PENGUMUMAN
Jumaat, 6 Julai 2012
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Tarikh : 10.7.2012
Masa : 7.20 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Padang SK Haji Mahmud
Diminta semua murid berpakaian sukan untuk aktiviti tersebut. Aktiviti ini diwajibkan untuk murid Tahun 4, 5 dan 6. Walau bagaimanapun murid Tahun 1, 2 dan 3 digalakkan hadir.
Jemputan Jamuan Kesyukuran
Tarikh : 7.7.2012
Tempat ; Kantin SK Haji Mahmud
Masa : 10.00 pagi
Dijemput semua guru hadir ke jamuan tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan untuk menceria & memeriahkan lagi majlis.
Khamis, 28 Jun 2012
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Rendah Pelaksanaan Program j-QAF,
Daerah Kinta Utara.
Tuan,
KEPUTUSAN SARINGAN KUIZ j-QAF PERINGKAT ZON 2012
Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan saringan kuiz j-QAF mengikut Zon adalah seperti berikut;
KEDUDUKAN ZON A
1 SK SG ROKAM
2 SK SG RAYA
3 SK PERPADUAN
KEDUDUKAN ZON B
1 SK HJ MAHMUD
2 SK TASEK
3 SK TASEK DAMAI
KEDUDUKAN ZON C
1 SK PENGKALAN
2 SK PENGKALAN PEGOH
3 SK KG PASIR PUTEH
Sehubungan itu,setiap pemenang dikehendaki menghubungi pengerusi zon masing-masing untuk menentukan masa mengambil hadiah semasa saringan akhir Kalam Jamaie diadakan.Semua sekolah di atas layak untuk ke peringkat daerah pada 14 Julai 2012 di SK Jelapang Jaya. Keputusan Hakim adalah muktamad.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar.
_________________
Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com
Sumber
Khamis, 14 Jun 2012
Selamat Bertukar
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar ke Kelantan kepada Puan Thuwaibah bt. Hasan. Jasa puan dikenang buat selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
Calon Anugerah Nilam 2012-Daerah
Tahniah!
Nurul Aqilah 5U telah dicalon untuk menerima anugerah Nilam 2012-Daerah. Pihak sekolah mendoakan semoga berjaya. Beliau juga merupakan calon pemilihan ke Fukuoka Jepun dan pertukaran pelajar Asia Pacific.
Sekian, terima kasih.
DG 32 (KUP) & DG 44 (KUP)
Tahniah,
Guru-guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG 32 (KUP) dan ke DG 44 (KUP) diucapkan tahniah. Semoga prestasi SK Haji Mahmud dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 5 Jun 2012
MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G
Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.
Surat Kementerian; KP(PP)0069/6/3/Jld.5(71) bertarikh 2 Mei 2012 adalah berkaitan. Surat ini berkaitan dengan pematuhan kepada peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G. Klik pautan di bawah untuk rujukan dan panduan tuan/puan .
Jumaat, 1 Jun 2012
Pengggunaan "Time Slip"
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan
ISU PENGGUNAAN 'TIME SLIP' DAN KEDUDUKAN PEGAWAI YANG MENINGGALKAN TEMPAT BERTUGAS UNTUK TUJUAN SELAIN TUGAS RASMI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahwa pejabat ini telah menerima pertanyaan berkenaan isu 'time slip' dan kedudukan pegawai yang meninggalkan tempat bertugas untuk tujuan selain dari tugas rasmi.
3. Sehubungan itu, Bahagian Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah mengambil langkah proaktif berkenaan isu tersebut dengan melampirkan surat-surat berkaitan dengan perkara di atas. Muat turun Surat.
4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memaklumkannya kepada semua pegawai di bawah penyeliaan tuan.
Sekian, terima kasih.
AHAMAD SHAKER BIN LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Sumber
Ahad, 6 Mei 2012
Jadual Waktu Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 (Sesi Pagi)
Rabu, 11 April 2012
Format Laporan Pertandingan
FORMAT LAPORAN PROGRAM KOKURIKULUM/1M1S
1.0 Nama Aktiviti/Program/Pertandingan:
2.0 Tarikh Pelaksanaan
3.0 Tempat
4.0 Penyertaan
4.1 Murid / Peserta
Ras L P L P L P L P Jumlah
Melayu
Cina
India
Lain-lain
4.2 Guru Pengiring / Pegawai
Ras L P L P L P L P Jumlah
Melayu
Cina
India
Lain-lain
5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti
• Sertakan sekurang-kurangnya 4 keping gambar aktiviti
6.0 Peruntukan / Perbelanjaan (tuntutan guru dan murid)
7.0 Senarai Nama Peserta
8.0 Senarai Nama Guru Pengiring(pengurus/jurulatih & guru)
9.0 Pemenang (Jika Berkaitan)
10.0 Isu dan Cabaran
11.0 Cadangan penambahbaikan
*Sila gunakan Font Arial bersaiz 12
download...
Maklumat Pertandingan yang disertai
Assalamualikum dan salam satu Malaysia,
TAHNIAH!
Tahniah kepada Pasukan Bola Baling (P) SK. HAJI MAHMUD mendapat tempat kedua Peringkat Daerah Kinta Utara yang diadakan di SMK TANJONG RAMBUTAN
Tahniah kepada Pasukan MTQ SK. HAJI MAHMUD atas pencapaian Nasyid yang diadakan di SK. DATO AHMAD SAID TAMBAHAN
Mendapat tempat kedua dengan Penyayi Solo Terbaik.
Selamat bertanding kepada Pasukan MTQ di Peringkat DAERAH KINTA UTARA
Tarikh diadakan : 14.4.2012
Tempat : SK. TAMBUN
Masa : 7.30 PAGI
PERTANDINGAN YANG DISERTAI
TILAWAH PEREMPUAN
HAFAZAN PEREMPUAN
NASYID
JAWI LELAKI
JAWI PEREMPUAN.
Selamat bertanding kepada pasukan sekolah
BERCERITA BERIRAMA-17. 4.2012-SK.SILIBIN
PUBLIC SPEAKING 12.4.2012 -SK.HAJI MAHMUD
Isnin, 2 April 2012
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
SK2P : URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012 Posted by yusnizam on 26/03/2012 4:40:00 pm (3259 reads) News by the same author
Semua Ketua Sektor
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak.
Tuan/Puan,
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa permohonan ke Gred DGA34 bagi mengisi jawatan Guru Besar/Penyelia di JPN/PPD tahun 2012. Pegawai-pegawai yang layak memohon adalah mereka yang memenuhi syarat berikut :
| 2.1 | Calon Umum | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
|
|
|
|
|
| 2.2 | Calon Bahasa Cina | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2008. |
|
|
|
|
|
| 2.3 | Calon Bahasa Tamil | - | Lulus kenaikan pangkat secara hakiki atau secara Time Based ke Gred DGA32 pada atau sebelum 31.12.2007. |
Pegawai-pegawai yang sedang cuti belajar, cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji dan pegawai-pegawai yang dipinjamkan atau tukar sementara ke agensi lain atau yang sedang mengisi jawatan kader yang memenuhi syarat-syarat di para 2 juga layak mengemukakan permohonan.
Untuk keterangan lanjut mohon muat turun maklumat terperinci di pautan berikut :
PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA GRED DGA32 KE GRED DGA34 TAHUN 2012
Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas, boleh berhubung dengan Unit Naik Pangkat, Jabatan Pelajaran Perak
Sekian, terima kasih.
Unit Naik Pangkat,
Jabatan Pelajaran Perak
Sumber http://pelajaranperak.gov.my/v2/modules/news/article.php?storyid=987
