PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Khamis, 11 Oktober 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Bahan rujukan berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, SKT,  dan prestasi.

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

Rabu, 10 Oktober 2012

Permohonan Profesional Pemimpin Pendidikan

“1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”


Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Daerah Kinta Utara,
(U.p : Semua Guru)



Tuan,

PERMOHONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) BAGI TAHUN 2013 ANJURAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI (IAB)

Perkara di atas adalah dirujuk

2. Sila muat turun hebahan yang dilampirkan.

Klik untuk muat turun

3. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


ABDUL RAUF BIN SULAIMAN
PPPD Pembangunan Profesional,
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah kinta Utara.
05-2544877

Jumaat, 5 Oktober 2012

Peperiksaan Akhir Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pihak sekolah akan mengadakan peperiksaan akhir tahun 2012 pada 8.10.2012, 11.10.2012, 12.10.2012 dan 15.10.2012.
Jadual Peperiksaan 
Jadual Pengawas Peperiksaan
Jadual Sidang Pagi
Surat

Sekian, terima kasih.

Taklimat Pengisian Laporan Prestasi

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

 Taklimat Pengisian Laporan Prestasi akan diadakan mulai jam 12.00 tengah hari pada 8.10.2012 di Bilik Gerakan SKHMC. Kehadiran semua guru sidang petang diwajibkan.

Sekian, terima kasih

Khamis, 4 Oktober 2012

PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB

Telah dihantar pada: Mon Oct 01, 2012 4:52 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas Semua Pengetua dan Guru Besar, Sekolah-Sekolah Menengah/Rendah, Daerah Kinta Utara. Tuan, PENGUATKUASAAN KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB OLEH PENYELIA/KETUA JABATAN Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Bersama-sama ini diedarkan surat arahan daripada KPM KP.SULIT(TT)0163/23 Jld.3 (13) bth : 13 Ogos 2012 dan surat arahan daripada JPA, JPA.BK(S)223/9/3(36) bth : 16 April 2012 yang mana telah mengingatkan Penyelia/Ketua Jabatan supaya melaksanakan tindakan penguatkuasaan sebbagai mekanisme kawalan dan pengawasan tatatertib. 3. Sila muat turun surat di sini. Sekian, terima kasih. MOHAMAD ALI HANAPIAH BIN ZAKARIA Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Unit Perkhidmatan.

Selasa, 25 September 2012

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia anjuran bersama Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Kementeriaan Pelajaran Malaysia, SKMM dan Pos Malaysia.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah.



Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia


TATATERTIB - Kepentingan Melindungi Maklumat Rahsia Dan Terperingkat Kerajaan
Posted by balan on 21/09/2012 4:45:37 pm (1010 reads) News by the same author
***** MAKLUMAN *****

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua/Guru Besar
Sekolah Menengah/Rendah Negeri Perak

Tuan,

KEPENTINGAN MELINDUNGI MAKLUMAT RAHSIA DAN TERPERINGKAT KERAJAAN

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.          Sepertimana tuan sedia maklum, penjawat awam hendaklah menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kuasa rasmi yang diperuntukkan kepadanya dan menguruskan maklumat Kerajaan dengan penuh berkhemah dan bijaksana. Sehubungan itu, sekiranya didapati pegawai membocorkan maklumat atau dokuman terperingkat Kerajaan, pegawai boleh ditafsirkan sebagai melanggar peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

3.          Bersama-sama ini di sertakan surat siaran  Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan perhatian pihak tuan:

4.           Kerjasama tuan selaku Ketua Jabatan dan Penyelia supaya memastikan pegawai-pegawai di bawah seliaan tuan setiasa mematuhi peraturan-peraturan seperti yang digariskan di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan melaksanakan pemantauan secara berterusan amat diharapkan.

Sekian terima kasih.

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK
Rating: 10.00 (1 vote) - Rate this News -

Isnin, 24 September 2012

Peperiksaan Agama Islam, Jawi dan Bahasa Arab

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Peperiksaan Agama Islam, Jawi dan Bahasa Arab untuk pelajar Tahun 6 akan dijalankan pada 25.9.2012 dan 26.9.2012. Jadual peperiksaan adalah seperti yang berikut : 8.10 pagi hingga 9.10 pagi 25.9.2012 - Pendidikan Islam, 10.15 pagi hingga 11.15 pagi 25.9.2012 - Jawi dan 8.10 pagi hingga 9.10 pagi 26.9.2012 - Bahasa Arab.

Pengesahan Permohonan

Telah dihantar pada: Sun Sep 23, 2012 9:05 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia
Perhatian dan tindakan segera

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Utara

Tuan,

PENGESAHAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (e-GTUKAR) JANUARI 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir Permohonan Pertukaran Guru (e-GTukar) Januari 2013 ialah pada 30 September 2012 manakala tarikh akhir Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar ialah pada 02 Oktober 2012. Aplikasi atas talian ini boleh dicapai melalui http://apps.moe.gov.my/epgo/ (sila gunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang sama untuk e-Operasi).

3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membuat pengesahan dengan SEGERA dan tidak menunggu di saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Sekian, terima kasih.

_________________
KUSAINI BIN ZULKAFLI
Penolong PPD KGSK/GSTT/GG
Unit Pengurusan Sekolah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara

Telefon: 016-4146747
E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com

Khamis, 20 September 2012

Perkara : Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 Negeri Perak

Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1
Posted by hisham on 20/09/2012 9:10:00 am (48 reads) News by the same author
Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,
Kepada :
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak

Perkara : Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 Negeri Perak

Dimaklumkan bahawa butiran pelaksanaan perkara di atas adalah seperti berikut :
i) Baca/Lisan : Dalam tempoh 23 Sept - 12 Okt 2012
ii) Tulis :  Dalam tempoh 14-19 Okt 2012
iii) Kemasukan Data ke Portal : 22 Okt - 2 Nov 2012

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan pelaksanaannya adalah mengikut proses yang terkini berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 9 Tahun 2012, no. rujukan KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4 (1) bertarikh 23 Mac 2012. Dilampirkan sekali lagi (sila klik di sini) untuk memudahkan rujukan pihak tuan.
Berdasarkan surat siaran tersebut, murid Tahun 3 (Kohort 1) dan Tahun 2 (Kohort 2) yang telah mencapai Perdana pada saringan sebelumnya (Saringan 8-Thn 3 dan Saringan 4-Thn 2) tidak perlu mengikuti saringan ini. Manakala untuk Murid Tahun 1 (Kohort 3), semua murid Tahun 1 wajib mengikuti saringan walaupun telah mencapai Perdana pada Saringan 2 yang lalu.
Berdasarkan pengalaman saringan yang lepas daripada maklumat Pegawai FasiLINUS di daerah yang mengesan bahawa terdapat sekolah yang tidak mematuhi surat siaran tersebut. Ini menyebabkan berlakunya ralat data yang tidak sepatutnya berlaku. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di sekolah masing-masing dengan mematuhi proses pelaksanaan dalam surat siaran tersebut.
Sebarang pertanyaan dan ketidakpastian berhubung dengan instrumen dan pelaksanaan saringan, mohon dapat dirujuk kepada Pegawai FasiLINUS di daerah masing-masing.

Saringan 9 (Kohort 3) merupakan saringan yang terakhir untuk murid Tahun 3. Masih ada masa untuk meningkatkan penguasaan konstruk murid yang belum mencapai KPI 2012. Mohon kerjasama pihak sekolah dan guru-guru membantu dan membimbing murid-murid ini sebelum dilaksanakan Saringan Baca/Lisan dan Bertulis ke atas mereka. Dan pastikan data yang dimasukkan adalah betul dan tiada ralat. 
Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak.




Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -