PENGUMUMAN
Khamis, 14 Jun 2012
DG 32 (KUP) & DG 44 (KUP)
Tahniah,
Guru-guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG 32 (KUP) dan ke DG 44 (KUP) diucapkan tahniah. Semoga prestasi SK Haji Mahmud dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 5 Jun 2012
MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G
Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.
Surat Kementerian; KP(PP)0069/6/3/Jld.5(71) bertarikh 2 Mei 2012 adalah berkaitan. Surat ini berkaitan dengan pematuhan kepada peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G. Klik pautan di bawah untuk rujukan dan panduan tuan/puan .
Jumaat, 1 Jun 2012
Pengggunaan "Time Slip"
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan
ISU PENGGUNAAN 'TIME SLIP' DAN KEDUDUKAN PEGAWAI YANG MENINGGALKAN TEMPAT BERTUGAS UNTUK TUJUAN SELAIN TUGAS RASMI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahwa pejabat ini telah menerima pertanyaan berkenaan isu 'time slip' dan kedudukan pegawai yang meninggalkan tempat bertugas untuk tujuan selain dari tugas rasmi.
3. Sehubungan itu, Bahagian Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah mengambil langkah proaktif berkenaan isu tersebut dengan melampirkan surat-surat berkaitan dengan perkara di atas. Muat turun Surat.
4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memaklumkannya kepada semua pegawai di bawah penyeliaan tuan.
Sekian, terima kasih.
AHAMAD SHAKER BIN LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Sumber
Ahad, 6 Mei 2012
Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 (Sesi Pagi)
Rabu, 11 April 2012
Format Laporan Pertandingan
FORMAT LAPORAN PROGRAM KOKURIKULUM/1M1S
1.0 Nama Aktiviti/Program/Pertandingan:
2.0 Tarikh Pelaksanaan
3.0 Tempat
4.0 Penyertaan
4.1 Murid / Peserta
Ras L P L P L P L P Jumlah
Melayu
Cina
India
Lain-lain
4.2 Guru Pengiring / Pegawai
Ras L P L P L P L P Jumlah
Melayu
Cina
India
Lain-lain
5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti
• Sertakan sekurang-kurangnya 4 keping gambar aktiviti
6.0 Peruntukan / Perbelanjaan (tuntutan guru dan murid)
7.0 Senarai Nama Peserta
8.0 Senarai Nama Guru Pengiring(pengurus/jurulatih & guru)
9.0 Pemenang (Jika Berkaitan)
10.0 Isu dan Cabaran
11.0 Cadangan penambahbaikan
*Sila gunakan Font Arial bersaiz 12
download...
Maklumat Pertandingan yang disertai
Assalamualikum dan salam satu Malaysia,
TAHNIAH!
Tahniah kepada Pasukan Bola Baling (P) SK. HAJI MAHMUD mendapat tempat kedua Peringkat Daerah Kinta Utara yang diadakan di SMK TANJONG RAMBUTAN
Tahniah kepada Pasukan MTQ SK. HAJI MAHMUD atas pencapaian Nasyid yang diadakan di SK. DATO AHMAD SAID TAMBAHAN
Mendapat tempat kedua dengan Penyayi Solo Terbaik.
Selamat bertanding kepada Pasukan MTQ di Peringkat DAERAH KINTA UTARA
Tarikh diadakan : 14.4.2012
Tempat : SK. TAMBUN
Masa : 7.30 PAGI
PERTANDINGAN YANG DISERTAI
TILAWAH PEREMPUAN
HAFAZAN PEREMPUAN
NASYID
JAWI LELAKI
JAWI PEREMPUAN.
Selamat bertanding kepada pasukan sekolah
BERCERITA BERIRAMA-17. 4.2012-SK.SILIBIN
PUBLIC SPEAKING 12.4.2012 -SK.HAJI MAHMUD
Isnin, 2 April 2012
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
SK2P : URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012 Posted by yusnizam on 26/03/2012 4:40:00 pm (3259 reads) News by the same author
Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak.
Tuan/Puan,
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa permohonan ke Gred DGA34 bagi mengisi jawatan Guru Besar/Penyelia di JPN/PPD tahun 2012. Pegawai-pegawai yang layak memohon adalah mereka yang memenuhi syarat berikut :
| 2.1 | Calon Umum | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
|
|
|
|
|
| 2.2 | Calon Bahasa Cina | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2008. |
|
|
|
|
|
| 2.3 | Calon Bahasa Tamil | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
Pegawai-pegawai yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan pegawai-pegawai yang dipinjamkan atau tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader yang memenuhi syarat-syarat di para 2 juga layak mengemukakan permohonan.
Untuk keterangan lanjut mohon muat turun maklumat terperinci di pautan berikut :
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, boleh berhubung dengan Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Perak
Sekian, terima kasih.
Unit Naik Pangkat,
Jabatan Pelajaran Perak
Sumber http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=987
Rabu, 28 Mac 2012
Pertandingan Bercerita dan Bola Sepak
Tahniah!
1. Johan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Parlimen Tambun yang diadakan di IPG Tambun
-Fairuz Amanina binti Ibrahim.
2. Naib Johan Bola Sepak Zon
Mengalahkan SK. Tasek (3-1)
Mengalahkan SK. Perpaduan (2-1)
Mengalahkan SK. Tanjung (4-0)
(Tewas melalui tendangan penalti dengan SKPPH Ulu Kinta)
Isnin, 26 Mac 2012
Aktiviti Sekolah
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
AKTIVITI SEKOLAH
Pertandingan Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2, tahniah kerana menjadi Johan. Pertandingan diadakan di SK. SYED IDRUS.
Bola Baling Peringkat Zon - Naib Johan (P) dan Tempat Ketiga (L). Pertandingan yang diadakan pada 19.3.2012 di Padang SMK. DATO HAJI MOHD. TAIB.
Bola Sepak – PIALA YDP PIBG - SK. HAJI MAHMUD menyandang Johan. Pertandingan yang diadakan di Padang SMK. AMINUDDIN BAKI.
Bola Sepak Peringkat Zon A - Hari Pertama
SKHMC-0 lawan PPH-0
SKHMC-0 lawan SK TASIK DAMAI-0.Gambar Pertandingan Bola Sepak
Semoga kejayaan yang dicapai menjadi sumber inspirasi anak didik serta warga sekolah SKHMC untuk terus cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan.
Selasa, 13 Mac 2012
Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP), Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB)
| Telah dihantar pada: Tue Mar 13, 2012 12:11 pm |
| Perhatian kepada: |
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2427#2940
Khamis, 1 Mac 2012
Naik Pangkat DG1-1 (DG41)
| MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1 (DGA29), DG2-2 (DGA32), DG2-3 (DGA34) DAN DG2-5 (DGA38) YANG MEMPEROLEHI IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1 (DG41) |
| Posted by balkis on 29/02/2012 3:10:00 pm (855 reads) News by the same author |
| Semua Ketua Sektor Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua Sekolah Menengah Semua Guru Besar Sekolah Rendah Negeri Perak.
Adalah dimaklumkan bahawa di bawah pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), skim perkhidmatan PPP Siswazah (PPPS) dan PPP Lepasan Diploma (PPPLD) dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Oleh itu, mana-mana PPPLD yang telah memperolehi ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke Gred DG1-1 (DG41) tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPA. Semua perakuan tersebut dan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan hendaklah dikemukakan ke Jabatan Pelajaran Perak (u.p. Unit Naik Pangkat) dengan segera atau selewat-lewatnya pada 15 Mac 2012. Sekiranya tuan/puan menghadapi masalah, sila hubungi (Unit Naik Pangkat) di talian 5015064, 5015061, 5015060, 5105059 dan 5015058 untuk penjelasan selanjutnya. Terima kasih. Unit Naik Pangkat Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pelajaran Perak |
e-Operasi
| Telah dihantar pada: Tue Feb 28, 2012 12:52 pm |
| Salam 1Malaysia Pemberitahuan dan Peringatan Semua Pengetua dan PK Pentadbiran Sekolah Menengah Semua Guru Besar dan PK Pentadbiran SK, SJKC dan SJKT Daerah Kinta Utara Tuan, KEMASKINI DATA e-OPERASI DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP PEGAWAI Perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Penempatan dan Penempatan Pertukaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama Pegawai Data PPD Negeri Perak telah berlangsung pada 27 Februari 2012 di Hotel Heritage, Ipoh. 3. Melalui mesyuarat tersebut wakil BPSH telah menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan setiap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di dalam melaksanakan proses kemaskini Sistem Pengoperasian Data (e-Operasi) 2012 yang merupakan sebahagian daripada SISTEM MAKLUMAT GURU (aplikasi yang digabungkan: e-Operasi, e-GTukar, ABM SM1, ABM SR1, e-Pangkat dan e-Tatatertib) yang bakal diimplementasikan sepenuhnya mulai tahun 2013. Sehubungan itu, diingatkan bahawa mulai tahun 2012, e-Operasi bukan lagi berperanan sebagai data asas Pertukaran Secara Atas Talian (e-GTukar) semata-mata. 4. Sila maklum bahawa melalui pelaksanaan e-Operasi dan lain-lain aplikasi di bawah SISTEM MAKLUMAT GURU ini, GURU DATA TIDAK LAGI BERPERANAN atau BERTANGGUNGJAWAB ke atas pengemaskinian data aplikasi ini. SEMUA GURU ADALAH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DATANYA SENDIRI. Oleh itu, semua guru wajib mendaftar masuk dan mengemaskini data masing-masing (ada data sensitif yang tidak boleh dikemaskini sendiri dan memerlukan tindakan kemaskini oleh PK1). Manakala Standard Operating Procedure (SOP) Pegawai Pengesah peringkat sekolah adalah kepada PK1 dan Pengetua. Adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan kepada PK1 dan Pengetua yang menyerahkan kepada Guru Data atau lain-lain pihak yang tidak berkenaan untuk urusan kemaskini dan pengesahan data. PK1 dan Pengetua akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kejadian manipulasi data oleh guru di bawah seliaan masing-masing. 5. Adalah diingatkan bahawa semua LoginID dan Katalaluan adalah RAHSIA masing-masing dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain, terutamanya LoginID dan Katalaluan PK1 / Pengetua. Sila guna LoginID yang sesuai sewaktu mendaftar kali pertama kerana LoginID ini kekal dan tidak boleh dipinda selagi berkhidmat di bawah KPM walaupun berpindah ke sekolah lain atau berlaku kenaikan pangkat. 6. Sila maklumkan perkara berkaitan tanggungjawab setiap guru untuk menyemak dan mengemaskini data e-Operasi ini kepada semua guru di bawah seliaan tuan. Tempoh kemaskini data adalah mulai 01 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Aplikasi e-Operasi ini boleh diakses melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ atau http://apps.moe.gov.my/epgo/ Sekian, harap maklum dan terima kasih. |
_________________ Kusaini Bin Zulkafli Penolong PPD KGSK/GSTT/GG Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Telefon: 016-4146747 E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com Sumber |
