PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Memaparkan catatan dengan label LINUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LINUS. Papar semua catatan

Khamis, 2 Ogos 2012

PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH

Telah dihantar pada: Wed Aug 01, 2012 3:15 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar,
(kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara

Tuan,

PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Lanjutan daripada Kursus Kelestarian Literasi & Numerasi LINUS NKRA 2012 Daerah Kinta Utara pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu, pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut:
i) Minit Curai
ii) Laporan Kursus Dalaman
iii) Jadual Pelaksanaan ‘Lesson Study’ Peringkat Dalaman Sekolah

3. Pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2012 kepada Pegawai FasiLINUS. Sebagai peringatan, pihak sekolah diminta melaksanakan “Lesson Study” sebelum Saringan 9 (Kohort 1) selesai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.

4. Kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Pegawai FasiLINUS
PPD Kinta Utara

Rabu, 25 Julai 2012

Pengisian Data Linus

Telah dihantar pada: Tue Jul 24, 2012 2:22 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar (kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara



Tuan,

PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8, DAERAH KINTA UTARA 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Portal LINUS NKRA bagi Saringan 2 dan Saringan 8 telah dibuka mulai 23 Julai 2012. Pihak tuan diarahkan melengkapkan pengisian data LINUS sekolah selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2012 bagi tujuan verifikasi data peringkat Daerah Kinta Utara.

3. Sehubungan itu, sekolah yang lambat mengisi data atau membuat sebarang perubahan selepas tarikh tersebut akan diminta surat penjelasan. Keperihatinan tuan dalam hal ini akan mencerminkan imej Daerah Kinta Utara.

4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rosli bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS PPD Kinta Utara di talian 019-5492355 atau Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.

5. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

Sabtu, 21 Julai 2012

Bahan Linus

Telah dihantar pada: Fri Jul 20, 2012 12:04 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Semua Guru Besar
Daerah Kinta Utara

Tuan,

Bahan Taklimat Kursus LINUS


Pihak sekolah boleh muat turun semua bahan Taklimat Kursus dengan KLIK IKON : icon_lol.gif

2. Manual muat turun

i. Klik IKON
ii. Klik " File " atas sebelah kiri
iii Klik "Download"

Sekian, terima kasih.

Jumaat, 16 September 2011

PROGRAM SOKONGAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID LINUS TAHUN 1 DAN TAHUN 2

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Telah dihantar pada: Thu Sep 15, 2011 2:01 pm

Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas


Semua Guru Besar
Daerah Kinta Utara

Tuan,

PROGRAM SOKONGAN SEKOLAH UNTUK MURID-MURID LINUS TAHUN 1 DAN TAHUN 2

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak pentadbir diminta menghantar Program Sokongan LINUS peringkat sekolah yang telah, sedang atau akan dilaksanakan untuk mencapai target KPI sekolah masing-masing.

3. Program Sokongan perlu berfokus dan mengambil kira masalah dan tindakan mengatasinya. Maklumat perlu dihantar selewat-lewatnya 23 September 2011 (Jumaat). Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Kurikulum (FasiLINUS) sekolah masing-masing.

4. Kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1824#2212

Sekian, terima kasih.