini.

Sekian, terima kasih.

Pertandingan Bola Baling Antara Kelas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan ini dijalankan sepanjang minggu mulai 2 Ogos 2010 jam 3.0 petang hingga 6.00 petang di padang SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Mukhayyam di SK Jelapang, Ipoh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Laporan Mukhayyam di SK Jelapang pada 30.7.2010 & 31.7.2010.

Para peserta Mukhayyam.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 23 Julai 2010

Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Bola Sepak antara kelas akan dijalankan mulai 26 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010 untuk pelajar Tahun 4 dan tahun 5. Perlawanan bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Tujuan pertandingan untuk memilih pelapis bagi pasukan tahun akan datang untuk mempertahankan gelaran juara Daerah Kinta 2010.

Sekian, terima kasih.

UEREKA (Ke-3 Daerah Kinta)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru-guru yang terlibat bagi pasukan EUREKA kerana telah mendapat tempat ketiga peringkat Daerah Kinta.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 31 Mei 2010

Naib Johan Daerah Pertandingan Bercerita (BM) Tahap 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Syafina Syahirah bt. Umar 4 Usaha telah berjaya menjadi naib Johan Pertandingan Bercerita Peringkat daerah Kinta Utara yang telah diadakan di SK Pakatan Jaya pada 27 Mei 2010. Pihak sekolah mengucapkan tahniah. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Puan Mahayu dan rakan-rakan kerana telah membantu kejayaan pelajar ini. Hadiah untuk kelas terbersih (banyak kali memenangi kelas terbersih) sebagai galakan kepada pelajar untuk mengekalkan status kebersihan. Kelas yang mendapat anugerah ini ialah 6T, 5T & 4T.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 14 Mei 2010

Jati Diri (14.5.2010)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Program Jati Diri khas untuk pelajar perempuan dalam pembentukan sahsiah.

Sekian, terima kasih.

Klinik Bola Baling

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Klinik Bola Baling (Perempuan) diadakan pada hari Sabtu (tiada kokurikulum) sebagai persediaan pasukan Bola Baling 2011 & 2012. Latihan secara berkala dapat memastikan para pelajar yang berminat dapat menyediakan diri serta menyesuaikan diri dengan keadaan pertandingan di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak sekolah mensasarkan pencapaian Johan Daerah 2009 & 2010 dikekalkan pada tahun hadapan (3 tahun berturut-turut). Sekurang-kurangnya 6 orang pelajar SKHMC mewakili daerah (jumlah pemain 12 orang) dan sekutrang-kurang seorang pelajar SKHMC mewakili negeri. Para pelajar dinasihatkan mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga secara bertulis untuk menyertai program ini. Aspek keselamatan sewaktu pergi dan balik perlu diutamakan. Para pelajar diingatkan supaya terus balik ke rumah setelah latihan tamat. Adalah diharapkan program ini dapat merealisasikan kecemerlangan anak didik sekolah ini.

Aktiviti 15.5.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Aktiviti pada 15.5.2010 adalah seperti yang berikut : Tahun 6 - Kelas Tambahan, Tahun 4 - Kem Bestari Solat, Tahun 5 - Aktiviti Gotong-Royong & Mesyuarat berkenaan Insurans PSKPP - jam 12.00 tengah hari di kantin (kehadiran semua guru).

Jumaat, 7 Mei 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri telah diadakan di Kerian mulai 3.5.2010 hingga 6.5.2010 (SK Baru sebagai tuan rumah). Pasukan Kinta Utara L12 telah menjadi Johan Negeri Perak. Seramai 3 0rang pelajar SK Haji Mahmud terlibat dalam pasukan ini. Jurulatih pasukan L12 ialah Encik Farid b. Hassan SK Tg. Rambutan. Pasukan Kinta Utara P12 telah mendapat tempat ke-3 Peringkat Negeri Perak. Seramai 4 orang pelajar SK Haji Mahmud terlibat dalam pasukan ini. Jurulatih pasukan P12 ialah Encik Faizulzaman b. Mohd Ali SK Haji Mahmud. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Jasamu dikenang. Mohd Aiman (SK Haji Mahmud) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik L12. Pasukan P18 telah berjaya memperolehi tempat ke-4. Pasukan Kinta Utara telah mencapai tempat ke-2 secara keseluruhan berdasarkan kepada pencapaian L12 (Johan), P12 (Tempat ke-3 dan P18 (Tempat ke-4)

Rabu, 28 April 2010

Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tawaran mengenai Iklan Kekosongan Jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan (PPLD DGA 29) Di Pusat Kegiatan Guru Negeri Perak. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui Portal BTPN Perak dan hendaklah diisi lengkap dan dikemukakan sebelum 30 Jun 2010 kepada Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Jalan Tawas Baru Utara, 30010 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. (u.p. Unit Pengurusan Hal Ehwal PKG).

Sekian, terima kasih.

Selasa, 27 April 2010

Hadiah_Perhimpunan 26.4.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Hadiah untuk pemenang Pertandingan Sepak Takraw Antara Kelas, Pertandingan Bercerita Tahap 2 Kelompok 1_Johan, Pertandingan Bola Baling Daerah Kinta Utara-Naib Johan (L) & Johan (P).
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada jurulatih, pengurus pasukan, guru pengiring dan semua guru serta kakitangan sekolah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung membantu kejayaan SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 21 April 2010

Pertandingan Bola Baling-21.4.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Kinta Utara 2010 telah diadakan di SK Wira Jaya pada 21.4.2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. SKHMC telah berjaya memperolehi Naib Johan (L) Daerah Kinta Utara dan Johan (P) Daerah Kinta Utara. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada En. Faizulzaman, Pn. Siti Maslina, En. Firdaus, En. Hasnan dan En. Farizal sebagai guru pengiring.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 14 April 2010

Isnin, 12 April 2010

Johan Bola Sepak Peringkat Zon Kinta Utara 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

SKHMC telah menjadi Johan Peringkat Zon Kinta Utara yang telah diadakan di SK Sri Kelebang pada 5.4.2010 & 6.4.2010. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pemain. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring iaitu En. Akmal, En. Fariz, En. Firdaus, En. Farizal dan En. Hasnan. Semoga dengan kejayan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak didik sekolah ini supaya berjaya dalam semua bidang yang diceburi.

Sekian, terima kasih.

Tokoh Nilam (2) Kinta Utara

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada Khairunnisa bt. Abd Khalid kerana telah terpilih sebagai Tokoh Nilam (2) Peringkat Kinta Utara, 2009. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima akasih Pn. Rohanawati selaku guru pembimbing.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 11 April 2010

Perlawanan Bola Baling (P) Persahabatan



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pasukan Bola Baling (P) SKHMC mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Temin dan SK Lasah di padang SK Temin pada 10.4.2010 yang lalu. Perlawanan ini merupakan mencari pengalaman di samping menguji posisi pemain sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan Bola Baling peringkat Kinta Utara pada 21.4.2010 di padang SK Wira Jaya. Marilah kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan pasukan Bola Baling SKHMC Lelaki & Perempuan menjadi juara.

Selasa, 6 April 2010

Pasukan Bola Sepak SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pasukan Bola Sepak SKHMC layak ke pusingan ke-2. Pasukan Bola Sepak SKHMC akan bermain pada 6.4.2010 (Selasa) di SK Sri Kelebang untuk pusingan kelayakan pusingan ke-2. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jurulatih dan guru pengiring (En. Akmal, En. Fariz, En. Akmal, En. Farizal dan En. Hasnan). Semoga kita semua doakan kejayaan Pasukan Bola Sepak SKHMC.

Tahniah. SKHMC berjaya menjadi johan zon A. SKHMC akan beradu kekuatan lagi untuk menyandang Johan Daerah.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 5 April 2010

SKHMC Cemerlang dalam Olahraga

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

SKHMC cemerlang dalam Olahraga Kinta Utara sejak tahun 2006. Sejarah pencapaian SKHMC dalam olahraga ialah Naib Johan Keseluruhan 2006, Ke-3 Keseluruhan 2007, Olahragawati 2009, Ke-3 Keseluruhan & Olahragawan 2010. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru SKHMC, guru pengiring dan jurulatih (En. Zulkifli) atas kejayaan ini. Pihak sekolah berharap dengan kejayaan ini, SKHMC akan menjadi Johan Keseseluruhan pada tahun 2011 dan tahun-tahun yang mendatang.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 4 April 2010

Pingat Emas Lompat Tinggi & Lontar Peluru

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Peserta yang bernama Mohd Aiman telah mengharumkan nama SK Haji Mahmud dengan muncul sebagai johan bagi acara Lompat Tinggi Kinta Utara, Lontar Peluru Kinta Utara dan Olahragawan Kinta Utara yang diadakan di Stadium Ipoh pada 30.3.2010. SKHMC menduduki tempat ke-3 secara keseluruhan dengan memperolehi 2 pingat emas, 2 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru pengiring dan jurulatih olahraga (En. Zulkifli). Adalah diharapkan dengan kejayaan ini, SKHMC akan terus tersohor dalam semua bidang yang diceburi.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 30 Mac 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak_30.3.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak SKHMC dengan SK Tasik Damai (SKHMC menang 3-0) dan SK Syed Idrus (SKHMC menang 4-1). Semua perlawanan diadakan di padang SKHMC mulai jam 3.oo petang.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 27 Mac 2010

Rabu, 24 Mac 2010

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon diadakan pada 24.3.2010 di SK DAS, Ipoh. Pencapaian pasukan SKHMC berjaya memperolehi tempat ke-3.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 22 Mac 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Jaring

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Perlawanan persahabatan bola jaring telah diadakan di SKHMC pada 22.3.2010 mulai jam 4.30 petang. Keputusan perlawanan : SKHMC x SK Jati (SKHMC menang 10 - 0) & SKHMC x SK Slibin (SKHMC menang 4-2). Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Pn. Rohanawati, Pn. Sarimah dan Pn. Hjh. Nur Ainiah (selaku pengadil).

Sekian, terima kasih.

Isnin, 15 Mac 2010

Ladap1 (15.3.2010)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Ladap1 telah diadakan pada 15.3.2010 mulai jam 8.15 pagi hingga 12.45 tengah hari di Makmal Komputer SKHMC.

Sekian, terima kasih

Ahad, 14 Mac 2010

Ladap 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Ladap 1 akan diadakan pada 15.3.2010 di Makmal Komputer SKHMC. Kehadiran adalah wajib.

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat PIBG

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Mesyuarat PIBG telah diadakan pada 13.3.2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 13 Mac 2010

Lari 4x100m SKHMC_13.3.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,


Penyertaan Pasukan 4x100m SKHMC di SK Tasik Damai pada 13.3.2010 dengan pencapaian Johan (L) dan Tempat ke-3 (P). Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta dan guru pembimbing iaitu En. Zulkefli dan Pn. Rokiah.
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 12 Mac 2010

Hadiah Minggu Anti Dadah_12.3.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Hadiah untuk aktiviti Minggu Anti Dadah diadakan pada 12.3.2010.

Sekian, terima kasih.

Lari 4 X 100m di SK(C) Chong Hwa Kanthan Baru

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Penyertaan Pasukan 4 x 100m SKHMC di SK(C) Chong Hwa Kanthan Baru pada 11.3.2010 dengan pencapaian Johan (L) dan Tempat ke-3 (P). Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para peserta dan guru pembimbing iaitu En. Zulkefli b. Alang Arpi dan En. Adnan b. Abdul Manaf.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 10 Mac 2010

Ceramah Anti Dadah (10.3.2010)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Maklumat mengenai pameran anti dadah yang diadakan di SKHMC pada 10.3.2010.

Sekian, terima kasih.

Borang Minit Curai

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Borang Minit Curai hendaklah diserahkan kepada pihak pentadbir selepas menghadiri mesyuarat atau taklimat (di luar kawasan sekolah) untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 9 Mac 2010

Latihan Pasukan Bola Jaring SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Latihan pasukan bola jaring untuk perlawan peringkat zon.

Sekian, terima kasih.

4 x 100m Sekolah Jemputan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Penyertaan peserta 4 x 100m SKHMC di SK Syed Idrus pada 6.3.2010 dengan memperolehi kejayaan seperti yang berikut : Johan 4 x 100m (Lelaki) & Johan 4 x 100m (Perempuan). Pihak sekolah mengucapkan tahniah. Terima kasih dan tahniah kepada guru pengiring iaitu En. Zulkefli dan Pn. Rokiah.

Sekian, terima kasih.

Isnin, 8 Mac 2010

Khamis, 4 Mac 2010

Pasukan Sepak Takraw SKHMC 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,



Pasukan Sepak Takraw telah menyertai Pertandingan Sepak Takraw Kinta pada 2.3.2010 di PPH Hulu Kinta (keputusan penyertaan pusingan awal)

Sekian, terima kasih.

Rabu, 3 Mac 2010

Pendaftaran tahun 1_2011 & 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pendaftaran untuk tahun 1 (2011 & 2012).

Tarikh : 1.3 2010 hingga 31.3.2010

Masa : Waktu Pejabat

Dokumen : Sila bawa dokumen seperti surat beranak (asal & fotokopi), bil air & letrik (asal & fotokopi), setem 30 sen, sampul surat puti (4' x 9'')


Sekian, terima kasih.

Selasa, 2 Mac 2010

Papan Kenyataan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat memurnikan papan kenyataan



Sekian, terima kasih.










Khamis, 25 Februari 2010

Sumbangan Pn. Jurina

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas sumbangan semua guru dan kakitangan sekolah kepada Pn. Jurina (pemergian bapa Pn. Jurina pada Isnin yang lalu - 22.2 2010... Al-Fatihah). Pihak sekolah mengucapkan takziah.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 24 Februari 2010

Sumbangan Keluarga En. Mansor b. Kasim

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Sumbangan kepada keluarga En. Mansor b. Kasim (kebakaran rumah) oleh pihak sekolah dan YDP PIBG. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga En. Mansor b. Kasim.



Sekian, terima kasih

Selasa, 23 Februari 2010

Kuiz BM 2

Assalamualaikum dan salam satu satu Malaysia,

skhmc

Sekian, terima kasih.

Isnin, 22 Februari 2010

Takwim Peperiksaan 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Takwim peperiksaan 2010 untuk tindakan warga SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Peperiksaan Februari 2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Jadual peperiksaan untuk tindakan warga SKHMC.

Sekian, terima kasih.