PENGUMUMAN
Isnin, 25 Julai 2011
Aktiviti Ladap (30.7.2011)
Aktiviti LADAP akan diadakan pada 30 Julai 2011 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Semua guru diwajibkan hadir.
Jadual LADAP...
Sekian, terima kasih.
Ketidakhadiran Tanpa Cuti
Telah dihantar pada: Thu Jul 21, 2011 4:29 pm
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Ketidakhadiran Tanpa Cuti
Sila muat turun surat (klik sini) berkaitan dengan perkara di atas dan patuhi arahan tanpa gagal sekiranya terdapat kakitangan yang melakukan kesalahan tersebut.
Sekian, terim kasih
_________________
Puan Hamiza bt Zakaria
Pegawai Eksekutif
PPD Kinta Utara
Isnin, 18 Julai 2011
Penggunaan Kad Perakam Waktu
Penggunaan kad perakam waktu :
a) Boleh mengawal pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dengan lebih cekap.
b) Boleh meningkatkan disiplin pegawai dan kakitangan.
c) Boleh memantau, mengawas dan mengeluarkan laporan waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan secara elektronik;
d) Boleh memperoleh maklumat berkaitan waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dengan cepat dan tepat.
SURAT PEKELILING AM BIL. 1 TAHUN 2004, Surat Pekeliling Am. Bil. 11 Tahun 1981 (Tambahan)
Surat Pekeliling Am Bil. 11 of 1981
Sekian, terima kasih.
Ahad, 17 Julai 2011
Hari Kantin & Hari Sukan Tahap 1

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Hari Kantin & Hari Sukan Tahap 1 diadakan serentak pada 17 Julai 2011 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Jualan kupon sebanyak RM3 dan RM5 sedang dilaksanakan mulai sekarang. Sebagai galakan motivasi kepada pelajar yang membeli kupon RM5, hadiah menarik disediakan sebagai cabutan bertuah.
Hadiah cabutan bertuah...
Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
* Pengumuman : Hari Isnin (18.7.2011) diisytiharkan cuti peristiwa kerana telah menjalankan aktiviti Hari Sukan Tahap 1 & Hari Kantin (17.7.2011)
Pihak PIBG dan Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Kantin dan Hari Sukan Tahap 1.
Sekian, terima kasih.
Khamis, 14 Julai 2011
Jadual Ujian Pengesanan Agama 3
Ujian Pengesanan Agama Tahap 1 & Tahap 2 akan dijalankan pada 19.7.2011. Kehadiran pelajar diwajibkan.
Jadual...
Sekian, terima kasih.
Senarai Penyumbang Hari Kantin 2011
Pihak PIBG dan Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada Syarikat yang telah memberikan sumbangan.
Pembekal Era Pintar,
F-19, Taman Chi loong,
35500 Bidor, Perak.
Tel : 012-5078992
Dealer in Stationery Library Books, Revision Books, Teaching Aids & Preschool Books
Kemiri Enterprise,
No. 12, Taman Kemiri,
31100 Sungai Siput Utara, Perak.
Tel : 012-5675292
Supplier of all kind of Books, Full Range of Stationery, Sport Wears & Equipments, Letter Head, Certificate & all kind of Printing Works, Photostat Papers, Fax Papers & Files, Computer Sales, Service & Repair, Laser Printer Toner, Ribbon & Ink Cartridge etc.
Pustaka Hijrah Jaya,
(IP0239040-D),
No. 112 & 112A,
Dataran Tasek Timur 6,
Amjung Bercham Indah,
31400 Ipoh,Perak.
Tel : 012-4631472, 012-5256609
Penjual buku
Perniagaan Bersatu,
20, Jalan Batu Gajah,
31550 Pusing, Perak.
Tel/Fax : 05-2881055 H/P 012-5179878
H/P : 012-5223957(Yoong) 012-5753898 (Ong) 012-5078556 (Lau) 012-5152660 (Cheong)
Impian Annur Enterprise,
22, Laluan Chemor Sinaran,
31200 Chemor, Perak.
Tel/Fax : 05-2016397 HP : 012-4478432
Kedai Basikal Ismail,
No. 52, Jalan Putra 6A,
Taman Klebang Putra,
31200 Chemor, Perak.
Syarikat lain yang ingin menyumbang amat dialu-alukan. Sila hubungi 05-2011534 untuk info lanjut. Semua sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun PIBG.
Sekian, terima kasih.
Latihan Percubaan Sukan Tahap 1
Latihan percubaan Sukan Tahap 1 akan dijalankan mulai jam 3.00 petang 14.7.2011. Pemakaian pakaian sukan untuk semua warga sekolah untuk melicinkan pelaksanaan Sukan Tahap 1. Tentatif program adalah seperti yang berikut : 2.20 petang Rehat Tahun 1, 2.40 petang Rehat tahun 2 & Tahun 3, 3.00 petang : Sesi latihan dijalankan, 5.45 petang : Sesi sembang dan bincang pemurnian program. Semua guru dan pelajar hendaklah berada di padang sewaktu pelaksanaan latihan.
Sekian, terima kasih.
Contact Time Pentadbir
Contact Time Penolong Kanan bersama Guru Besar akan diadakan mulai jam 10.30 pagi 14.7.2011 di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran diwajibkan.
Sekian, terima kasih.
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2011
Kepada Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2011
Garis Panduan Penglibatan Pihak Sekolah Dalam Program Atau Aktiviti
Anjuran Pihak Luar Selain Daripada Agensi Di Bawah Kementerian Pelajaran Malaysia
Bersama-sama ini dipanjangkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10 Tahun 2011 (klik sini) untuk edaran sekolah dan mengambil tindakan sewajarnya.
Sekian, terima kasih.
Rabu, 13 Julai 2011
Bulan Kecergasan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Bulan Julai dipilih sebagai Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tema bertajuk "1Malaysia 1Kecergasan". Di sepanjang bulan Julai ini sekolah-sekolah diikehendaki melaksanakan aktiviti-aktiviti kecergasan berdasarkan tiga komponen berikut: (1) Komponen Kecergasan berteraskan RIMUP seperti senamrobik, futsal, bola jaring; (2) Komponen Pendidikan dan Perpaduan seperti klinik kecergasan, kuiz kesihatan, ceramah kesihatan atau kecergasan, bicara sukan dan klinik sains perubatan; (3) Komponen Kesihatan seperti pameran gaya hidup sihat, kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan.
maklumat 1...
maklumat 2...
Sekian, terima kasih.
Pengawal Keselamatan
Tawaran jawatan kosong sebagai pengawal keselamatan (lelaki atau perempuan). Tawaran berdasarkan siapa cepat dia dapat. Sesiapa yang berminat, sila hubungi En. Rani melalui talian 016-5007759.
Sekian, terima kasih.
Cabutan Bertuah Hari Kantin 17.7.2011
Kupon yang bernilai RM5 layak untuk cabutan bertuah. Sila masukkan keratan muka hadapan kupon ke dalam peti cabutan bertuah berkunci yang terletak di pejabat mulai 13.7.2011. Pastikan anda menyimpan keratan untuk membuktikan pemilik sebenar kupon sekiranya anda terpilih sebagai pemenang. Cabutan bertuah akan dijalankan mulai jam 12 tengah hari pada 17.7.2011. Pastikan anda membawa keratan untuk tuntutan hadiah sekiranya nombor anda berjaya dicabut
Sekian, terima kasih.
