PENGUMUMAN
Jumaat, 6 Mei 2011
Latihan Tekwando
Latihan Taekwando yang dijadualkan pada 7.5.2011 mulai jam 12.30 tengah hari ditangguhkan ke tarikh yang bersamaan dengan 17.5.2011 (Cuti Wesak) mulai jam 12.30 tengah hari.
Sekian, terima kasih.
Khamis, 5 Mei 2011
Futsal sempena Hari Guru 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Kepada sekolah-sekolah yang menyertai futsal sempena Hari Guru 2011, sila muat turun Jadual dan agihan kumpulan untuk makluman tuan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Asrul Sani (013-5181744)
Sekian, terima kasih.
Pertandingan Pidato Peringkat Daerah
Peserta SK Haji Mahmud yang diwakili oleh Farah Afiqah bt. Nor Azaman 6 Tekun telah mendapat tempat ke-3 Pertandingan Pidato Peringkat Daerah yang diadakan di SK Raja Di Hilir Ekram pada 4.5.2011 mulai jam 2.30 petang. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada peserta, guru pengiring serta jurulatih yang telah merealisasikan kejayaan anak didik SKHMC.
Sekian, terima kasih.
Rabu, 4 Mei 2011
Aktiviti Kokurikulum dan Kem Bestari Solat (7.5.2011)
Aktiviti kokurikulum dan Kem Bestari Solat (7.5.201) ditangguhkan, digantikan dengan aktiviti LADAP.
Contact Time
Contact time untuk guru sidang petang mulai jam 11.45 pagi 5.5.2011 dan contact time guru sidang pagi mulai jam 12.40 tengah hari 5.5.2011.
Sekian, terima kasih.
Ahad, 1 Mei 2011
Tentatif Program Anti Dadah 2011
Maklumat mengenai Tentatif Program Minggu Anti Dadah 2011...
Sekian, terima kasih.
Rabu, 27 April 2011
Peperiksaan Pertengahan Tahun
Peperiksaan Pertengahan Tahun akan dijalankan mulai 9.5.2011 hingga 13.5.2011. Maklumat mengenai peperiksaan pertengahan tahun...
surat pagi
surat petang
jadual pagi
jadual petang
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 22 April 2011
Pengujian Ujian Lencana Keris Gangsa (Pengakap)
Pengujian Ujian Lencana Keris Gangsa (Pengakap) akan dijalankan pada 23.4.2011 mulai jam 8.00 pagi di Sekoah Kebangsaan Haji Mahmud. Seramai 34 orang pelajar terlibat dalam ujian ini.
Sekian, terima kasih.
Pemantauan Pengajaran dan Pebelajaran
Pemantauan pengajaran dan pembelajaran berjalan mengikut jadual takwim yang telah ditetapkan. Tarikh akhir serahan jadual waktu untuk dicerap ialah 25.4.2011 hingga 29.4.2011 bagi guru-guru yang belum dicerap. Sekiranya jadual waktu tidak diserah (selepas 29.4.2011), pemantauan akan dijalankan mengikut budi bicara pencerap. Guru yang berkenaan, sila rujuk papan kenyataan untuk tindakan lanjut.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 19 April 2011
Pertandingan Bercerita Sains Dalam Bahasa Inggeris
Pertandingan Bercerita Sains Peringkat Kelompok 1 akan diadakan pada 20.4.2011 (Rabu) mulai jam 2.15 petang di Makmal Komputer A Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud.
Keputusan pertandingan, Johan-SK(T) Klebang, Naib Johan-SK Syed Idrus dan Tempat ke-3-Sk Haji Mahmud.
Sekian, terima kasih.
Pertandingan Amali Sains
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Telah dihantar pada: Mon Apr 18, 2011 2:29 pm
Kepada Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara.
1. PERTANDINGAN AMALI SAINS SEKOLAH RENDAH PKT DAERAH KINTA UTARA 2011.
Tarikh Pertandingan : 21 Mei 2011 (Sabtu)
Tuan Rumah : SK Raja Perempuan, Ipoh.
- Penyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah daerah Kinta Utara.
- Hubungi PK Kokurikulum, SK Raja Perempuan, Ipoh untuk pengesahan penyertaan dan maklumat pertandingan pada atau sebelum 27 April 2011.
Sekian, terima kasih.
Contact Time PKSR 1
Contact Time PKSR 1 untuk guru pagi akan diadakan pada 20.4.2011 mulai jam 12.50 tengah hari.
Contact Time PKSR 1 untuk guru petang akan diadakan pada 21.4.2011 mulai jam 11.00 pagi. Kehadiran guru adalah wajib demi kejayaan anak didik dan kecemerlangan SKHMC.
Sekian, terima kasih.
