PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Isnin, 16 Januari 2012

Cara Hafal Sifir

Cara Hafal Sifir



Langkah sifir 9;

Langkah pertama tulis nombor 0 hingga 9;
0

1

2

3

4

5

6

7

8

9


kemudian tulis terbalik 9 hingga 0 pula disebelah kanan;

0 9

1 8

2 7

3 6

4 5

5 4

6 3

7 2

8 1

9 0


Bagi sifir 7,
Bermula dengan 012, kemudian diikuti dengan 234 dibawahnya, dan di bawah sekali 456. Kemudian murid menulis nombor 1 hingga 9 bermula dari atas sebelah kanan.

Sifir 7
07 14 21

28 35 42

49 56 63

Bagi sifir 8 murid menulis nombor 01234 / 45678 secara menegak. Kemudian bermula dari bawah murid menulis sifir 2 (02468 / 02468)

Sifir 8

08
16
24
32
40

48
56
64
72
80

Sumber asal 1

Taktik 1:
Ini adalah satu taktik yang popular untuk sifir 9. Taktik ini menggunakan 10 jari tangan kita (kalau guna jari kaki susah sikit sebab dalam kelas pakai kasutkan).

Cth: 9 darab 1 = ibu jari sahaja dilipat, jadi tinggal 9 jari.
9 darab 2 = jari telunjuk sahaja dilipat, ibu jari yang tidak dilipat mewakili 1 dan 8 jari lain yang juga terbuka mewakili 8, menjadi 18. Begitulah seterusnya untuk 9 x 3 sehingga 9 x 9.

Taktik 2:
Kaedah ini juga menggunakan 10 jari kita dan digunakan untuk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yang senang diingat oleh para pelajar.

*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9

Contoh: 7 darab 7= Cantumkan jari manis tangan kanan dengan jari manis tangan kiri, tambahkan jumlah semua jari dari yang bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dengan jari kelingking ada 2 menjadi 4 (ini membawa maksud 40).

Kemudian jari2 yang tidak bercantum, tangan kanan ada 3 dan tangan kiri ada 3. Darabkannya 3 x 3 menjadi 9.

Jadi jawapannya 49. Boleh cuba dengan darab nombor lain.

Sumber asal 2


Aktiviti Kelab Kemahiran Hidup







Rabu, 11 Januari 2012

Aktiviti Hoki_9.1.2012













Aktiviti Kokurikulum 14.1.2012

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA:

KEPADA SEMUA GURU SK HAJI MAHMUD, AKTIVITI KOKURIKULUM AKAN DIJALANKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT BAGI MENGGANTIKAN 21 JANUARI 2012 SEMPENA CUTI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA:

TARIKH : 14 JANUARI 2012

MASA : 7.30-11.00 PAGI

JADUAL KOKURIKULUM

7.30-9.00 PAGI-UNIT BERUNIFORM

9.00-9.30 PAGI-REHAT

9.30-11.00 PAGI-PERSATUAN


Kepada semua guru kelas, mohon kerjasama tuan puan melengkapkan Borang Rumusan Pendaftaran Murid Bagi Unit Kokurikulum Dan Rumah Sukan. Bagi guru kelas tahap 1, tuan/puan hanya perlu melengkapkan maklumat rumah sukan. Mohon serahkan maklumat tersebut kepada pkkk atau En Zulkifli Alang Arpi melalui pendrive atau email (ctsuhaida@gmail.com) pada atau sebelum 3 Januari 2012. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 10 Januari 2012

PENYERAHAN MINIT MESYUARAT KEPADA P.KANAN PENTADBIRAN, PKHEM DAN PKKK

ASSALAMUALAIKUM WRTH.

Semua setiausaha yang terlibat diminta agar dapat menyerahkan sesalinan minit mesyuarat yang pertama kepada PK1, PKHEM dan PKKK dengan kadar segera. Tarikh akhir penyerahan adalah pada 17.1.2012. Penyerahan boleh dibuat secara e-mail kepada PKKK untuk kemudahan semua s/usaha yang terlibat. Senarai semak penyerahan akan dipaparkan dalam blog sekolah untuk disemak oleh Guru Besar. Kerjasama dari semua guru diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

GURU BESAR SKHMC

Ucapan Tahniah Pengarah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Ucapan terima kasih oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Perak kerana peningkatan GPS sebanyak 0.02 daripada 2.60 kepada 2.58 pada 2011 berbanding pencapaian UPSR 2010.

Sekian, terima kasih.

Peperiksaan Dalaman

Assalamualikum dan salam satu Malaysia,

Tarikh baharu peperiksaan dalaman untuk semua sekolah di Perak... (GB)

Sekian, terima kasih.

JK Anugerah

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Hari Anugerah 2012 akan dijalankan pada 18.2.2012 mulai jam 8.00 pagi di Dewan Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud.

JK Hari Anugerah...


Sekian, terima kasih.

Sabtu, 7 Januari 2012

Buku Persediaan Mengajar

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Butiran yang perlu ada dalam Buku Persediaan Mengajar :
1. Gambar, nama guru, nama sekolah, alamat sekolah dan kelas/tahun (muka surat hadapan buku)
2. Perancangan Strategik JPN (ms 3 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah)
3. Visi dan Misi Sekolah (ms 1 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah)
4. Moto Sekolah (ms 2 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah)
5. Maklumat Guru
6. Takwim Sekolah
7. Jadual Waktu
8. Senarai Tugas
9. RPT
10. RPH
11. Rekod Pencapaian Pelajar

Sekian, terima kasih.