| KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG |
| Posted by rimaz on 18/07/2012 9:26:08 pm (1101 reads) News by the same author |
|
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PERAYAAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55 DI PERINGKAT KEBANGSAAN, NEGERI, DAERAH DAN SEKOLAH AKAN MULA DISAMBUT MULAI 17 JULAI 2012 HINGGA 16 SEPTEMBER 2012. SILA MUAT TURUN SURAT SIARAN DI SINI. |
PENGUMUMAN
Selasa, 24 Julai 2012
Kempen Kibar Jalur Gemilang
Sabtu, 21 Julai 2012
SPPBS: Kemasukan Prestasi Mengikut Zon
SPPBS: Kemasukan Prestasi Mengikut Zon
Dimaklumkan bahawa bagi mengurangkan kesesakan capaian kepada SPPBS, pihak LP akan menggunakan konsep kemasukan prestasi mengikut zon. Proses ini akan dilaksanakan bermula 23 Julai 2012. Sehubungan itu, sebagai persediaan awal, pengguna digalakkan untuk mematuhi jadual yang telah ditetapkan seperti berikut:
Jadual Kemasukan Prestasi ke SPPBS mengikut zon:
Ahad - Kedah dan Kelantan sahaja
Isnin - Pulau Pinang, Perlis dan Perak sahaja
Selasa - WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor sahaja
Rabu - Johor, Melaka dan Negeri Sembilan sahaja
Khamis - Pahang dan Terengganu sahaja
Jumaat - Sabah, Sarawak dan WP Labuan sahaja
Tindakan ini bersifat sementara sehingga masalah dapat diatasi.
WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN
| WAKTU PERSEKOLAHAN DALAM BULAN RAMADAN |
| Posted by rimaz on 19/07/2012 9:00:00 am (1051 reads) News by the same author |
| SEMUA PEJABAT PELAJARAN DAERAH, PENGETUA DAN GURU BESAR SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK TUAN/PUAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN MEMBENARKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SESI PETANG YANG MEMPUNYAI MURID DAN GURU YANG BERAGAMA ISLAM MENAMATKAN SESI PERSEKOLAHAN SEAWAL 5.30 PETANG SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI IAITU ANTARA TEMPOH 21 JULAI 2012 HINGGA 21 OGOS 2012. SILA MUAT TURUN SURAT SIARAN DI SINI.
|
Bahan Linus
| Telah dihantar pada: Fri Jul 20, 2012 12:04 pm |
Semua Guru Besar
Daerah Kinta Utara
Tuan,
Bahan Taklimat Kursus LINUS
Pihak sekolah boleh muat turun semua bahan Taklimat Kursus dengan KLIK IKON :
2. Manual muat turun
i. Klik IKON
ii. Klik " File " atas sebelah kiri
iii Klik "Download"
Sekian, terima kasih.
Khamis, 19 Julai 2012
PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN
| Telah dihantar pada: Thu Jul 19, 2012 1:33 pm |
Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam 1Malaysia
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.
Tuan
PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS TERHADAP PEGAWAI AWAM
Sukacita saya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.
2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat yang diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Ruj. KP(PP)SULIT0163/18/14/JLD.2(63) bertarikh 29 Jun 2012 yang menerangkan maksudnya tersendiri berkaitan perkara yang di atas untuk tindakan lanjut pihak tuan.
3. Mohon pihak tuan melengkapkan Borang Lampiran A dan mengemukakannya terus ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (u.p. : Pn. Hamiza binti Zakaria).
4. Sila klik di sini untuk muat turun surat dan borang.
Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Terima kasih.
HAMIZA BINTI ZAKARIA
Pegawai Eksekutif,
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
Waktu Sekolah Bulan Ramadhan
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kinta Utara.
Tuan,
WAKTU SEKOLAH DALAM BULAN RAMADHAN 1433H
Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.
2. Untuk makluman tuan, waktu sekolah dalam bulan Ramadhan tahun 1433H adalah mengikut pekeliling sedia ada iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1982.
3. Pihak sekolah diminta mematuhi panduan yang terdapat dalam pekeliling tersebut.
4. Sila muat turun pekeliling di sini.
Sekian, terima kasih.
HJ. ABDUL AZIZ BIN MAT JAIS
UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
Jumaat, 6 Julai 2012
Peperiksaan Percubaan UPSR
| Tarikh/Hari | Tahun Hadir | Tahun Cuti |
| 10.7.2012 - Selasa | 2, 5, 6, 4 | 1, 3 |
| 11.7.2012 - Rabu | 3, 4, 6 | 1, 2, 5 |
| 12.7.2012 - Khamis | 1, 5, 6 | 2, 3, 4 |
| 13.7.2012 - Jumaat | 1, 2, 3, 4, 6 | 5 |
Cuti ini diberikan kerana bilik darjah akan disusun mengikut peperiksaan yang sebenar.
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
Tarikh : 10.7.2012
Masa : 7.20 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Padang SK Haji Mahmud
Diminta semua murid berpakaian sukan untuk aktiviti tersebut. Aktiviti ini diwajibkan untuk murid Tahun 4, 5 dan 6. Walau bagaimanapun murid Tahun 1, 2 dan 3 digalakkan hadir.
Jemputan Jamuan Kesyukuran
Tarikh : 7.7.2012
Tempat ; Kantin SK Haji Mahmud
Masa : 10.00 pagi
Dijemput semua guru hadir ke jamuan tersebut. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan untuk menceria & memeriahkan lagi majlis.
Khamis, 28 Jun 2012
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Rendah Pelaksanaan Program j-QAF,
Daerah Kinta Utara.
Tuan,
KEPUTUSAN SARINGAN KUIZ j-QAF PERINGKAT ZON 2012
Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan saringan kuiz j-QAF mengikut Zon adalah seperti berikut;
KEDUDUKAN ZON A
1 SK SG ROKAM
2 SK SG RAYA
3 SK PERPADUAN
KEDUDUKAN ZON B
1 SK HJ MAHMUD
2 SK TASEK
3 SK TASEK DAMAI
KEDUDUKAN ZON C
1 SK PENGKALAN
2 SK PENGKALAN PEGOH
3 SK KG PASIR PUTEH
Sehubungan itu,setiap pemenang dikehendaki menghubungi pengerusi zon masing-masing untuk menentukan masa mengambil hadiah semasa saringan akhir Kalam Jamaie diadakan.Semua sekolah di atas layak untuk ke peringkat daerah pada 14 Julai 2012 di SK Jelapang Jaya. Keputusan Hakim adalah muktamad.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar.
_________________
Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com
Sumber
Khamis, 14 Jun 2012
Selamat Bertukar
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar ke Kelantan kepada Puan Thuwaibah bt. Hasan. Jasa puan dikenang buat selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
Calon Anugerah Nilam 2012-Daerah
Tahniah!
Nurul Aqilah 5U telah dicalon untuk menerima anugerah Nilam 2012-Daerah. Pihak sekolah mendoakan semoga berjaya. Beliau juga merupakan calon pemilihan ke Fukuoka Jepun dan pertukaran pelajar Asia Pacific.
Sekian, terima kasih.
