PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Jumaat, 30 November 2012

KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN

SPA : Kajian Pelaksanaan KSSR Dalam Talian
Posted by yusman on 29/11/2012 8:50:00 pm (450 reads) News by the same author
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak. 

YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,

KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN 

2. Merujuk kepada surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KP(BPK)600-5/2(73) bertarikh 20 November 2012), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BBK) sedang menjalankan Kajian Pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
3. Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk dijawab oleh pentadbir dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan 2 di setiap sekolah rendah seluruh negara. Terdapat 2 borang soal selidik yang berasingan untuk pentadbir dan guru.
* Borang soal selidik untuk pentadbir boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir

* Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru

4. Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik ini adalah pada 30 Januari 2013

Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -

Ahad, 18 November 2012

Kursus Hands-On Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tarikh : 20 dan 21 November 2012
Tempat : SK Wira Jaya
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Guru yang terlibat :
Guru Besar
Penolong Kanan 1
Penolong Kanan Petang
En. Mat Daud
Pn. Lam Fong Kuan
Pn. Masjieda
Pn. Maleesa
Pn. Siti Hazar
Pn. Noorulhuda
Pn. Arizawati
Pn. Norhajar
Pn. Fauziah

* Sla bawa bersama
1. Pemacu USB untuk berkongsi sumber
2. Komputer Riba
3. Panduan Pengenalan PBS. Manual Pentaksiran Sekolah. Dokumen KBSR dan Dokumen Standard Prestasi.
4. Salinan pernyataan misi sekolah anda.  


Info lanjut


Sekian, terima kasih.

Sabtu, 17 November 2012

Keputusan UPSR

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Keputusan UPSR boleh diambil mulai jam 10.30 pagi 19.11.2012.

Ketua panitia mata pelajaran UPSR, guru kelas Tahun 6 dan Penyelaras Tahun 6 diminta hadir ke sekolah mulai jam 10.00 pagi untuk membuat analisa UPSR.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 6 November 2012

Tentatif Pra Persediaan 2013



TENTATIF PRA PERSEDIAAN 2013
19.12.2012 (RABU)  LADAP
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
11.30 pagi
Kursus I-think
Kursus I-think
REHAT
Kursus I-think
Kursus I-think

20.12.2012 (KHAMIS)  LADAP
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
11.30 pagi
Matematik
Pn. Fatahiyah
Dunia Muzik
Pn. Faridah
REHAT
Dunia Sains &
Teknologi
Pn. Masjieda
PJ & PK
En. Fariz

21.12.2012 (JUMAAT)  LADAP
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi

Bahasa Malaysia
En. Mat Daud
Bahasa Arab
Pn. Salamiah
REHAT
Bahasa Cina
Pn. Lam Fong Kuan


24.12.2012 (ISNIN)  LADAP
8.00 pagi
9.00 pagi
10.00 pagi
10.30 pagi
11.30 pagi
Pendidikan Islam
Pn. Nor Azizah
Pendidikan Moral
Pn. Norhajar
REHAT
Bahasa Inggeris
Pn. Fauziah
Dunia Seni Visual
Pn. Nizamiyah

26.12.2012 (RABU)
Pendaftaran Tahun 1 2013
Pengambilan Evidence SPPBS & Kad Profil Murid Tahun 1 – 2012
Pengambilan Evidence SPPBS & Kad Profil Murid Tahun 2 – 2012

27.12.2012 (KHAMIS)
Mesyuarat Kurikulum / HEM

28.12.2012 (JUMAAT)
Mesyuarat INDUK / Kokurikulum

31.12.2012 (ISNIN)  
Mesyuarat Panitia

2.1.2013 (RABU) 
Persekolahan 2013 bermula

Sabtu, 3 November 2012

Contact Time Guru Sidang Petang

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Contact Time guru sidang petang mulai jam 11.45 pagi 5.11.2012 di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua guru sidang petang diwajibkan.

Sekian, terima kasih.

Johan Pertandingan Folio Kajian Tempatan Peringkat Daerah Kinta Utara 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah , Johan Pertandingan Folio Kajian Tempatan Peringkat Daerah Kinta Utara 2012 yang diadakan pada 27.9.2012 di Bilik Gerakan SK Jati! (Guru pembimbing Puan. Maslina). Semoga dengan kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kejayaan anak didik di masa akan datang. 

Sekian, terima kasih. 

Khamis, 1 November 2012

Contac Time Guru Sidang Pagi

Assalamualikum dan salam satu Malaysia,

Contact time guru sidang petang akan diadakan mulai jam 1.10 tengah hari di Bilik Gerakan. Semua guru sidang pagi diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

Kem Bestari Solat Tahun 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kem Bestari Solat Tahun 1diadakan pada 3.11.2012 mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi di Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak.Kehadiran anak tuan/puan diwajibkan. minum pagi disediakan. Sila uruskan pengangkutan pergi dan balik anak tuan/puan.

Sekian, terima kasih.