Langkah sifir 9;
Langkah pertama tulis nombor 0 hingga 9;
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
kemudian tulis terbalik 9 hingga 0 pula disebelah kanan;
0 9
1 8
2 7
3 6
4 5
5 4
6 3
7 2
8 1
9 0
Bagi sifir 7,
Bermula dengan 012, kemudian diikuti dengan 234 dibawahnya, dan di bawah sekali 456. Kemudian murid menulis nombor 1 hingga 9 bermula dari atas sebelah kanan.
Sifir 7
07 14 21
28 35 42
49 56 63
Bagi sifir 8 murid menulis nombor 01234 / 45678 secara menegak. Kemudian bermula dari bawah murid menulis sifir 2 (02468 / 02468)
Sifir 8
08 | 48 |
Taktik 1:
Ini adalah satu taktik yang popular untuk sifir 9. Taktik ini menggunakan 10 jari tangan kita (kalau guna jari kaki susah sikit sebab dalam kelas pakai kasutkan).
Cth: 9 darab 1 = ibu jari sahaja dilipat, jadi tinggal 9 jari.
9 darab 2 = jari telunjuk sahaja dilipat, ibu jari yang tidak dilipat mewakili 1 dan 8 jari lain yang juga terbuka mewakili 8, menjadi 18. Begitulah seterusnya untuk 9 x 3 sehingga 9 x 9.
Taktik 2:
Kaedah ini juga menggunakan 10 jari kita dan digunakan untuk sifir 6 hingga 9 sahaja. Dengan anggapan 1 hingga 5 adalah sifir yang senang diingat oleh para pelajar.
*Jari kelingking mewakili 6
*Jari manis mewakili 7
*Jari hantu - 8
*Jari telunjuk - 9
Contoh: 7 darab 7= Cantumkan jari manis tangan kanan dengan jari manis tangan kiri, tambahkan jumlah semua jari dari yang bercantum dan ke bawah. Maksudnya jari manis ada 2, ditambah dengan jari kelingking ada 2 menjadi 4 (ini membawa maksud 40).
Kemudian jari2 yang tidak bercantum, tangan kanan ada 3 dan tangan kiri ada 3. Darabkannya 3 x 3 menjadi 9.
Jadi jawapannya 49. Boleh cuba dengan darab nombor lain.