Assalamualaikum wrt wbt. & Salam Sejahtera
Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Rendah Pelaksanaan Program j-QAF,
Daerah Kinta Utara.
Tuan,
KEPUTUSAN SARINGAN KUIZ j-QAF PERINGKAT ZON 2012
Perkara di atas adalah dirujuk,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan saringan kuiz j-QAF mengikut Zon adalah seperti berikut;
KEDUDUKAN ZON A
1 SK SG ROKAM
2 SK SG RAYA
3 SK PERPADUAN
KEDUDUKAN ZON B
1 SK HJ MAHMUD
2 SK TASEK
3 SK TASEK DAMAI
KEDUDUKAN ZON C
1 SK PENGKALAN
2 SK PENGKALAN PEGOH
3 SK KG PASIR PUTEH
Sehubungan itu,setiap pemenang dikehendaki menghubungi pengerusi zon masing-masing untuk menentukan masa mengambil hadiah semasa saringan akhir Kalam Jamaie diadakan.Semua sekolah di atas layak untuk ke peringkat daerah pada 14 Julai 2012 di SK Jelapang Jaya. Keputusan Hakim adalah muktamad.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Yang benar.
_________________
Mohd Faisal bin Mohd Yusof
Penolong PPD j-Qaf
PPD Kinta Utara
jqafkintautara@yahoo.com
Sumber
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Khamis, 28 Jun 2012
Khamis, 14 Jun 2012
Selamat Bertukar
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar ke Kelantan kepada Puan Thuwaibah bt. Hasan. Jasa puan dikenang buat selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
Pihak sekolah mengucapkan selamat bertukar ke Kelantan kepada Puan Thuwaibah bt. Hasan. Jasa puan dikenang buat selama-lamanya.
Sekian, terima kasih.
Calon Anugerah Nilam 2012-Daerah
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Tahniah!
Nurul Aqilah 5U telah dicalon untuk menerima anugerah Nilam 2012-Daerah. Pihak sekolah mendoakan semoga berjaya. Beliau juga merupakan calon pemilihan ke Fukuoka Jepun dan pertukaran pelajar Asia Pacific.

DG 32 (KUP) & DG 44 (KUP)
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Tahniah,
Guru-guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG 32 (KUP) dan ke DG 44 (KUP) diucapkan tahniah. Semoga prestasi SK Haji Mahmud dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Tahniah,
Guru-guru yang telah dinaikkan pangkat ke DG 32 (KUP) dan ke DG 44 (KUP) diucapkan tahniah. Semoga prestasi SK Haji Mahmud dapat dipertingkatkan lagi.
Sekian, terima kasih.
Selasa, 5 Jun 2012
MENINGGALKAN PEJABAT DALAM WAKTU BEKERJA DI BAWAH PERINTAH AM 5 BAB G
Semua Ketua Sektor,
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Negeri Perak,
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Negeri Perak.
Surat Kementerian; KP(PP)0069/6/3/Jld.5(71) bertarikh 2 Mei 2012 adalah berkaitan. Surat ini berkaitan dengan pematuhan kepada peraturan mengenai kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah perintah Am 5 Bab G. Klik pautan di bawah untuk rujukan dan panduan tuan/puan .
Jumaat, 1 Jun 2012
Pengggunaan "Time Slip"
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan
ISU PENGGUNAAN 'TIME SLIP' DAN KEDUDUKAN PEGAWAI YANG MENINGGALKAN TEMPAT BERTUGAS UNTUK TUJUAN SELAIN TUGAS RASMI
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahwa pejabat ini telah menerima pertanyaan berkenaan isu 'time slip' dan kedudukan pegawai yang meninggalkan tempat bertugas untuk tujuan selain dari tugas rasmi.
3. Sehubungan itu, Bahagian Pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara telah mengambil langkah proaktif berkenaan isu tersebut dengan melampirkan surat-surat berkaitan dengan perkara di atas. Muat turun Surat.
4. Kerjasama tuan adalah dipohon untuk memaklumkannya kepada semua pegawai di bawah penyeliaan tuan.
Sekian, terima kasih.
AHAMAD SHAKER BIN LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Langgan:
Catatan (Atom)