PENGUMUMAN
Selasa, 14 Ogos 2012
Jemputan Majlis Berbuka Puasa
Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 14.8.2012 di kantin Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak. Pengisian program bermula jam 6.45 petang hingga 11.00 malam. Semua warga sekolah, pelajar, ibu bapa, penjaga Tahun 6 serta pelajar miskin dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 13 Ogos 2012
Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam
| TATATERTIB - Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam |
| Posted by balan on 13/08/2012 10:00:00 am (1067 reads) News by the same author |
| ***** MAKLUMAN *****
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan, PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Bersama-sama ini di sertakan surat siaran Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan: Arahan Pematuhan Waktu Bekerja 3. Kerjasama tuan dalam memastikan pegawai awam di bawah seliaan tuan sentiasa mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan amat dihargai.
Sekian terima kasih.
UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK |
Kemudahan Cuti Bersalin Swasta
| TATATERTIB - Kemudahan Cuti Bersalin Swasta |
| Posted by balan on 13/08/2012 9:30:00 am (24 reads) News by the same author |
| ****MAKLUMAN**** Semua Pengetua dan Guru Besar Tuan, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Untuk makluman, suatu taklimat/kursus mengenai Pengurusan Tatatertib telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta (U) pada 8/8/2012(Rabu) jam 9 pagi. Sewaktu taklimat/kursus tersebut, wujud persoalan mengenai cuti bersalin swasta. 3. Sehubungan dengan itu, seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya seperti yang termaktub di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010. Merujuk kepada para 15.1 pekeliling yang sama, jelas menyatakan bahawa pegawai/guru wanita boleh menggunakan cuti bersalin swasta dan layak mendapat kemudahan seperti pekeliling tersebut. Pegawai dengan ini, tidak perlu mendapatkan endorsan dari Pegawai Perubatan Kerajaan seperti Cuti Sakit Swasta(Perintah Am 15(a) & Perintah Am 15(b) Bab C). Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyebar luas mengenai perkara diatas kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan.
Sekian terima kasih. |
Sabtu, 11 Ogos 2012
Tambahan Cuti Berganti
| TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012 |
| Posted by yusnizam on 10/08/2012 10:39:18 am (1036 reads) News by the same author |
| Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan,
SURAT SIARAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di pautan berikut :
Sektor Pengurusan Sekolah |
Jumaat, 10 Ogos 2012
Mengemaskini Sistem Operasi Data
| Telah dihantar pada: Wed Aug 08, 2012 5:00 pm |
| Salam 1Malaysia Pemberitahuan Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara (u.p. PK Pentadbiran dan Semua Guru) Tuan, PENGEMASKINIAN SISTEM PENGOPERASIAN DATA (e-OPERASI) Perkara di atas dirujuk. 2. Sila maklum dan pohon hebahkan di sekolah masing-masing, bahawa proses Pengemaskinian Data e-Operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ secara rasminya telah bermula pada 01 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012. Untuk makluman data ini akan digunakan sebagai data asas bagi Sistem Pertukaran Guru secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran bulan Januari 2013. 3. Sehubungan itu, semua guru terutamanya yang bercadang untuk memohon pertukaran bagi sesi Januari 2013 adalah diwajibkan untuk menyemak dan mengemaskini data masing-masing. Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data PASTIKAN telah mendaftar masuk terlebih dahulu bagi mendapatkan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Jika pernah mendaftar atau menggunakan e-Operasi atau e-GTukar sebelum ini, sila gunakan LoginID dan Katalaluan yang sama. Kerahsiaan LoginID dan Katalaluan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. 4. Semua Guru (secara individu) hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat tetapi tidak dapat dipinda sendiri, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk tindakan pembetulan maklumat (PK Pentadbiran adalah bertanggungjawab memastikan data yang hendak dipinda adalah betul dan sah terutamanya berkaitan dengan Maklumat Perkhidmatan). 5. Jika masih menghadapi masalah untuk LOGIN (terlupa LoginID dan Katalaluan - JANGAN mendaftar semula) atau menghadapi masalah untuk mengemaskini data, sila hubungi Pegawai Data PPD Kinta Utara untuk bantuan: Sekolah Menengah Harian: Encik Kusaini bin Zulkafli, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG Sekolah Rendah: Tuan Haji Syed Musa bin Syed Hashim, Penyelia Sekolah Rendah Sekian, harap maklum dan terima kasih. |
_________________ KUSAINI BIN ZULKAFLI Penolong PPD KGSK/GSTT/GG b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara Telefon: 016-4146747 E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com |
Pengurusan Pegawai Berprestasi Rendah
| Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 9:21 am |
Salam 1Malaysia
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.
EDARAN BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH
Tarikh taklimat : 08 Ogos 2012
Tempat : Dewan Besar, PPD Kinta Utara
Sila muat turun untuk mendapatkan bahan taklimat tersebut.
Klik di sini untuk muat turun
Sekian, terima kasih.
ABDUL RAUF BIN SULAIMAN
Penolong PPD Pendidikan Khas,
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
05-2544877
Cuti Berganti
| Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 2:31 pm |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
CUTI BERGANTI PADA 16 DAN 17 OGOS 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa cuti berganti pada 16 Ogos 2012 ialah pada 8 September 2012 dan cuti berganti pada 17 Ogos 2012 ialah 22 September 2012.
2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa semua sekolah yang memohon 2 hari cuti berganti yang dinyatakan di atas sahaja yang akan mendapat kelulusan. Pihak sekolah diminta menghantar permohonan cuti berganti 3 salinan ke Jabatan Pelajaran Perak. Surat siaran mengenai pengumuman mengenai perkara di atas akan dimuatnaik kemudian.
Kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan terima kasih,
Sekian.
AZMIL KHUSAINI BIN KHALID,P.P.T.
Penolong PPD Perhubungan
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Rabu, 8 Ogos 2012
JADUAL PENYEBARAN KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN 3, 2012.
| Telah dihantar pada: Fri Aug 03, 2012 6:10 am |
| Semua Guru Besar, |
|
|
Khamis, 2 Ogos 2012
PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH
| Telah dihantar pada: Wed Aug 01, 2012 3:15 pm |
Semua Guru Besar,
(kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara
Tuan,
PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Lanjutan daripada Kursus Kelestarian Literasi & Numerasi LINUS NKRA 2012 Daerah Kinta Utara pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu, pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut:
i) Minit Curai
ii) Laporan Kursus Dalaman
iii) Jadual Pelaksanaan ‘Lesson Study’ Peringkat Dalaman Sekolah
3. Pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2012 kepada Pegawai FasiLINUS. Sebagai peringatan, pihak sekolah diminta melaksanakan “Lesson Study” sebelum Saringan 9 (Kohort 1) selesai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.
4. Kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pegawai FasiLINUS
PPD Kinta Utara
Ahad, 29 Julai 2012
Tindakan Selepas Peperiksaan Percubaan UPSR
Pihak sekolah mengenalpasti beberapa tindakan yang perlu diambil oleh tuan/puan untuk sama-sama meningkatkan pencapaian yang diharapkan. Antaranya ialah :
1. Memastikan kehadiran penuh setiap hari persekolahan kerana ulang kaji dan teknik menjawab dijalankan.
2. Memberi ruang dan masa untuk anak-anak belajar di rumah. Elakkan dari membebankan mereka dengan kerja-kerja lain.
3. Mengurangkan pergerakan (balik kampung) pada hujung minggu kerana ramai murid yang gagal menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.
4. Memperbanyakan buku-buku latihan untuk anak-anak mengulangkaji di rumah.
5. Sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat untuk mereka terus belajar.
6. Menemani anak-anak belajar di rumah di sebelah malam agar mereka lebih bersemangat.
Rabu, 25 Julai 2012
Peperiksaan PKBS 2
PEPERIKSAAN PKBS 2 ( UJIAN BULANAN OGOS ) 2012
Saya diarah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos) pada
13 Ogos hingga 15 Ogos 2012.
3. Tuan/puan diminta memastikan anak jagaan tuan membawa kelengkapan alat tulis (pensel 2B dan pemadam) secukupnya.
4. Sekiranya anak tuan/puan tidak hadir, anak tuan/puan juga akan dibenarkan menduduki peperiksaan sekembalinya ke sekolah. Pihak sekolah telah menetapkan beberapa peraturan untuk menduduki peperiksaan tersebut :
a) Boleh menduduki peperiksaan sekiranya mengemukakan sijil sakit
b) Mengemukakan sijil kematian sekiranya ahli keluarga meninggal dunia
c) Mengikuti aktiviti peringkat sekolah/Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pelajaran Negeri
d) Peperiksaan hanya boleh diduduki dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh akhir peperiksaan
5. Bersama-sama ini dilampirkan Jadual Peperiksaan PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos) sebagai rujukan.
6. Dimaklumkan bahawa murid Tahun 1 dan Tahun 2 tidak terlibat dalam PKBS 2 ( Ujian Bulanan Ogos). Mereka akan dinilaikan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS ) dari semasa ke semasa.
Diharap mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan.
Sekian, terima kasih.
Pengisian Data Linus
| Telah dihantar pada: Tue Jul 24, 2012 2:22 pm |
Semua Guru Besar (kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara
Tuan,
PENGISIAN DATA LINUS SARINGAN 2 DAN SARINGAN 8, DAERAH KINTA UTARA 2012
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan Portal LINUS NKRA bagi Saringan 2 dan Saringan 8 telah dibuka mulai 23 Julai 2012. Pihak tuan diarahkan melengkapkan pengisian data LINUS sekolah selewat-lewatnya pada 1 Ogos 2012 bagi tujuan verifikasi data peringkat Daerah Kinta Utara.
3. Sehubungan itu, sekolah yang lambat mengisi data atau membuat sebarang perubahan selepas tarikh tersebut akan diminta surat penjelasan. Keperihatinan tuan dalam hal ini akan mencerminkan imej Daerah Kinta Utara.
4. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Rosli bin Ibrahim, Pegawai FasiLINUS PPD Kinta Utara di talian 019-5492355 atau Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.
5. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
