PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Sabtu, 13 Oktober 2012

Khamis, 11 Oktober 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Bahan rujukan berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, SKT,  dan prestasi.

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Rabu, 10 Oktober 2012

Permohonan Profesional Pemimpin Pendidikan

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Daerah Kinta Utara,
(U.p : Semua Guru)



Tuan,

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sila muat turun hebahan yang dilampirkan.

Klik untuk muat turun

3. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


ABDUL RAUF BIN SULAIMAN
PPPD Pembangunan Profesional,
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah kinta Utara.
05-2544877

Jumaat, 5 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah akan mengadakan peperiksaan akhir tahun 2012 pada 8.10.2012, 11.10.2012, 12.10.2012 dan 15.10.2012.
Jadual Peperiksaan 
Jadual Pengawas Peperiksaan
Jadual Sidang Pagi
Surat

Sekian, terima kasih.

Taklimat Pengisian Laporan Prestasi

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

 Taklimat Pengisian Laporan Prestasi akan diadakan mulai jam 12.00 tengah hari pada 8.10.2012 di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua guru sidang petang diwajibkan.

Sekian, terima kasih

Khamis, 4 Oktober 2012

PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB

Telah dihantar pada: Mon Oct 01, 2012 4:52 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas Semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-Sekolah Menengah/Rendah, Daerah Kinta Utara. Tuan, PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB OLEH PENYELIA/KETUA JABATAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Bersama-sama ini diedarkan surat arahan daripada KPM KP.SULIT(TT)0163/23 Jld.3 (13) bth : 13 Ogos 2012 dan surat arahan daripada JPA, JPA.BK(S)223/9/3(36) bth : 16 April 2012 yang mana telah mengingatkan Penyelia/Ketua Jabatan supaya melaksanakan tindakan penguatkuasaan sebbagai mekanisme kawalan dan pengawasan tatatertib. 3. Sila muat turun surat di sini. Sekian, terima kasih. MOHAMAD ALI HANAPIAH BIN ZAKARIA Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Unit Perkhidmatan.

Selasa, 25 September 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia anjuran bersama Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Kementeriaan Pelajaran Malaysia, SKMM dan Pos Malaysia.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah.



Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia


TATATERTIB - Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia Dan Terperingkat Kerajaan
Posted by balan on 21/09/2012 4:45:37 pm (1010 reads) News by the same author
***** MAKLUMAN *****

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

KEPENTINGAN MELINDUNGI MAKLUMAT RAHSIA DAN TERPERINGKAT KERAJAAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.          Sepertimana tuan sedia maklum, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kuasa rasmi yang diperuntukkan kepadanya dan menguruskan maklumat Kerajaan dengan penuh berkhemah dan bijaksana. Sehubungan itu, sekiranya didapati pegawai membocorkan maklumat atau dokuman terperingkat Kerajaan, pegawai boleh ditafsirkan sebagai melanggar peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

3.          Bersama-sama ini di sertakan surat siaran  Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan perhatian pihak tuan:

4.           Kerjasama tuan selaku Ketua Jabatan dan Penyelia supaya memastikan pegawai-pegawai di bawah seliaan tuan setiasa mematuhi peraturan-peraturan seperti yang digariskan di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melaksanakan pemantauan secara berterusan amat diharapkan.

Sekian terima kasih.

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK
Rating: 10.00 (1 vote) - Rate this News -