| SK2P : TATATERTIB - Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Hasil Laporan Yang Dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) |
| Posted by balan on 29/10/2012 12:40:00 pm (541 reads) News by the same author |
|
***** MAKLUMAN *****
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak
Tuan,
TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM HASIL LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM) Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Sepertimana tuan sedia maklum, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997
telah jelas menerangkan tatacara Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa
Tatatertib menguruskan Kes tatatertib yang dirujuk oleh Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Laporan SPRM tersebut akan digunakan
bagi tujuan perakuan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam yang
didapati melakukkan pelanggaran tatakelakuan di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A)
395/1993].
3.
Berdasarkan statistik SPRM dan dapatan analisa Jabatan Perkhidmatan
Awam, didapati bahawa terdapat kes yang dirujuk oleh SPRM berakhir
dengan keputusan "AMARAN PENTADBIRAN". Seyogia diingatkan bahawa
keputusan "AMARAN PENTADBIRAN" bukanlah hukuman tatatertib sepertimana
yang diperuntukkan dibawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A) 395/1993].
4.
Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam igin mengingatkan kepada
semua Ketua Jabatan supaya mempercepatkan siasatan bagi kes-kes yang
dirujuk oleh SPRM dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib
untuk tindakan tatatertib. Berikut adalah URL bagi salinan surat siaran tersebut:
5. Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK
|
| Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - |
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Memaparkan catatan dengan label Tatatertib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tatatertib. Papar semua catatan
Isnin, 29 Oktober 2012
Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam (SPRM)
Khamis, 4 Oktober 2012
PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB
Telah dihantar pada: Mon Oct 01, 2012 4:52 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Menengah/Rendah,
Daerah Kinta Utara.
Tuan,
PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB OLEH PENYELIA/KETUA JABATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Bersama-sama ini diedarkan surat arahan daripada KPM KP.SULIT(TT)0163/23 Jld.3 (13) bth : 13 Ogos 2012 dan surat arahan daripada JPA, JPA.BK(S)223/9/3(36) bth : 16 April 2012 yang mana telah mengingatkan Penyelia/Ketua Jabatan supaya melaksanakan tindakan penguatkuasaan sebbagai mekanisme kawalan dan pengawasan tatatertib.
3. Sila muat turun surat di sini.
Sekian, terima kasih.
MOHAMAD ALI HANAPIAH BIN ZAKARIA
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17
Unit Perkhidmatan.
Selasa, 25 September 2012
Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia
Isnin, 13 Ogos 2012
Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam
| TATATERTIB - Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam |
| Posted by balan on 13/08/2012 10:00:00 am (1067 reads) News by the same author |
| ***** MAKLUMAN *****
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan, PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Bersama-sama ini di sertakan surat siaran Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan: Arahan Pematuhan Waktu Bekerja 3. Kerjasama tuan dalam memastikan pegawai awam di bawah seliaan tuan sentiasa mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan amat dihargai.
Sekian terima kasih.
UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK |
Langgan:
Catatan (Atom)
