Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Sukacita dimaklumkan pemberian wang bantuan persekolahan Tahun 6 (2011) akan dijalankan pada 25.11.2011 mulai jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari di kantin sekolah.
Sila berurusan dengan kakitangan sekolah. Sila bawa bersama salinan fotokopi kad pegenalan.
* Hanya ibu bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan berurusan.
Sila sebarkan maklumat ini kepada ibu bapa / penjaga Tahun 6 2011 SKHMC.
Sekian, terima kasih.
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Jumaat, 11 November 2011
Khamis, 10 November 2011
Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.
Pihak sekolah akan mengadakan Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak pada 12.11.2011 mulai jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Pelbagai acara dijalankan pada hari tersebut. Semua pelajar diberikan kupon bernilai RM1 untuk berbelanja pada hari tersebut.

SLIP Peperiksaan PKSR 2 Tahun 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan menyerahkan slip peperiksaan pada 11.11.2011. Ibu dan bapa diminta hadir untuk berbincang dengan guru kelas tentang pencapaian anak masing-masing.
Tarikh : 11.11.2011 (Jumaat/Sesi pagi)
Masa : Mulai jam 10.40 pagi
Tarikh : 11.11.2011 ( Jumaat/Sesi petang)
Masa : Mulai jam 2.30 petang
Pelajar dibenarkan pulang bersama ibu bapa.
Ibu bapa boleh melayari http://saps.moe.gov.my serta masukkan nombor surat beranak atau kad pengenalan untuk mengetahui keputusan anak tuan puan.

Jumaat, 28 Oktober 2011
Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak
Assalamualikum dan salam satu Malaysia,
Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-kanak akan diadakan pada 12.11.2011 mulai jam 7.30 pagi. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sebelum 12.11.2011, sila rujuk tentatif program untuk tindakan selanjutnya.

Jumaat, 21 Oktober 2011
ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM KETIKA BERTUGAS
Salam 1Malaysia
Kepada :
Pengetua & Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
ETIKA BERPAKAIAN PENJAWAT AWAM KETIKA BERTUGAS
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Akhir-akhir ini terdapat segelintir guru dan kakitangan sokongan yang tidak mematuhi Etika Berpakaian Penjawat Awam ketika bertugas, menghadiri mesyuarat, taklimat dan sebagainya.
3. Sehubungan itu dipohon jasa baik tuan agar memaklumkan perkara ini kepada guru-guru dan kakitangan sokongan di bawah pentadbiran tuan agar mematuhi perkara tersebut.
4. Bersama-sama ini disertakan edaran Etika Berpakaian Penjawat Awam (klik di sini) sebagai rujukan dan sila pastikan guru-guru dan kakitangan sokongan tuan mematuhinya.
Sekian, untuk makluman dan tindakan.
AHAMAD SHAKER B. LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b/p Pegawai Pelajaran Daerah

Khamis, 20 Oktober 2011
Cabutan Pekeliling Ikhtisas: PI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
PI 3/1981 - Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (free period) oleh Guru-guru
Waktu luang adalah waktu bekerja.
- Menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah kelas
- Buat persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, buat nota mengajar, sediakan alat mengajar dsb
- Memeriksa buku latihan murid
- Mengadakan pertemuan khas dengan murid bermasalah pelajaran yang diajar
- Menyediakan aktiviti gerkerja kokurikulum
- Lain-lain tugas yang fikirkan perlu atau diarahkan oleh Guru Besar
Sekian, terima kasih.
Rabu, 19 Oktober 2011
Cuti Peristiwa Sempena Hari Deepavali
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan bercuti mulai 25.10.2011 dan 26.10.2011 untuk sambutan Hari Deepavali. Sekolah akan dibuka semula mulai 27.10.2011.
Surat...
Sekian, terima kasih.
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan bercuti mulai 25.10.2011 dan 26.10.2011 untuk sambutan Hari Deepavali. Sekolah akan dibuka semula mulai 27.10.2011.
Surat...
Sekian, terima kasih.
Sabtu, 15 Oktober 2011
PKSR 2
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan mulai 17.10.2011 hingga 21.10.2011. Sehubungan itu, kehadiran anak didik adalah diwajibkan. Peperiksaan ulangan hanya akan dijalankan untuk murid yang mempunyai dokumen sokongan seperti sijil sakit sekiranya tidak hadir dan kes kecemasan yang lain yang perlu mendapatkan kebenaran daripada guru besar SKHMC terlebih dahulu.

LADAP (15.10.2011)
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Pihak Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan mengadakan LADAP mulai jam 8.00 pagi bersamaan 15.10.2011. Semua guru diwajibkan hadir.
Perisian Kursus Ladap 1
Perisian KSSR Muzik Tahun 2

Rabu, 5 Oktober 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Dimaklumkan waktu tamat persekolahan sidang petang pada hari Isnin mulai jam 6.05 petang dan hari Selasa hingga hari Jumaat mulai jam 6.10 petang. Ibu bapa dan penjaga dipohonkan untuk menguruskan pengangkutan anak/jagaan tepat pada waktunya untuk keselamatan anak/jagaan tuan/puan.
Surat edaran...

Selasa, 4 Oktober 2011
KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kepada Pengetua/Guru Besar
1.Pengetua SMK St. Micheal
2. Pengetua SMK Anderson
3. Pengetua SMK Rapat Setia
4. SK Haji Mahmud, Chemor
KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.
Pihak PPD Kinta Utara mengucapkan tahniah dan syabas kepada tuan kerana terpilih mewakili Daerah Kinta Utara ke Karnival di atas.
Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan borang di lampiran 2 berdasarkan maklumat di lampiran 1.Surat rasmi telah dimasukkan ke dalam ‘ pigeon hole’
Muat turun Lampiran 1 dan 2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
PPD Kinta Utara
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1892#2291
Langgan:
Catatan (Atom)