Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Isnin, 11 Oktober 2010
Ahad, 10 Oktober 2010
Perkhemahan Bahasa Arab & Literasi Membaca Al-Quran
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Perkhemahan Bahasa Arab & Litersi membaca Al-Quran diadakan mulai jam 5.00 petang 9.10.2010 hingga jam 5.00 petang 10.10.2010
Gambar aktiviti...
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan aktiviti ini. Semoga dengan usaha murni ini, diharap dapat merealisasikan kejayaan anak didik SKHMC.
Sekian, terima kasih.

Jumaat, 8 Oktober 2010
Pengungsian Bangunan SKHMC
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Aktiviti Pengungsian Bangunan bersama Jabatan Bomba & Penyelamat Ipoh.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti Pengungsian Bangunan bersama Jabatan Bomba & Penyelamat Ipoh.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti Kemahiran Hidup
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Gambar aktiviti Kemahiran Hidup SKHMC...
Sekian, terima kasih.
Gambar aktiviti Kemahiran Hidup SKHMC...
Sekian, terima kasih.
Selasa, 28 September 2010
Lawn Bowl SKHMC
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Tahniah diucapkan kepada pelajar, jurulatih dan guru pengiring dengan kejayaan yang telah dicapai.
Kejohanan Lawn Bowls Peringkat Kebangsaan 2010
Muhammad Akmal Hakim (Johan Fours U18, Keempat Four U12 & Pusingan Awal Single U12).
Suriani bt. Rosli (Johan Four U12 dan Naib Johan Four U18).
Muhammad Tahir b. Rosli, Muhammad Zuhaily b. Zairurlail dan Nur Anis Diyana bt. Sulaiman (Pusingan Awal Four U12).
Sekian, terima kasih.
Bola Baling (Johan Antara Zon Pembangunan Sukan Sirkit 1)
Hadiah Kuiz Hari Kemerdekaan
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya...
Sekian, terima kasih.
Isnin, 20 September 2010
Jumaat, 10 September 2010
Khamis, 9 September 2010
Selasa, 31 Ogos 2010
Perutusan Kemerdekaan kali ke-53 (TITAH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG)
TITAH
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
AL-WATHIQU BILLAH TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE-53 TAHUN 2010
Bismillahir Rahmannir Rahim,
Al-hamdulillahi Rabbil ‘Alamin,
Wabihi Nasta’in.
Assalamualaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh dan salam sejahtera.
1. Beta merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala atas limpah dan kurnia-Nya, dapat Beta dan seluruh rakyat menyambut dan meraikan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Kali Ke-53. Sesungguhnya, ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun ini begitu besar maknanya kepada seluruh rakyat Malaysia. Kita telah berjaya mentadbir negara yang tercinta ini dengan baik mengikut acuan dan kemampuan kita sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.
2. Oleh itu, besarlah harapan Beta agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid dapat menghayati dan menginsafi erti kemerdekaan yang telah dinikmati lebih dari setengah dekad. Dengan ini, Beta berharap agar kemerdekaan ini dapat diisi dengan segala rancangan dan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan demi kecemerlangan bangsa dan negara yang tercinta.
3. Sukacita Beta mengingatkan bahawa usaha-usaha mempertahankan kemerdekaan negara yang tercinta ini merupakan cabaran utama kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya murid-murid supaya dapat menjadi generasi pewaris yang berketerampilan dan mempunyai jati diri untuk menepis masalah kebejatan sosial. Beta percaya bahawa kesinambungan kecemerlangan bangsa dapat direalisasikan oleh generasi pada hari ini hasil daripada sahsiah yang terpuji.
4. Sehubungan dengan itu, bersempena Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara Yang Ke-53, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar dapat menghayati makna yang terkandung dalam Rukunegara. Sesungguhnya, prinsip-prinsip Rukunegara merupakan asas penting perpaduan yang mesti menjadi pegangan dalam memastikan kelangsungan kemakmuran dan keharmonian hidup di negara yang merdeka dan tercinta ini.
5. Oleh hal yang demikian, Beta amat berharap agar murid-murid hari ini mampu menjadi harapan bangsa dan negara, seterusnya dapat menghindarkan perkara-perkara yang boleh mengganggu gugat kemerdekaan dan keamanan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, bahasa, agama dan budaya. Sehubungan dengan itu, kecemerlangan murid-murid dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah perlu dititikberatkan dalam usaha melahirkan warganegara yang mampu mendukung aspirasi negara.
6. Pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu hendaklah difahami dan diteladani dengan sebaik-baiknya oleh seluruh rakyat, khususnya murid-murid. Sesungguhnya, pemahaman terhadap ciri-ciri pembinaan negara bangsa Malaysia seperti yang dilaung-laungkan oleh kerajaan melalui konsep 1Malaysia hendaklah diperteguh dan menjadi asas perpaduan dalam kalangan generasi kini. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
7. Oleh hal yang demikian, Beta berharap dan menyeru seluruh warga pendidik supaya dapat mendidik dan membimbing murid-murid untuk menghayati dan memahami konsep 1Malaysia. Konsep ini selari dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara yang memberikan penekanan ke arah perpaduan rakyat yang lebih erat tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan budaya.
8. Beta juga bertitah agar seluruh rakyat Malaysia, khususnya warga pendidik dan murid supaya bersyukur dengan nikmat kemerdekaan negara yang telah dikecapi selama 53 tahun ini. Sebenarnya, kejayaan seluruh rakyat dalam memastikan kemerdekaan dan keharmonian negara selama 53 tahun berkat daripada semangat perpaduan. Oleh itu, semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan murid semestinya terus disubur dan diperkasa menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah.
9. Dalam hal ini, semangat patriotik hendaklah dimanifestasikan menerusi kesungguhan dalam menuntut ilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian, Beta berharap agar murid-murid berusaha dengan penuh gigih untuk menguasai pelbagai disiplin ilmu, terutama ilmu dalam bidang sains dan teknologi selari dengan hasrat negara untuk menjadi negara maju. Beta percaya murid-murid yang berilmu pengetahuan akan mempunyai fikiran yang luas, kreatif, inovatif, dan rasional. Modal insan minda kelas pertama yang kita lahirkan ini tentunya menjadi aset berguna kepada negara kerana murid-murid yang memiliki ciri-ciri tersebut dapat menjana kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
10. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin membolehkan generasi pewaris bangsa mempertahankan negara daripada penjajahan bentuk baharu seperti penjajahan minda, budaya dan ekonomi. Beta yakin kecemerlangan dalam aspek pendidikan dapat melonjakkan bangsa kita menjadi lebih berdaya saing dan dihormati di peringkat global. Oleh itu, segala dasar pendidikan yang dirangka perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen sesuai dengan hasrat menjadikan negara kita sebagai pusat penyebaran ilmu.
11. Selain itu, Beta menyeru agar warga pendidik dan murid-murid mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Sesungguhnya, amalan berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi elemen penting dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang. Keharmonian hidup yang berteraskan nilai berbudi bahasa juga menjadi faktor untuk menjamin negara ini muncul sebagai sebuah negara yang tersohor. Sejarah telah membuktikan bahawa bangsa yang berjaya ialah bangsa yang mempunyai peradaban yang tinggi dan bangsa yang mundur ialah bangsa yang tidak memiliki akhlak yang terpuji.
12. Beta juga merakamkan rasa bangga atas daya usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia kerana kejayaan melaksanakan sub-Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang memberikan penekanan kepada kecemerlangan pendidikan untuk semua peringkat. Kecemerlangan ini dapat dicapai melalui usaha memperluas akses kepada pendidikan yang bermutu dan berkemampuan secara konsisten. Oleh itu, Beta menyeru warga pendidik dan murid agar menggunakan semua peluang yang ada untuk mencipta kejayaan yang gemilang.
13. Kecemerlangan sesuatu bangsa ialah hasil daripada rakyatnya yang berilmu. Beta ingin menyeru kepada rakyat khususnya murid-murid supaya menuntut ilmu dalam usaha mempertingkat potensi diri untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Impaknya, negara akan mempunyai bangsa yang mempunyai ketinggian ilmu dan dihormati oleh rakan dan seteru. Inilah kelebihan ilmu, selaras dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib bagi lelaki dan perempuan”.
Warga pendidik dan murid-murid sekalian,
14. Pada hari ini, pelbagai musibah melanda dunia akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Alhamdulillah, negara kita terselamat dan terpelihara daripada bencana alam seperti ribut taufan, banjir besar dan gempa bumi. Begitu juga halnya dengan kemelesetan ekonomi yang melanda, dapat kita tangani dengan baik berkat daripada dasar ekonomi negara yang mantap. Tempias daripada kegawatan ekonomi tidak melemahkan semangat kita untuk terus memberikan keutamaan dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita atas kesedaran bahawa masyarakat yang berilmulah yang mampu memajukan dan mengharumkan nama negara. Justeru, Beta menyeru semua pendidik dan murid agar memainkan peranan masing-masing dalam usaha memartabatkan negara di persada dunia. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang berbunyi kuat ketam kerana sepitnya, kuat manusia kerana ilmunya.
15. Oleh itu, besarlah harapan Beta pada saat seluruh warga Malaysia menyambut dan meraikan ulang tahun kemerdekaan ini, warga pendidik dan murid-murid dapat bersama-sama beriltizam untuk melaksanakan usaha-usaha ke arah memastikan negara kita terus kekal merdeka. Kejituan semangat dan iltizam dalam kalangan rakyat perlu dilestarikan. Beta yakin sekiranya kita sentiasa mengatur langkah sederap, seia dan sekata maka anasir luar yang sentiasa mengintai peluang untuk mempengaruhi rakyat dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat dapat ditangkis. Oleh itu, tema ulang tahun kemerdekaan pada tahun ini, iaitu “1Malaysia: Menjana Transformasi” hendaklah dihayati supaya menjadi satu matlamat yang lebih realistik dan holistik. Dalam hal ini, Beta menyeru supaya kita bersama-sama sentiasa bersedia membuat anjakan paradigma ke arah kebaikan.
Akhir titah, Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-53.
Sekian, Wabillahi Taufiq Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Perutusan Kemerdekaan kali ke-53 (KPPM)
PERUTUSAN
Y.BHG. TAN SRI DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
BERSEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
KE-53 TAHUN 2010
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Sempena Hari Kemerdekaan ke-53, marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya kita dapat menyambut hari kemerdekaan. Tema sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1Malaysia: Menjana Transformasi. Maka perpaduan kaum adalah penting untuk membina sebuah negara bangsa yang aman dan sejahtera. Perpaduan yang kita kecapi ini tidak ternilai harganya bagi memastikan pembangunan modal insan yang kamil dan seimbang. Kementerian Pelajaran Malaysia sedang berusaha melaksanakan transformasi kurikulum kebangsaan yang menuntut guru-guru menyesuaikan diri dengan perubahan baharu itu bagi merealisasikan hasrat murni tersebut. Transformasi kurikulum kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan insan yang berilmu, berkualiti dan berketerampilan dalam apa-apa bidang sekalipun demi pembangunan bangsa dan negara. Kelahiran modal insan yang cemerlang menuntut kerjasama dan persefahaman antara pendidik dengan anak didik. Oleh hal yang demikian, guru selaku pendidik yang berwibawa perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran terkini. Anak didik pula perlu lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan. Kecemerlangan yang kita raih berupaya melahirkan modal insan yang memiliki minda kelas pertama yang dapat meneruskan kegemilangan bangsa setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang merupakan transformasi dalam sistem pendidikan negara. Sesungguhnya dasar pendidikan negara kita berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamat untuk melahirkan insan yang kamil dan seimbang. Justeru dalam mencapai matlamat melahirkan modal insan yang akan mengisi keperluan untuk memajukan ekonomi negara pada masa hadapan, kita bukan sahaja menekankan aspek penguasaan ilmu dan kemahiran tetapi juga keterampilan dan keperibadian insan yang mulia. Oleh itu, murid-murid perlulah berusaha untuk menjadi pelajar yang mampu menghadapi cabaran transformasi ini. Seterusnya YAB Perdana Menteri Malaysia menjadikan perluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan sebagai salah satu daripada enam bidang yang terkandung dalam NKRA. Pengenalan NKRA Pendidikan ialah sebahagian daripada proses transformasi dalam sistem pendidikan negara yang akan melonjakkan lagi kecemerlangan pendidikan di negara ini yang meliputi kawasan bandar mahupun luar bandar . Dengan langkah ini, sistem pendidikan di negara kita akan terus berkembang dan memberikan keuntungan kepada rakyat Malaysia. Seperkara lagi, pada akhir tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia ingin memastikan semua murid normal boleh menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah, memperbanyak sekolah berprestasi tinggi dan memperkenalkan tawaran baru (bai’ah) kepada pemimpin sekolah dengan hasrat untuk meningkatkan profesionalisme dalam pengurusan dan kecemerlangan sekolah. Program LINUS dilaksanakan dengan membawa niat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan pendidikan yang diberikan menerusi sistem sedia ada mampu menjadikan kanak-kanak di negara ini, menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam tempoh tiga tahun selepas memasuki gerbang persekolahan sekolah rendah.
Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi,
Sebagai pewaris kepimpinan negara, murid-murid perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu yang berfaedah dan mengelakkan diri daripada gejala sosial. Murid-murid perlu berfikiran positif dan memperkasakan jati diri bagi menjamin kecemerlangan hidup pada masa depan. Justeru, peranan guru adalah untuk memastikan murid-murid berakhlak mulia dan mempunyai sahsiah diri terpuji. Keunggulan diri murid-murid ini dapat menghindarkan 3
murid-murid daripada terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini. Di samping itu, semangat patriotik juga mesti dipupuk sejak murid-murid di sekolah rendah lagi. Saya berharap agar perpaduan kaum dapat disemai dalam jiwa anak didik kita melalui bahasa Kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, kita perlu memartabatkan bahasa Melayu kerana bahasa pakaian bangsa. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan badan utama yang memainkan peranan yang amat penting dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bertitik tolak daripada hal tersebut, kita perlu bekerja keras bagi mempersadakan bahasa Melayu ke mercu dunia. Pencapaian yang cemerlang oleh murid-murid memerlukan pembacaan yang luas. Membaca jambatan ilmu, maka murid-murid perlu memupuk sikap suka membaca pada diri masing-masing kerana bangsa membaca, bangsa berjaya. Hal ini bermakna guru selaku pendidik juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mempunyai pemikiran yang kreatif serta inovatif. Sebagai guru, mereka berupaya menterjemah idea di sebalik transformasi kurikulum nasional bergagaskan konsep 1Malaysia kepada amalan pengajaran yang lebih bermakna di kelas agar anak didik berada dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Menyedari minat membaca murid semakin bertambah, Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan Program Kem Membaca 1Malaysia sebagai kesinambungan program NILAM yang dijalankan dengan bermatlamat memupuk semangat membaca bagi melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan dinamik. Kerajaan mahu merealisasikan hasrat negara sebagai negara maju seiring dengan pembangunan minda masyarakatnya tanpa mengira kaum dan geografi tempat tinggal mereka.
Secara umumnya dalam pendidikan rendah dan menengah, bidang pendidikan mencakupi kurikulum dan kokurikulum amat penting dan mestilah seiring bagi mengembangkan idea dan pemikiran pelajar. Badan yang cergas dan otak yang cerdas, memerlukan kepintaran intelek, kebolehan memimpin, bekerjasama dan sabar menghadapi cabaran hidup. Seterusnya aktiviti kokurikulum ini memberikan peluang kepada pelajar 4
untuk terus bergiat dalam sukan dan sememangnya ini menyumbang 10 peratus untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi pelajar sekolah menengah dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sekolah rendah. Usaha ini dapat mengurangkan masalah salah laku dalam kalangan murid apabila mereka aktif bersukan.
Warga sekolah yang dikasihi,
Pendidikan alam sekitar merupakan tanggungjawab guru dalam melahirkan murid yang cinta akan anugerah Tuhan yang tidak ternilai harganya. Kemerdekaan yang kita kecapi tidak akan sempurna sekiranya alam sekitar tercemar. Oleh itu, guru haruslah memikul amanah bagi melahirkan murid yang cinta akan alam sekitar. Hal ini demikian kerana mereka merupakan aset negara pada masa hadapan. Maka didiklah mereka untuk mencintai alam sekitar yang semakin tercemar supaya kita terhindar daripada bencana alam. Kita perlu bersama-sama berusaha untuk memelihara alam ciptaan Tuhan supaya menjadi warisan untuk generasi akan datang. Tema 1Malaysia: Menjana Transformasi diharapkan menjadi penyemarak semangat kepada semua warga pendidik dan murid untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan dapat mengeratkan hubungan antara kaum, bagai aur dengan tebing. Maka kerjasama dan sikap saling menghormati antara semua kaum di Malaysia perlu dikekalkan supaya negara akan sentiasa aman, damai dan harmoni. Marilah kita bersama-sama menghayati tema kemerdekaan dengan penuh kesedaran demi negara kita yang tercinta. Saya berdoa agar nikmat kemerdekaan yang kita kecapi akan berterusan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE- 53.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh Putrajaya 31 Ogos 2010

Langgan:
Catatan (Atom)