PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Ahad, 29 Julai 2012

Tindakan Selepas Peperiksaan Percubaan UPSR

Sukacita dimaklumkan bahawa Peperiksaan Percubaan UPSR telah dijalankan oleh pihak sekolah pada 11, 12 dan 13 Julai 2012 yang lalu. Didapati peratus kelulusan adalah 46.64% sahaja berbanding sasaran iaitu 79.26%. Bilangan %5A hanya 5 orang sahaja.

Pihak sekolah mengenalpasti beberapa tindakan yang perlu diambil oleh tuan/puan untuk sama-sama meningkatkan pencapaian yang diharapkan. Antaranya ialah :
1. Memastikan kehadiran penuh setiap hari persekolahan kerana ulang kaji dan teknik menjawab dijalankan.
2. Memberi ruang dan masa untuk anak-anak belajar di rumah. Elakkan dari membebankan mereka dengan kerja-kerja lain.
3. Mengurangkan pergerakan (balik kampung) pada hujung minggu kerana ramai murid yang gagal menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4. Memperbanyakan buku-buku latihan untuk anak-anak mengulangkaji di rumah.
5. Sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat untuk mereka terus belajar.
6. Menemani anak-anak belajar di rumah di sebelah malam agar mereka lebih bersemangat.

Rabu, 25 Julai 2012

Peperiksaan PKBS 2

PEPERIKSAAN PKBS 2 ( UJIAN BULANAN OGOS ) 2012

Saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos) pada

13 Ogos hingga 15 Ogos 2012.

3. Tuan/puan diminta memastikan anak jagaan tuan membawa kelengkapan alat tulis (pensel 2B dan pemadam) secukupnya.

4. Sekiranya anak tuan/puan tidak hadir, anak tuan/puan juga akan dibenarkan menduduki peperiksaan sekembalinya ke sekolah. Pihak sekolah telah menetapkan beberapa peraturan untuk menduduki peperiksaan tersebut :

a) Boleh menduduki peperiksaan sekiranya mengemukakan sijil sakit

b) Mengemukakan sijil kematian sekiranya ahli keluarga meninggal dunia

c) Mengikuti aktiviti peringkat sekolah/Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri

d) Peperiksaan hanya boleh diduduki dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh akhir peperiksaan

5. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Peperiksaan PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos) sebagai rujukan.

6. Dimaklumkan bahawa murid Tahun 1 dan Tahun 2 tidak terlibat dalam PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos). Mereka akan dinilaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) dari semasa ke semasa.

Diharap mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Pengisian Data Linus

Telah dihantar pada: Tue Jul 24, 2012 2:22 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar (kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara



Tuan,

PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8, DAERAH KINTA UTARA 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Portal LINUS NKRA bagi Saringan 2 dan Saringan 8 telah dibuka mulai 23 Julai 2012. Pihak tuan diarahkan melengkapkan pengisian data LINUS sekolah selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2012 bagi tujuan verifikasi data peringkat Daerah Kinta Utara.

3. Sehubungan itu, sekolah yang lambat mengisi data atau membuat sebarang perubahan selepas tarikh tersebut akan diminta surat penjelasan. Keperihatinan tuan dalam hal ini akan mencerminkan imej Daerah Kinta Utara.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rosli bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS PPD Kinta Utara di talian 019-5492355 atau Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.

5. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

Selasa, 24 Julai 2012

Kemaskini Maklumat E-Operasi

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Diminta jasa baik semua guru menyemak maklumat masing-masing melalui E-Operasi. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak dikemaskini, sila maklum PK1 untuk tindakan segera. (24.7.2012).

Sekian, terima kasih.

Kempen Kibar Jalur Gemilang

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
Posted by rimaz on 18/07/2012 9:26:08 pm (1101 reads) News by the same author

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 DI PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI, DAERAH DAN SEKOLAH AKAN MULA DISAMBUT MULAI 17 JULAI 2012 HINGGA 16 SEPTEMBER 2012.

SILA MUAT TURUN SURAT SIARAN DI SINI.

Sabtu, 21 Julai 2012

SPPBS: Kemasukan Prestasi Mengikut Zon

SPPBS: Kemasukan Prestasi Mengikut Zon

Dimaklumkan bahawa bagi mengurangkan kesesakan capaian kepada SPPBS, pihak LP akan menggunakan konsep kemasukan prestasi mengikut zon. Proses ini akan dilaksanakan bermula 23 Julai 2012. Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pengguna digalakkan untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:

Jadual Kemasukan Prestasi ke SPPBS mengikut zon:

Ahad - Kedah dan Kelantan sahaja

Isnin - Pulau Pinang, Perlis dan Perak sahaja

Selasa - WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor sahaja

Rabu - Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja

Khamis - Pahang dan Terengganu sahaja

Jumaat - Sabah, Sarawak dan WP Labuan sahaja

Tindakan ini bersifat sementara sehingga masalah dapat diatasi.

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN

WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN

Posted by rimaz on 19/07/2012 9:00:00 am (1051 reads) News by the same author

SEMUA PEJABAT PELAJARAN DAERAH, PENGETUA DAN GURU BESAR

SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK

TUAN/PUAN,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBENARKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SESI PETANG YANG MEMPUNYAI MURID DAN GURU YANG BERAGAMA ISLAM MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN SEAWAL 5.30 PETANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI IAITU ANTARA TEMPOH 21 JULAI 2012 HINGGA 21 OGOS 2012.

SILA MUAT TURUN SURAT SIARAN DI SINI.

Bahan Linus

Telah dihantar pada: Fri Jul 20, 2012 12:04 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar
Daerah Kinta Utara

Tuan,

Bahan Taklimat Kursus LINUS


Pihak sekolah boleh muat turun semua bahan Taklimat Kursus dengan KLIK IKON : icon_lol.gif

2. Manual muat turun

i. Klik IKON
ii. Klik " File " atas sebelah kiri
iii Klik "Download"

Sekian, terima kasih.

Khamis, 19 Julai 2012

PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN

Telah dihantar pada: Thu Jul 19, 2012 1:33 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam 1Malaysia


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.


Tuan

PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS TERHADAP PEGAWAI AWAM


Sukacita saya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat yang diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Ruj. KP(PP)SULIT0163/18/14/JLD.2(63) bertarikh 29 Jun 2012 yang menerangkan maksudnya tersendiri berkaitan perkara yang di atas untuk tindakan lanjut pihak tuan.

3. Mohon pihak tuan melengkapkan Borang Lampiran A dan mengemukakannya terus ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (u.p. : Pn. Hamiza binti Zakaria).

4. Sila klik di sini untuk muat turun surat dan borang.

Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Terima kasih.


HAMIZA BINTI ZAKARIA
Pegawai Eksekutif,
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.

Waktu Sekolah Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wrt. wbt.


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kinta Utara.


Tuan,

WAKTU SEKOLAH DALAM BULAN RAMADHAN 1433H

Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.

2. Untuk makluman tuan, waktu sekolah dalam bulan Ramadhan tahun 1433H adalah mengikut pekeliling sedia ada iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1982.

3. Pihak sekolah diminta mematuhi panduan yang terdapat dalam pekeliling tersebut.

4. Sila muat turun pekeliling di sini.

Sekian, terima kasih.


HJ. ABDUL AZIZ BIN MAT JAIS

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.

Jumaat, 6 Julai 2012

Peperiksaan Percubaan UPSR

Dimaklumkan peperiksaan Percubaan UPSR akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Julai ini. Oleh itu pihak sekolah telah menyusun cuti secara bergilir untuk melicinkan pengurusan pada hari peperiksaan tersebut.

Tarikh/Hari

Tahun Hadir

Tahun Cuti

10.7.2012 - Selasa

2, 5, 6, 4

1, 3

11.7.2012 - Rabu

3, 4, 6

1, 2, 5

12.7.2012 - Khamis

1, 5, 6

2, 3, 4

13.7.2012 - Jumaat

1, 2, 3, 4, 6

5


Cuti ini diberikan kerana bilik darjah akan disusun mengikut peperiksaan yang sebenar.

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Tarikh : 10.7.2012
Masa : 7.20 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Padang SK Haji Mahmud


Diminta semua murid berpakaian sukan untuk aktiviti tersebut. Aktiviti ini diwajibkan untuk murid Tahun 4, 5 dan 6. Walau bagaimanapun murid Tahun 1, 2 dan 3 digalakkan hadir.

Jemputan Jamuan Kesyukuran

Jemputan Jamuan Kesyukuran

Tarikh : 7.7.2012
Tempat ; Kantin SK Haji Mahmud
Masa : 10.00 pagi

Dijemput semua guru hadir ke jamuan tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan untuk menceria & memeriahkan lagi majlis.