PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Memaparkan catatan dengan label Bola Baling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bola Baling. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2011

Bola Baling Peringkat Negeri Perak

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Perempuan kerana menjadi johan peringkat negeri (diwakili oleh dua orang pelajar iaitu Nur Hafieszah Hanim bt Dahmah 6 Yakin dan Nur Syamimi Aqilah bt. Mohd Shamsul 6 Tekun) dan Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Lelaki kerana menyandang tempat ke-4 (diwakili oleh dua orang pelajar lelaki iaitu Haziq Akmar b. Danial Aizat dan Mohd Syahmi Aqil b. Mohd Shamsul 6 Mulia) yang dilangsungkan di Grik mulai 12.3.2011 hingga 15.3.2011. Tahniah kepada jurulatih dan guru pengiring. Dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah terpilih menjalani latihan pusat peringkat kebangsaan.

Rabu, 2 Mac 2011

Hadiah Bola Baling

Assalmualaikum dan salam satu Malaysia,

Pencapaian pasukan bola baling (P) Tahun 2011 - Johan Zon A dan Johan Daerah Kinta Utara.
Pencapaian pasukan bola baling (L) Tahun 2011 - Naib Johan Zon A dan penyertaan peringkat Daerah Kinta Utara.

Gambar penerima hadiah....

Sekian, terima kasih.

Isnin, 21 Februari 2011

Pertandingan Bola Baling Zon A

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

SKHMC telah menjadi Johan Zon A (P) dan naib johan Zon A (L) Pertandingan Bola Baling Bawah 12 Tahun Peringkat Zon A yang dilangsungkan di SK Tg. Rambutan mulai jam 8.00 pagi pada 21.2.2011 (Isnin). Tahniah dan terima kasih kepada guru pengiring (Pn. Siti Maslina, Pn. Rosni (A), En. Firdaus dan En. Hasnan) serta para pemain. Semoga pasukan Bola Baling SKHMC Lelaki dan perempuan menjadi Johan Daerah Kinta Utara sewaktu pertandingan peringkat daerah kinta utara (amin).

Gambar pemain...

Sekian, terima kasih.

Selasa, 28 September 2010

Bola Baling (Johan Antara Zon Pembangunan Sukan Sirkit 1)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Tahniah kepada pelajar, jurulatih dan guru pengiring yang telah mengharumkan nama SKHMC...



Sekian, terima kasih.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pertandingan Bola Baling Antara Kelas

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan ini dijalankan sepanjang minggu mulai 2 Ogos 2010 jam 3.0 petang hingga 6.00 petang di padang SKHMC.

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 14 Mei 2010

Klinik Bola Baling

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Klinik Bola Baling (Perempuan) diadakan pada hari Sabtu (tiada kokurikulum) sebagai persediaan pasukan Bola Baling 2011 & 2012. Latihan secara berkala dapat memastikan para pelajar yang berminat dapat menyediakan diri serta menyesuaikan diri dengan keadaan pertandingan di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Pihak sekolah mensasarkan pencapaian Johan Daerah 2009 & 2010 dikekalkan pada tahun hadapan (3 tahun berturut-turut). Sekurang-kurangnya 6 orang pelajar SKHMC mewakili daerah (jumlah pemain 12 orang) dan sekutrang-kurang seorang pelajar SKHMC mewakili negeri. Para pelajar dinasihatkan mendapat kebenaran daripada ibu bapa atau penjaga secara bertulis untuk menyertai program ini. Aspek keselamatan sewaktu pergi dan balik perlu diutamakan. Para pelajar diingatkan supaya terus balik ke rumah setelah latihan tamat. Adalah diharapkan program ini dapat merealisasikan kecemerlangan anak didik sekolah ini.

Jumaat, 7 Mei 2010

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Kejohanan Bola Baling Peringkat Negeri telah diadakan di Kerian mulai 3.5.2010 hingga 6.5.2010 (SK Baru sebagai tuan rumah). Pasukan Kinta Utara L12 telah menjadi Johan Negeri Perak. Seramai 3 0rang pelajar SK Haji Mahmud terlibat dalam pasukan ini. Jurulatih pasukan L12 ialah Encik Farid b. Hassan SK Tg. Rambutan. Pasukan Kinta Utara P12 telah mendapat tempat ke-3 Peringkat Negeri Perak. Seramai 4 orang pelajar SK Haji Mahmud terlibat dalam pasukan ini. Jurulatih pasukan P12 ialah Encik Faizulzaman b. Mohd Ali SK Haji Mahmud. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan pertandingan ini. Jasamu dikenang. Mohd Aiman (SK Haji Mahmud) telah dinobatkan sebagai pemain terbaik L12. Pasukan P18 telah berjaya memperolehi tempat ke-4. Pasukan Kinta Utara telah mencapai tempat ke-2 secara keseluruhan berdasarkan kepada pencapaian L12 (Johan), P12 (Tempat ke-3 dan P18 (Tempat ke-4)

Rabu, 21 April 2010

Pertandingan Bola Baling-21.4.2010

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Kinta Utara 2010 telah diadakan di SK Wira Jaya pada 21.4.2010 mulai jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang. SKHMC telah berjaya memperolehi Naib Johan (L) Daerah Kinta Utara dan Johan (P) Daerah Kinta Utara. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada En. Faizulzaman, Pn. Siti Maslina, En. Firdaus, En. Hasnan dan En. Farizal sebagai guru pengiring.

Sekian, terima kasih.

Ahad, 11 April 2010

Perlawanan Bola Baling (P) Persahabatan



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pasukan Bola Baling (P) SKHMC mengadakan perlawanan persahabatan dengan SK Temin dan SK Lasah di padang SK Temin pada 10.4.2010 yang lalu. Perlawanan ini merupakan mencari pengalaman di samping menguji posisi pemain sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan Bola Baling peringkat Kinta Utara pada 21.4.2010 di padang SK Wira Jaya. Marilah kita semua bersama-sama mendoakan kejayaan pasukan Bola Baling SKHMC Lelaki & Perempuan menjadi juara.

Sabtu, 27 Mac 2010

Pasukan Bola Baling (P)

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

Pasukan Bola Baling (P) 2010-pemilihan akhir belum dibuat.

Sekian, terima kasih.