PENGUMUMAN
Rabu, 19 Oktober 2011
Cuti Peristiwa Sempena Hari Deepavali
Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan bercuti mulai 25.10.2011 dan 26.10.2011 untuk sambutan Hari Deepavali. Sekolah akan dibuka semula mulai 27.10.2011.
Surat...
Sekian, terima kasih.
Sabtu, 15 Oktober 2011
PKSR 2
Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan mulai 17.10.2011 hingga 21.10.2011. Sehubungan itu, kehadiran anak didik adalah diwajibkan. Peperiksaan ulangan hanya akan dijalankan untuk murid yang mempunyai dokumen sokongan seperti sijil sakit sekiranya tidak hadir dan kes kecemasan yang lain yang perlu mendapatkan kebenaran daripada guru besar SKHMC terlebih dahulu.
PKSR 2
Sekian, terima kasih.
LADAP (15.10.2011)
Pihak Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud akan mengadakan LADAP mulai jam 8.00 pagi bersamaan 15.10.2011. Semua guru diwajibkan hadir.
Perisian Kursus Ladap 1
Perisian KSSR Muzik Tahun 2
Sekian, terima kasih.
Rabu, 5 Oktober 2011
Dimaklumkan waktu tamat persekolahan sidang petang pada hari Isnin mulai jam 6.05 petang dan hari Selasa hingga hari Jumaat mulai jam 6.10 petang. Ibu bapa dan penjaga dipohonkan untuk menguruskan pengangkutan anak/jagaan tepat pada waktunya untuk keselamatan anak/jagaan tuan/puan.
Surat edaran...
Sekian, terima kasih.
Selasa, 4 Oktober 2011
KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Kepada Pengetua/Guru Besar
1.Pengetua SMK St. Micheal
2. Pengetua SMK Anderson
3. Pengetua SMK Rapat Setia
4. SK Haji Mahmud, Chemor
KARNIVAL MEREKAYASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK.
Pihak PPD Kinta Utara mengucapkan tahniah dan syabas kepada tuan kerana terpilih mewakili Daerah Kinta Utara ke Karnival di atas.
Sehubungan dengan itu mohon kerjasama tuan untuk melengkapkan borang di lampiran 2 berdasarkan maklumat di lampiran 1.Surat rasmi telah dimasukkan ke dalam ‘ pigeon hole’
Muat turun Lampiran 1 dan 2
Unit Bimbingan dan Kaunseling
PPD Kinta Utara
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1892#2291
Contact Time (Guru Sidang Petang)
Contact Time guru sidang petang mengenai Prestasi Tahunan akan diadakan pada 10.10.2011 mulai jam 12.00 tengah hari di bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua guru sidang petang adalah diwajibkan.
Sekian, terima kasih.
Contact Time Pentadbiran
Contact Time pentadbiran akan diadakan mulai jam 11.15 pagi bersamaan 4.10.2011 di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua guru penolong kanan dan guru besar dipohonkan.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 3 Oktober 2011
LISAN/MEMBACA
| Telah dihantar pada: Mon Oct 03, 2011 9:13 am |
| Semua Guru Besar SK/SJKC/SJKT
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1884#2281
|
PKSR 2
Peperiksaan akhir tahun akan dijalankan mulai 18 oktober 2011. Semua soalan subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik serta Agama Islam disediakan oleh MGB Kinta Utara. Segala perbelanjaan membeli soalan ditanggung oleh PIBG SKHMC serta pihak sekolah. Soalan bukan subjek teras hendaklah disediakan oleh penggubal soalan. (Sila rujuk jadual penggubal soalan di papan kenyataan).
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 23 September 2011
Majlis Penyampaian Sumbangan Set Robotik
Sumbangan set robotik (RM15.000) oleh Y.B. Dato' Aminuddin b. Hj. Md Hanafiah, Setiausaha Y.B. Dato' Seri Haji Ahmad Husni b. Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan Kedua pada hari Isnin bersamaan 26.9.2011 di Dean SKHMC.
http://www.box.net/shared/dgh5pjn1ehiz3bkxznn7
Sekian, terima kasih.
Khamis, 22 September 2011
Mesyuarat Linus
Mesyuarat Jawatankuasa Linus akan diadakan mulai jam 11.45 pagi bersamaan 22.9.2011 di Bilik Gerakan SKHMC. Semua AJK Linus diwajibkan hadir.
Sekian, terima kasih.



