PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Rabu, 28 Mac 2012

Pertandingan Bercerita dan Bola Sepak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah
!
1. Johan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Parlimen Tambun yang diadakan di IPG Tambun
-
Fairuz Amanina binti Ibrahim.

2. Naib Johan Bola Sepak Zon
Mengalahkan SK. Tasek (3-1)
Mengalahkan SK. Perpaduan (2-1)
Mengalahkan SK. Tanjung (4-0)
(Tewas melalui tendangan penalti dengan SKPPH Ulu Kinta)

Isnin, 26 Mac 2012

Aktiviti Sekolah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,


AKTIVITI SEKOLAH


Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2, tahniah kerana menjadi Johan. Pertandingan diadakan di SK. SYED IDRUS.


Bola Baling Peringkat Zon - Naib Johan (P) dan Tempat Ketiga (L). Pertandingan yang diadakan pada 19.3.2012 di Padang SMK. DATO HAJI MOHD. TAIB.


Bola Sepak – PIALA YDP PIBG - SK. HAJI MAHMUD menyandang Johan. Pertandingan yang diadakan di Padang SMK. AMINUDDIN BAKI.

Bola Sepak Peringkat Zon A - Hari Pertama

SKHMC-0 lawan PPH-0

SKHMC-0 lawan SK TASIK DAMAI-0.

Gambar Pertandingan Bola Sepak

Semoga kejayaan yang dicapai menjadi sumber inspirasi anak didik serta warga sekolah SKHMC untuk terus cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan.

Selasa, 13 Mac 2012

Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB)

Telah dihantar pada: Tue Mar 13, 2012 12:11 pm

Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas


Perhatian kepada:
Semua Pembantu Tadbir (P/O)
Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara

Merujuk perkara di atas.

Penggunaan borang bagi urusan Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) adalah berkuatkuasa pada 1 Julai 2011. Borang-borang tersebut boleh dimuat turun dari Portal SPP di alamat http:// www.spp.gov.my diruangan Maklumat Am, Muat turun borang.

Format borang seperti berikut:
1) SPP/K/001 - Pelanjutan Tempoh Percubaan
2) SPP/K/002 - Pengesahan Dalam Perkhidmatan
3) SPP/K/003 - Pemberian Taraf Berpencen

Permohonan tanpa borang SPP akan dipulangkan semula ke sekolah.
Kemukakan bersama dokumen berikut sebanyak 2 salinan :
1) Sijil Tapisan Keselamatan - jika telah diterima
2) Salinan Keputusan Kursus Induksi - mesti ada
3) Salinan Sijil Akademik - SPM/STPM/DIPLOMA/IJAZAH
4) Surat Tawaran Lantik Tetap / Surat Pengesahan Pelantikan

Untuk Perakuan Pemberian Taraf Berpencen, permohonan perlu dihantar setelah perkhidmatan genap 3 tahun.

Bagi Jadual Kelima (Peraturan 35) - tidak perlu dikemukakan borang baru kerana semasa proses Pengesahan Dalam Perkhidmatan telah diisi dan diambil tindakan. Hanya kemukakan sesalinan Jadual Kelima semasa proses PDP.

Mohon kerjasama tuan/puan agar lebih teliti dalam mengemukakan PDP dan PTB dimasa akan datang.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

HAMIZA BINTI ZAKARIA
Pegawai Eksekutif

http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2427#2940

Khamis, 1 Mac 2012

Naik Pangkat DG1-1 (DG41)

MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3 (DGA34) DAN DG2-5 (DGA38) YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1 (DG41)
Posted by balkis on 29/02/2012 3:10:00 pm (855 reads) News by the same author


Semua Ketua Sektor

Semua Pegawai Pelajaran Daerah

Semua Pengetua Sekolah Menengah

Semua Guru Besar Sekolah Rendah

Negeri Perak.

Adalah dimaklumkan bahawa di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), skim perkhidmatan PPP Siswazah (PPPS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Oleh itu, mana-mana PPPLD yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPA.


Semua perakuan tersebut dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Perak (u.p. Unit Naik Pangkat) dengan segera atau selewat-lewatnya pada 15 Mac 2012. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, sila hubungi (Unit Naik Pangkat) di talian 5015064, 5015061, 5015060, 5105059 dan 5015058 untuk penjelasan selanjutnya.

Terima kasih.

Unit Naik Pangkat

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan

Jabatan Pelajaran Perak

Sumber

e-Operasi

Telah dihantar pada: Tue Feb 28, 2012 12:52 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia
Pemberitahuan dan Peringatan

Semua Pengetua dan PK Pentadbiran Sekolah Menengah
Semua Guru Besar dan PK Pentadbiran SK, SJKC dan SJKT
Daerah Kinta Utara

Tuan,

KEMASKINI DATA e-OPERASI DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP PEGAWAI

Perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman, Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Penempatan dan Penempatan Pertukaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama Pegawai Data PPD Negeri Perak telah berlangsung pada 27 Februari 2012 di Hotel Heritage, Ipoh.

3. Melalui mesyuarat tersebut wakil BPSH telah menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan setiap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di dalam melaksanakan proses kemaskini Sistem Pengoperasian Data (e-Operasi) 2012 yang merupakan sebahagian daripada SISTEM MAKLUMAT GURU (aplikasi yang digabungkan: e-Operasi, e-GTukar, ABM SM1, ABM SR1, e-Pangkat dan e-Tatatertib) yang bakal diimplementasikan sepenuhnya mulai tahun 2013. Sehubungan itu, diingatkan bahawa mulai tahun 2012, e-Operasi bukan lagi berperanan sebagai data asas Pertukaran Secara Atas Talian (e-GTukar) semata-mata.

4. Sila maklum bahawa melalui pelaksanaan e-Operasi dan lain-lain aplikasi di bawah SISTEM MAKLUMAT GURU ini, GURU DATA TIDAK LAGI BERPERANAN atau BERTANGGUNGJAWAB ke atas pengemaskinian data aplikasi ini. SEMUA GURU ADALAH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DATANYA SENDIRI. Oleh itu, semua guru wajib mendaftar masuk dan mengemaskini data masing-masing (ada data sensitif yang tidak boleh dikemaskini sendiri dan memerlukan tindakan kemaskini oleh PK1). Manakala Standard Operating Procedure (SOP) Pegawai Pengesah peringkat sekolah adalah kepada PK1 dan Pengetua. Adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan kepada PK1 dan Pengetua yang menyerahkan kepada Guru Data atau lain-lain pihak yang tidak berkenaan untuk urusan kemaskini dan pengesahan data. PK1 dan Pengetua akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kejadian manipulasi data oleh guru di bawah seliaan masing-masing.

5. Adalah diingatkan bahawa semua LoginID dan Katalaluan adalah RAHSIA masing-masing dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain, terutamanya LoginID dan Katalaluan PK1 / Pengetua. Sila guna LoginID yang sesuai sewaktu mendaftar kali pertama kerana LoginID ini kekal dan tidak boleh dipinda selagi berkhidmat di bawah KPM walaupun berpindah ke sekolah lain atau berlaku kenaikan pangkat.

6. Sila maklumkan perkara berkaitan tanggungjawab setiap guru untuk menyemak dan mengemaskini data e-Operasi ini kepada semua guru di bawah seliaan tuan. Tempoh kemaskini data adalah mulai 01 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Aplikasi e-Operasi ini boleh diakses melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ atau http://apps.moe.gov.my/epgo/

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

_________________
Kusaini Bin Zulkafli
Penolong PPD KGSK/GSTT/GG
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara
Telefon: 016-4146747
E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com

Sumber