Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan mengadakan
Sukan Tahap 1/Hari Kokurikulum/Hari Kanak-kanak pada 30/10/2010 mulai jam 7.30 pagi.
Sebagai galakan kepada pelajar, 10 hamper (Tahun 4), 10 hamper (Tahun 5) & 10 hamper (Tahun 6) disediakan untuk cabutan bertuah. Pendaftaran dilakukan di Dataran Kejap mulai jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Cabutan bertuah akan dilakukan mulai jam 12.00 tengah hari.
Pelajar yang memakai pakaian uniform yang lengkap juga disediakan 3 hadiah misteri. Keputusan akan diumumkan oleh PK Kokurikulum mulai jam 12.30 tengah hari.
Kelab Kemahiran Hidup akan menjual hasil pertanian berupa pokok sayur, anak pokok dengan harga yang berpatutan dan jualan air minuman yang berkhasiat.
Kelab Bahasa Melayu juga ada menjual minuman, makanan dan pakaian 'bundle' di 3 buah khemah berhampiran dengan pagar SKHMC.
Jualan buku dan rantai kunci yang menarik di kantin SKHMC.
Aktiviti sukan Tahap 1 dijalankan serentak di padang SKHMC.
Moh kite ke SKHMC. Datanglah beramai-ramai ke SK Haji Mahmud.