|
PENGUMUMAN
Selasa, 22 Januari 2013
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2013
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA29 KE GRED DGA32 TAHUN 2013
|
Ahad, 2 September 2012
Urusan Kenaikan Pangkat
| Muat Turun SURAT SIARAN di sini. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak Tuan/Puan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013 Sukacita saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung dengan perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Tahun 2013. Pegawai yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun) 3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki memperakukan semua pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9. Sila klik untuk lihat dan muat turun: 4. Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:
5. Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan). 6. Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012 dokumen-dokumen seperti berikut:
7. Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan selanjutnya.
Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Selasa, 24 Julai 2012
Kemaskini Maklumat E-Operasi
Diminta jasa baik semua guru menyemak maklumat masing-masing melalui E-Operasi. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak dikemaskini, sila maklum PK1 untuk tindakan segera. (24.7.2012).
Sekian, terima kasih.
Selasa, 5 Jun 2012
MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G
Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.
Surat Kementerian; KP(PP)0069/6/3/Jld.5(71) bertarikh 2 Mei 2012 adalah berkaitan. Surat ini berkaitan dengan pematuhan kepada peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G. Klik pautan di bawah untuk rujukan dan panduan tuan/puan .
Jumaat, 1 Jun 2012
Pengggunaan "Time Slip"
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan
ISU PENGGUNAAN 'TIME SLIP' DAN KEDUDUKAN PEGAWAI YANG MENINGGALKAN TEMPAT BERTUGAS UNTUK TUJUAN SELAIN TUGAS RASMI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahwa pejabat ini telah menerima pertanyaan berkenaan isu 'time slip' dan kedudukan pegawai yang meninggalkan tempat bertugas untuk tujuan selain dari tugas rasmi.
3. Sehubungan itu, Bahagian Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah mengambil langkah proaktif berkenaan isu tersebut dengan melampirkan surat-surat berkaitan dengan perkara di atas. Muat turun Surat.
4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memaklumkannya kepada semua pegawai di bawah penyeliaan tuan.
Sekian, terima kasih.
AHAMAD SHAKER BIN LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Sumber
Isnin, 2 April 2012
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
SK2P : URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012 Posted by yusnizam on 26/03/2012 4:40:00 pm (3259 reads) News by the same author
Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak.
Tuan/Puan,
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa permohonan ke Gred DGA34 bagi mengisi jawatan Guru Besar/Penyelia di JPN/PPD tahun 2012. Pegawai-pegawai yang layak memohon adalah mereka yang memenuhi syarat berikut :
| 2.1 | Calon Umum | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
|
|
|
|
|
| 2.2 | Calon Bahasa Cina | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2008. |
|
|
|
|
|
| 2.3 | Calon Bahasa Tamil | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
Pegawai-pegawai yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan pegawai-pegawai yang dipinjamkan atau tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader yang memenuhi syarat-syarat di para 2 juga layak mengemukakan permohonan.
Untuk keterangan lanjut mohon muat turun maklumat terperinci di pautan berikut :
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, boleh berhubung dengan Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Perak
Sekian, terima kasih.
Unit Naik Pangkat,
Jabatan Pelajaran Perak
Sumber http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=987
Selasa, 13 Mac 2012
Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
| Telah dihantar pada: Tue Mar 13, 2012 12:11 pm |
| Perhatian kepada: |
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2427#2940
