PENGUMUMAN
Rabu, 23 Mac 2011
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG
Mesyuarat AJK PIBG akan diadakan pada 24.3.2011 (Khamis) mulai jam 3.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua AJK guru dan ibu bapa.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 22 Mac 2011
Laporan 1M1S
Diminta semua ketua dan penolong ketua unit permainan menghantar senarai nama, kelas, tarikh dan masa latihan dalam bentuk soft copy dan hard copy sebelum 28.3.2011 (Isnin) untuk Laporan 1M1S yang akan dihantar ke PPD.
Kelab Bola Sepak
Kelab Lawn Bowls
Kelab Olahraga
Kelab Bola Baling
Kelab Bola Jaring
Kelab Sepak Takraw
Kelab Permainan Dalaman
Kelab Hoki
Catur Elit
Hoki Elit
Bola Sepak Elit
Lawn Bowls Elit
Sekian, terima kasih.
Taklimat Jawatankuasa Story Telling
Taklimat Jawatankuasa Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 23.3. 2011 (Rabu). Sila dapatkan surat di pejabat.
rujukan pekeliling bil 1/1999 (ms 4 5(ii), 5 (iii), 5(vi), ms 7 contoh aktiviti)
jawatankuasa kerja
Maklumat mengenai pertandingan story telling
Tempat pertandingan telah ditukar ke Makmal Komputer
Tarikh : 24.3.2011
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Format pertandingan story telling dan juga impromptu adalah berdasarkan peraturan pertandingan sedia ada. Format pemarkahan adalah seperti yang berikut :
Section 1
- Languange and Proficiency (40 marks)
- Delivery and Presentation (35 marks)
- Storyline and Theme (20 marks)
- Costumes (5 marks)
- Penalty (-10 marks)
Section 2
a. Languange and Proficiency (40 marks)
b. Delivery and Presentation (40 marks)
c. Storyline and Theme (20 marks)
d. Penalty (-10 marks)
Tajuk bagi impromptu iaitu;
a) Honesty
b) Hardworking
c) Helpful
d) Loving
e) Friendly
f) Polite
Undi penyertaan seperti berikut :
- SJK (C) Pei Cheng
- SKJ (C ) Tanah Hitam
- SJK (C) Changkat Kinding
- SK Haji Mahmud
- SJKT Ladang Chemor
- SJK (T) Changkat Kinding
- SJK (T) Klebang
- SJK (C) Chong Hwa
- SK Syed Idrus
- SJK (C) Kuala Kuang
Isnin, 21 Mac 2011
Mesyuarat Story Telling Kelompok 1
Mesyuarat Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 21.3. 2011 (Isnin). Puan Nalinder diminta mewakili SKHMC dalam mesyuarat tersebut sebagai pencatat minit mesyuarat. Pertandingan Story Telling Kelompok 1 akan diadakan mulai jam 2.30 petang di Bilik Gerakan SKHMC pada 24.3.2011 (Khamis).
rujukan pekeliling bil 1/1999 (ms 4 5(ii), 5 (iii), 5(vi), ms 7 contoh aktiviti)
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 18 Mac 2011
Perkhemahan Koperal TKRS Pkt Daerah Kinta Utara 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Program : Perkhemahan Koperal TKRS Pkt Daerah Kinta Utara 2011.
1. Tarikh : 25 - 27 Mac 2011 (Jumaat - Ahad)
Tempat : Pusat Kokurikulum Daerah Kinta Utara
d/a SK Pos Raya, Kg Kepayang
Pendaftaran : 3.00 petang (25 Mac 2011)
Bersurai : 1.00 tgh ( 27 Mac 2011)
2. Penyertaan terbuka kepada Ahli Kadet TKRS Tahun 6 berpangkat L/Koperal sahaja.
ujian kelayakan L/Koperal (ms 111 hingga ms 114, ms 128 dan ms 129)
3. Yuran penyertaan setiap peserta RM 25.00. Boleh dibuat secara tunai atau cek atas nama " Tunas KRS Daerah Kinta" semasa pendaftaran.
4. Pengangkutan peserta pergi dan balik ke tempat perkhemahan diurus oleh pihak sekolah. Guru pengiring dari sekolah WAJIB berada di tapak perkhemahan sepnjang tempoh perkhemahan.
5. Pengesahan penyertaan pada atau sebelum 22 Mac 2011 (Selasa) dengan menghubungi En Rohaizad (019 4499006) atau Pn Rohana (013 4717277).
6. Sila ambil surat edaran di pigeon hole PPD Kinta Utara.
Muat turun Bahan TKRS
Sekian, terima kasih.
_________________
Mohd Ramli bin Mohd Baki
Penyelia Kokurikulum
PPD Kinta Utara
ramli@ppdkinta.edu.my
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1282#1597
Khamis, 17 Mac 2011
Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Tugas
Sila muat turun Panduan Mengurus Pegawai Tidak Hadir Bertugas oleh Jabatan Pelajaran Perak untuk rujukan mudah dan segera bagi membantu Ketua-Ketua Jabatan di sekolah dalam menguruskan kes tidak hadir bertugas dengan lebih kemas, pantas dan berkesan.
portal PPD Kinta...
Sekian, terima kasih.
Pelaksanaan Segak
Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.Sehubungan dengan ini, satu penilaian yang standard yang dikenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.
Sekian, terima kasih.
Rabu, 16 Mac 2011
Bola Baling Peringkat Negeri Perak
Tahniah kepada Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Perempuan kerana menjadi johan peringkat negeri (diwakili oleh dua orang pelajar iaitu Nur Hafieszah Hanim bt Dahmah 6 Yakin dan Nur Syamimi Aqilah bt. Mohd Shamsul 6 Tekun) dan Pasukan Bola Baling Bawah 12 Tahun Lelaki kerana menyandang tempat ke-4 (diwakili oleh dua orang pelajar lelaki iaitu Haziq Akmar b. Danial Aizat dan Mohd Syahmi Aqil b. Mohd Shamsul 6 Mulia) yang dilangsungkan di Grik mulai 12.3.2011 hingga 15.3.2011. Tahniah kepada jurulatih dan guru pengiring. Dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) telah terpilih menjalani latihan pusat peringkat kebangsaan.
Jumaat, 11 Mac 2011
Program Bijak Menjawab UPSR 2011
Unit Bimbingan & Kaunseling Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan menganjurkan Program Bijak Menjawab UPSR 2011 mengikut ketentuan seperti yang berikut :
Tarikh : 14.3.2011 & 15.3.2011
Tempat : Dewan SKHMC
Sasaran : Pelajar Tahun 6
Tentatif Program
Isnin 8.00 pagi - 10.00 pagi Slot Motivasi
Isnin 10.30 pagi - 12.30 tengah hari Slot Sains
Selasa 8.00 pagi - 10.00 pagi Slot Bahasa Inggeris
Selasa 10.30 pagi - 12.30 tengah hari Slot Matematik
Surat jemputan pelajar...
Gambar aktiviti...
Sekian, terima kasih.
Slip Aktiviti Kokurikulum
Para pelajar yang dikehendaki datang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum akan diberi slip aktiviti oleh guru penasihat (kecuali aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu). Para pelajar juga diminta membawa kad gerko untuk ditandatangan di ruangan ketiga sebagai bukti kedatangan dan di ruangan pertama (minggu pertama aktiviti kokurikulum) dan ruangan kedua (minggu kedua aktiviti kokurikulum) untuk aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu.
Sekiranya tidak mendapat slip aktiviti bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak perlu hadir. Sekiranya hadir tetapi kad gerko tidak ditandatangan bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak hadir. Untuk pengetahuan tuan/puan kad gerko diberi secara percuma untuk pertama kali. Sekiranya berlaku kehilangan, tuan/puan diminta membeli semula dengan harga RM0.50.
Contoh Slip Aktivti & Kad Gerko
Sekian, terima kasih.
Rabu, 9 Mac 2011
Mesyuarat JK Maklumat Pengkomputeran Sekolah
Mesyuarat Jawatankuasa Maklumat Pengkomputeran Sekolah akan diadakan di Bilik Gerakan mulai jam 12.50 tengah hari 10.3.2011 (Khamis). Kehadiran semua guru pagi.
Surat panggilan...
Sekian, terima kasih.
Selasa, 8 Mac 2011
Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 Kali Pertama
Perjumpaan ibu bapa atau penjaga pelajar Tahun 6 dengan pihak pentadbir sekolah dijalankan mulai jam 8.00 pagi hingga 9.30 pagi pada 8.3.2011 (Selasa) dan 9.3.2011 (Rabu).
Gambar aktiviti 8.3.2011...
Gambar aktiviti 9.3.2011...
Sekian, terima kasih.
