PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Sabtu, 26 Mac 2011

Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Bercerita Sains Tahap 1 dalam Bahasa Inggeris akan dijalankan pada 20.4.2011 mulai jam 2.30 petang di Bilik Makmal Komputer Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud. Semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains diminta bersedia.

Syarat pertandingan...

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 25 Mac 2011

Program Seminar Keibubapaan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Program Seminar Keibubapaan Anjuran Biro Pendidikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chemor dan SMK Aminuddin Baki Chemor untuk 30 orang wakil ibu bapa diadakan pada 26.3.2011 bermula jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi di Kompleks 1 Malaysia Chemor, 31200 Chemor.

Sekian, terima kasih.

Hadiah Kuiz Sempena Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Gambar penerima hadiah sempena Program Kuiz Maulidur Rasul

Sekian, terima kasih.

Rabu, 23 Mac 2011

Kegiatan Kokurikulum dan Kem Bestari Solat

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Aktiviti Kokurikulum dan Kem Bestari Solat Tahun 1 akan diadakan pada 26.3.2011 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua pelajar dan guru diminta hadir awal (7.40 pagi) untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Sekian, terima kasih.

Pertandingan Story Telling Peringkat Kelompok 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Story Telling akan diadakan pada 24.3.2011 mulai jam 2.00 petang di Bilik Makmal Komputer. Sebanyak 10 buah sekolah kelompok 1 mengambil bahagian.

Keputusan pertandingan :
Johan - Nur Shabirah bt. Abdul Karim, SJK(C) Kuala Kuang, Chemor, Perak.
Naib Johan - Sim Zhi Jie, SJK(C) Pei Cheng, Chemor, Perak.
Tempat ke-3 - Arikesh a/l Sathis Kumar, SK Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak.

Tahniah kepada para pemenang, yang tidak berjaya cuba lagi di lain masa.

Gambar pertandingan...

Sekian, terima kasih.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 24.3.2011 (Khamis) mulai jam 3.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua AJK guru dan ibu bapa.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 22 Mac 2011

Laporan 1M1S

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Diminta semua ketua dan penolong ketua unit permainan menghantar senarai nama, kelas, tarikh dan masa latihan dalam bentuk soft copy dan hard copy sebelum 28.3.2011 (Isnin) untuk Laporan 1M1S yang akan dihantar ke PPD.

Kelab Bola Sepak
Kelab Lawn Bowls
Kelab Olahraga
Kelab Bola Baling
Kelab Bola Jaring
Kelab Sepak Takraw
Kelab Permainan Dalaman
Kelab Hoki

Catur Elit
Hoki Elit
Bola Sepak Elit
Lawn Bowls Elit

Sekian, terima kasih.

Taklimat Jawatankuasa Story Telling

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Taklimat Jawatankuasa Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 23.3. 2011 (Rabu). Sila dapatkan surat di pejabat.

rujukan pekeliling bil 1/1999 (ms 4 5(ii), 5 (iii), 5(vi), ms 7 contoh aktiviti)
jawatankuasa kerja


Maklumat mengenai pertandingan story telling

Tempat pertandingan telah ditukar ke Makmal Komputer
Tarikh : 24.3.2011
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang

Format pertandingan story telling dan juga impromptu adalah berdasarkan peraturan pertandingan sedia ada. Format pemarkahan adalah seperti yang berikut :

Section 1

  1. Languange and Proficiency (40 marks)
  2. Delivery and Presentation (35 marks)
  3. Storyline and Theme (20 marks)
  4. Costumes (5 marks)
  5. Penalty (-10 marks)

Section 2

a. Languange and Proficiency (40 marks)

b. Delivery and Presentation (40 marks)

c. Storyline and Theme (20 marks)

d. Penalty (-10 marks)

Tajuk bagi impromptu iaitu;

a) Honesty

b) Hardworking

c) Helpful

d) Loving

e) Friendly

f) Polite

Undi penyertaan seperti berikut :

  1. SJK (C) Pei Cheng
  2. SKJ (C ) Tanah Hitam
  3. SJK (C) Changkat Kinding
  4. SK Haji Mahmud
  5. SJKT Ladang Chemor
  6. SJK (T) Changkat Kinding
  7. SJK (T) Klebang
  8. SJK (C) Chong Hwa
  9. SK Syed Idrus
  10. SJK (C) Kuala Kuang
Sekian, terima kasih.

Isnin, 21 Mac 2011

Mesyuarat Story Telling Kelompok 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Mesyuarat Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 21.3. 2011 (Isnin). Puan Nalinder diminta mewakili SKHMC dalam mesyuarat tersebut sebagai pencatat minit mesyuarat. Pertandingan Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 24.3.2011 (Khamis).

rujukan pekeliling bil 1/1999 (ms 4 5(ii), 5 (iii), 5(vi), ms 7 contoh aktiviti)

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 18 Mac 2011

Perkhemahan Koperal TKRS Pkt Daerah Kinta Utara 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Program : Perkhemahan Koperal TKRS Pkt Daerah Kinta Utara 2011.

1. Tarikh : 25 - 27 Mac 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Utara
d/a SK Pos Raya, Kg Kepayang
Pendaftaran : 3.00 petang (25 Mac 2011)
Bersurai : 1.00 tgh ( 27 Mac 2011)


2. Penyertaan terbuka kepada Ahli Kadet TKRS Tahun 6 berpangkat L/Koperal sahaja.

ujian kelayakan L/Koperal (ms 111 hingga ms 114, ms 128 dan ms 129)

3. Yuran penyertaan setiap peserta RM 25.00. Boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama " Tunas KRS Daerah Kinta" semasa pendaftaran.

4. Pengangkutan peserta pergi dan balik ke tempat perkhemahan diurus oleh pihak sekolah. Guru pengiring dari sekolah WAJIB berada di tapak perkhemahan sepnjang tempoh perkhemahan.

5. Pengesahan penyertaan pada atau sebelum 22 Mac 2011 (Selasa) dengan menghubungi En Rohaizad (019 4499006) atau Pn Rohana (013 4717277).

6. Sila ambil surat edaran di pigeon hole PPD Kinta Utara.

Muat turun Bahan TKRS

Sekian, terima kasih.
_________________
Mohd Ramli bin Mohd Baki
Penyelia Kokurikulum
PPD Kinta Utara
ramli@ppdkinta.edu.my

http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1282#1597


Khamis, 17 Mac 2011

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara

Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Tugas

Sila muat turun Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas oleh Jabatan Pelajaran Perak untuk rujukan mudah dan segera bagi membantu Ketua-Ketua Jabatan di sekolah dalam menguruskan kes tidak hadir bertugas dengan lebih kemas, pantas dan berkesan.

portal PPD Kinta...

Sekian, terima kasih.



Pelaksanaan Segak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.Sehubungan dengan ini, satu penilaian yang standard yang dikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.

maklumat lanjut

Sekian, terima kasih.


Rabu, 16 Mac 2011

Bola Baling Peringkat Negeri Perak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Perempuan kerana menjadi johan peringkat negeri (diwakili oleh dua orang pelajar iaitu Nur Hafieszah Hanim bt Dahmah 6 Yakin dan Nur Syamimi Aqilah bt. Mohd Shamsul 6 Tekun) dan Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Lelaki kerana menyandang tempat ke-4 (diwakili oleh dua orang pelajar lelaki iaitu Haziq Akmar b. Danial Aizat dan Mohd Syahmi Aqil b. Mohd Shamsul 6 Mulia) yang dilangsungkan di Grik mulai 12.3.2011 hingga 15.3.2011. Tahniah kepada jurulatih dan guru pengiring. Dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah terpilih menjalani latihan pusat peringkat kebangsaan.

Jumaat, 11 Mac 2011

Program Bijak Menjawab UPSR 2011

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan menganjurkan Program Bijak Menjawab UPSR 2011 mengikut ketentuan seperti yang berikut :

Tarikh : 14.3.2011 & 15.3.2011
Tempat : Dewan SKHMC
Sasaran : Pelajar Tahun 6

Tentatif Program
Isnin 8.00 pagi - 10.00 pagi Slot Motivasi
Isnin 10.30 pagi - 12.30 tengah hari Slot Sains
Selasa 8.00 pagi - 10.00 pagi Slot Bahasa Inggeris
Selasa 10.30 pagi - 12.30 tengah hari Slot Matematik

Surat jemputan pelajar...
Gambar aktiviti...

Sekian, terima kasih.

Slip Aktiviti Kokurikulum

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Para pelajar yang dikehendaki datang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum akan diberi slip aktiviti oleh guru penasihat (kecuali aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu). Para pelajar juga diminta membawa kad gerko untuk ditandatangan di ruangan ketiga sebagai bukti kedatangan dan di ruangan pertama (minggu pertama aktiviti kokurikulum) dan ruangan kedua (minggu kedua aktiviti kokurikulum) untuk aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu.

Sekiranya tidak mendapat slip aktiviti bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak perlu hadir. Sekiranya hadir tetapi kad gerko tidak ditandatangan bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak hadir. Untuk pengetahuan tuan/puan kad gerko diberi secara percuma untuk pertama kali. Sekiranya berlaku kehilangan, tuan/puan diminta membeli semula dengan harga RM0.50.

Contoh Slip Aktivti & Kad Gerko

Sekian, terima kasih.

Rabu, 9 Mac 2011

Mesyuarat JK Maklumat Pengkomputeran Sekolah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Sekolah akan diadakan di Bilik Gerakan mulai jam 12.50 tengah hari 10.3.2011 (Khamis). Kehadiran semua guru pagi.

Surat panggilan...

Sekian, terima kasih.

Selasa, 8 Mac 2011

Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 Kali Pertama

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Perjumpaan ibu bapa atau penjaga pelajar Tahun 6 dengan pihak pentadbir sekolah dijalankan mulai jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pada 8.3.2011 (Selasa) dan 9.3.2011 (Rabu).

Gambar aktiviti 8.3.2011...
Gambar aktiviti 9.3.2011...

Sekian, terima kasih.

Isnin, 7 Mac 2011

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Perlawanan persahabatan pada 2.3.2011
SK Haji Mahmud (5) lawan SK Tanjung (1)
SK Haji Mahmud (6) lawan Sk Wira Jaya (0)

Perlawanan persahabatan pada 4.3.2011
SK Haji Mahmud (2) lawan SK bandar Baru Putra (1)
SK Haji Mahmud (2) lawan SK Tambun (0)

Gambar perlawanan persahabatan bola sepak...

Sekian, terima kasih.

Penggubal Soalan dan Takwim Peperiksaan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Jadual Penggubal Soalan...
Takwim Peperiksaan...
Takwim PKBS1
Takwin Peperiksaan Tahap 1

Sekian, terima kasih.

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 1M1S

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum 1M1S pada waktu petang hari persekolahan dan dijalankan di kawasan sekolah (selama 2 jam seminggu). Guru yang berminat sila berhubung dengan Penolong Kanan Kokurikulum dengan segera. Keutamaan diberi kepada program pasukan elit. Guru yang melaksanakan aktiviti di waktu petang dikecualikan daripada menjalankan aktiviti kokurikulum pada hari Sabtu kecuali kelas tambahan Tahun 6, Kem Bestari Solat dan aktiviti selain kokurikulum (Hari Anugerah, Mesyuarat Agung & AJK PIBG, Hari Kokurikulum, Hari Sukan, Mesyuarat, Seminar atau aktiviti anjuran pihak sekolah, PPD, JPN dan sebagainya). Guru yang bermasalah untuk hadir pada hari Sabtu digalakkan memohon program ini, keputusan pelaksanaan tertakluk kepada budi bicara Penolong Kanan Kokurikulum.

Program yang dicadangkan adalah seperti yang berikut :
Bola Sepak
Bola Baling
Sepak Takraw
Hoki
Bola Jaring
Lawn Bowls
Catur
Kompang
Robotik
Olahraga

Sekian, terima kasih.

Ahad, 6 Mac 2011

Mesyuarat Agung PIBG

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan mengikut ketetapan seperti yang berikut :

Tarikh/Hari : 5 Mac 2011 (Sabtu)
Tempat : Dewan SKHMC
Masa : 8.00 pagi

Notis Mesyuarat Agung PIBG
Borang Cadangan/Usul
Jawatankuasa Kerja

Sekian, terima kasih.

Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Sekolah diminta muat turun lagu ini dan dimainkan semasa perhimpunan rasmi.
Lirik lagu

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 4 Mac 2011

Pengurusan Fail Kokurikulum

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Makluman mengenai pengurusan fail kokurikulum untuk dikemaskini.

Sekian, terima kasih.

Penghargaan Pencapaian UPSR

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah kepada warga sekolah atas peningkatan pencapaian UPSR sebanyak 2.63% iaitu 53.2% 2009 kepada 55.83% 2010.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 2 Mac 2011

Serahan Minit Mesyuarat & Sijil JK

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tarikh akhir serahan minit mesyuarat & sijil JK (sebelum 17 Januari 2011)

1. Rumah Sukan

Biru (sijil belum).

Kuning, Hijau, Merah (sudah hantar) 3/4


2. Unit Permainan

Bola Baling, Hoki, Sepak Takraw.

Bola Sepak (sijil belum)

Olahraga, Bola Jaring, Permainan Dalam, Lawn Bowls (sudah hantar) 4/8


3. Unit Uniform

Pengakap

PBSM, Pandu Puteri Tunas, TKRS, Taekwando, Puteri Islam (sudah hantar) 5/6


4. Unit Persatuan

Seni & Budaya,

Bahasa Inggeris, PSS, Komputer, Bahasa Melayu, Kemahiran Hidup, Sains & Matematik, Agama Islam & Bahasa Arab, Kaunseling Jenayah (sudah hantar) 8/9


Kejayaan penghantaran data sehingga 7.00 petang 2.3.2011 (20/27=74.07%)


S
ekian, terima kasih.

*warna hijau - peringatan
**warna biru - tempoh hampir tamat
***warna merah - tempoh tamat
****warna merah berkelip - melebihi tempoh

Hadiah Bola Baling

Assalmualaikum dan salam satu Malaysia,

Pencapaian pasukan bola baling (P) Tahun 2011 - Johan Zon A dan Johan Daerah Kinta Utara.
Pencapaian pasukan bola baling (L) Tahun 2011 - Naib Johan Zon A dan penyertaan peringkat Daerah Kinta Utara.

Gambar penerima hadiah....

Sekian, terima kasih.

Sumbangan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Sumbangan kepada salah seorang bekas pelajar SKHMC yang terlantar sakit.

Gambar lawatan...

Sekian, terima kasih.

Selasa, 1 Mac 2011

Pensiswazahan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Permohonan Bagi Mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan Program Pengajian Pensiswazahan Guru NPQH (PPPG NPQH) Anjuran Bersama Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Sesi 2011 - 2013

Dengan ini dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan menganjurkan Kursus Dalam Perkhidmatan Program Pengajian Pensisiwazahan Guru NPQH bagi sesi akademik 2011 hingga 2013.


http://www.moe.gov.my/userfiles/file/attachment/permohonan%20guru%20npqh.pdf

http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1256#1560

Sekian, terima kasih.