PENGUMUMAN
Selasa, 4 September 2012
Perubahan Tarikh Ganti Persekolahan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Pengetua Sekolah
Guru Besar Sekolah
Daerah Kinta Utara
Tuan,
PERUBAHAN TARIKH GANTI PERSEKOLAHAN HARI SABTU 22.09.2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh ganti persekolahan hari Sabtu bagi sekolah-sekolah di negeri Perak yang telah diluluskan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012 ( Jumaat) sempena Sambutan Hari Raya A'idil Fitri yang sepatutnya dijalankan pada 22 September 2012(Sabtu) dipinda kepada 29 September 2012 (Sabtu). Sila kilk di sini untuk muat turun surat daripada JPN Perak.
3. Perhatian dan tindakan tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
AZMIL KHUSAINI BIN KHALID,P.P.T.
Penolong PPD Perhubungan
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Isnin, 13 Ogos 2012
Kemudahan Cuti Bersalin Swasta
| TATATERTIB - Kemudahan Cuti Bersalin Swasta |
| Posted by balan on 13/08/2012 9:30:00 am (24 reads) News by the same author |
| ****MAKLUMAN**** Semua Pengetua dan Guru Besar Tuan, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Untuk makluman, suatu taklimat/kursus mengenai Pengurusan Tatatertib telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta (U) pada 8/8/2012(Rabu) jam 9 pagi. Sewaktu taklimat/kursus tersebut, wujud persoalan mengenai cuti bersalin swasta. 3. Sehubungan dengan itu, seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya seperti yang termaktub di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010. Merujuk kepada para 15.1 pekeliling yang sama, jelas menyatakan bahawa pegawai/guru wanita boleh menggunakan cuti bersalin swasta dan layak mendapat kemudahan seperti pekeliling tersebut. Pegawai dengan ini, tidak perlu mendapatkan endorsan dari Pegawai Perubatan Kerajaan seperti Cuti Sakit Swasta(Perintah Am 15(a) & Perintah Am 15(b) Bab C). Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyebar luas mengenai perkara diatas kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan.
Sekian terima kasih. |
Sabtu, 11 Ogos 2012
Tambahan Cuti Berganti
| TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012 |
| Posted by yusnizam on 10/08/2012 10:39:18 am (1036 reads) News by the same author |
| Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan,
SURAT SIARAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di pautan berikut :
Sektor Pengurusan Sekolah |
Jumaat, 10 Ogos 2012
Cuti Berganti
| Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 2:31 pm |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
CUTI BERGANTI PADA 16 DAN 17 OGOS 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa cuti berganti pada 16 Ogos 2012 ialah pada 8 September 2012 dan cuti berganti pada 17 Ogos 2012 ialah 22 September 2012.
2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa semua sekolah yang memohon 2 hari cuti berganti yang dinyatakan di atas sahaja yang akan mendapat kelulusan. Pihak sekolah diminta menghantar permohonan cuti berganti 3 salinan ke Jabatan Pelajaran Perak. Surat siaran mengenai pengumuman mengenai perkara di atas akan dimuatnaik kemudian.
Kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan terima kasih,
Sekian.
AZMIL KHUSAINI BIN KHALID,P.P.T.
Penolong PPD Perhubungan
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Selasa, 3 Januari 2012
Cuti Umum 1 Malaysia
1 Januari (Ahad)-Cuti Tahun Baru
Semua negeri kecuali Perlis, Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu
14 Januari (Ahad)-Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Negeri Sembilan sahaja
15 Januari (Ahad)-Hari Keputeraan Sultan Kedah
Kedah sahaja
23 Januari (Isnin)-Tahun Baru Cina
Seluruh negara
24 Januari (Selasa)-Hari Raya Cina (Hari kedua)
Semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu
1 Februari (Rabu)-Hari Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sahaja
5 Februari (Ahad)-Maulidur Rasul
Seluruh negara
7 Februari (Selasa)-Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P. Pinang & Selangor sahaja
4 Mac (Ahad)-Hari Ulangtahun Pemerintahan Sultan Terngganu
Terengganu sahaja
30 Mac (Jumaat)-Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Kelantan sahaja
6 April (Jumaat)-Good Friday
Sabah dan Sarawak sahaja
15 April (Ahad)-Hari Deklarasi Melaka sebagai Bandaraya Sejarah
Melaka Sahaja
19 April (Khamis)-Hari Keputeraan Sultan Perak
Perak sahaja
1 Mei (Selasa) -Hari Buruh
Seluruh negara
7 Mei (Isnin)-Hari Hol Pahang
Pahang sahaja
17 Mei (Khamis)-Hari Wesak
Seluruh Negara
17 Mei (Khamis)-Hari Keputraan Raja Perlis
Perlis sahaja
30 & 31 Mei (Rabu dan Khamis)-Pesta Menuai, Pesta Kaamatan
Sabah dan WP Labuan sahaja
1 & 2 Jun (Jumaat dan Sabtu)-Pesta Menuai, Hari Gawai
Sarawak sahaja
2 Jun (Sabtu)-Hari Keputraan Yang di-Pertuan Agong
17 Jun (Ahad)-Israk dan Mikraj
Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan sahaja
7 Julai (Sabtu)-Hari Warisan Georgetown
P. Pinang sahaja
7 Julai (Sabtu)-Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri P. Pinang
P. Pinang sahaja
20 Julai (Jumaat)-Hari Keputraan Sultan Terengganu
Terengganu sahaja
21 Julai (Sabtu)-Awal Ramadhan
Kedah, Melaka dan Johor sahaja
6 Ogos (Isnin)-Nuzul al-Quran
Perlis, P. Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang sahaja
19 & 20 Ogos (Isnin dan Selasa)-Hari Raya Puasa
Seluruh negara
31 Ogos (Jumaat)-Hari Kebangsaan
Seluruh negara
9 September (Ahad)-Sambutan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Sarawak sahaja
16 September (Ahad)-Hari Malaysia dan Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah
Seluruh negara dan Sabah
14 Oktober (Sabtu)-Hari Kelahiran Yang di-Pertua Negeri Melaka
Melaka sahaja
24 Oktober (Rabu)-Hari Keputraan Sultan Pahang
Pahang sahaja
26 Oktober (Jumaat)-Hari Raya Haji/Korban
Seluruh negara
27 Oktober (Sabtu)-Hari Raya Haji/Korban
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sahaja
11 November (Ahad)-Deepavali
Seluruh negara kecuali Sarawak
15 November (Khamis)-Awal Muharram (Maal Hijrah)
Seluruh negara
22 November (Khamis)-Hari Keputeraan Sultsn Johor
Johor sahaja
11 Disember (Selasa)-Hari Keputeraan Sultan Selangor
Selangor sahaja
25 Disember (Selasa)-Hari Krismas
Seluruh negara
Isnin, 12 Disember 2011
Cuti Peristiwa & Berganti 2012
Maklumat cuti peristiwa dan berganti pada tahun 2012.
Lampiran...
Sekian, terima kasih.
Sabtu, 20 November 2010
Makluman Cuti 2010
Makluman Cuti dan Senarai Keperluan Pelajar Tahun 2011.
Sekian, terima kasih.
