PENGUMUMAN
Khamis, 19 Mei 2011
Kuiz Dalam Talian
Kuiz dalam talian dijalankan mulai bulan Mei 2011 untuk merealisasikan pencapaian 5A UPSR anak didik Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud. Sila layari www.skhjmahmud.blogspot.com untuk download soalan. Sila isikan borang penyertaan dan jawapan untuk menyertai kuiz secara online.
Hadiah disediakan oleh pihak sekolah untuk pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat.
Surat...
Sekian, terima kasih.
Numerasi Kohort 1 (100%)
Rabu, 18 Mei 2011
40 nilai murni bahagian C Penulisan Bahasa Melayu UPSR
40 nilai murni bahagian C Penulisan Bahasa Melayu UPSR...
| 1 | adil |
| 2 | amanah |
| 3 | baik hati |
| 4 | bekerjasama |
| 5 | berani |
| 6 | berazam, bercita-cita tinggi |
| 7 | berdikari |
| 8 | berdisiplin |
| 9 | berhati-hati, berwaspada |
| 10 | berhemah tinggi |
| 11 | berjimat-cermat |
| 12 | bersatu-padu |
| 13 | bersimpati |
| 14 | bersopan-santun, peramah |
| 15 | bersyukur |
| 16 | bertanggungjawab |
| 17 | berterima kasih |
| 18 | bertoleransi |
| 19 | ikhlas |
| 20 | jujur |
| 21 | kasih sayang |
| 22 | kebebasan |
| 23 | kesederhanaan |
| 24 | mematuhi undang-undang |
| 25 | mencintai alam sekitar |
| 26 | menepati masa |
| 27 | menghargai masa |
| 28 | menghormati |
| 29 | menjaga kebersihan fizikal |
| 30 | menjaga maruah / harga diri |
| 31 | patriotik |
| 32 | pemurah |
| 33 | prihatin |
| 34 | rajin,tekun,gigih |
| 35 | rasional |
| 36 | sabar |
| 37 | taat, patuh |
| 38 | tabah, cekal |
| 39 | tolong-menolong |
| 40 | yakin |
Sekian, terima kasih.
Isnin, 16 Mei 2011
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Gambar aktiviti Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...
Sekian, terima kasih.
Ahad, 15 Mei 2011
Selamat Hari Guru
Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru. Semoga hari guru yang disambut di peringkat sekolah dapat merealisasikan kejayaan anak didik pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Rabu, 11 Mei 2011
Mesyuarat Program Kecemerlangan
Mesyuarat Program Kecemerlangan Organisasi Sekolah Kali Pertama akan diadakan pada 12.5.2011 mulai jam 12.40 tengah hari di Bilik Gerakan SKHMC.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 10 Mei 2011
Latihan Robotik_9.5.2011
Gambar aktiviti latihan robotik pada 9.5.2011...
Sekian, terima kasih.
Lagu Tema Hari Guru 2011
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Lagu Tema Hari Guru 2011 - Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Sila muat turun lagu tema Hari Guru 2011 untuk tindakan selanjutnya.
Muat turun Lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara bersama lirik (saiz 7.60MB)
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1447#1778
Sekian, terima kasih.
Isnin, 9 Mei 2011
Kuiz Sempena Hari Guru
Kuiz Sempena Hari Guru terbuka kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, 341200 Chemor, Perak. Sila kembalikan jawapan melalui emel pkkokuskhjmahmud@gmail.com sebelum jam 10.00 malam 15.5.2011.
Soalan Kuiz...
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 6 Mei 2011
Latihan Tekwando
Latihan Taekwando yang dijadualkan pada 7.5.2011 mulai jam 12.30 tengah hari ditangguhkan ke tarikh yang bersamaan dengan 17.5.2011 (Cuti Wesak) mulai jam 12.30 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
Khamis, 5 Mei 2011
Futsal sempena Hari Guru 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Kepada sekolah-sekolah yang menyertai futsal sempena Hari Guru 2011, sila muat turun Jadual dan agihan kumpulan untuk makluman tuan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Asrul Sani (013-5181744)
Sekian, terima kasih.
Pertandingan Pidato Peringkat Daerah
Peserta SK Haji Mahmud yang diwakili oleh Farah Afiqah bt. Nor Azaman 6 Tekun telah mendapat tempat ke-3 Pertandingan Pidato Peringkat Daerah yang diadakan di SK Raja Di Hilir Ekram pada 4.5.2011 mulai jam 2.30 petang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta, guru pengiring serta jurulatih yang telah merealisasikan kejayaan anak didik SKHMC.
Sekian, terima kasih.

