TATATERTIB - Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam |
Posted by balan on 13/08/2012 10:00:00 am (1067 reads) News by the same author |
***** MAKLUMAN *****
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan, PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Bersama-sama ini di sertakan surat siaran Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan: Arahan Pematuhan Waktu Bekerja 3. Kerjasama tuan dalam memastikan pegawai awam di bawah seliaan tuan sentiasa mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan amat dihargai.
Sekian terima kasih.
UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK |
PENGUMUMAN
Isnin, 13 Ogos 2012
Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam
Kemudahan Cuti Bersalin Swasta
TATATERTIB - Kemudahan Cuti Bersalin Swasta |
Posted by balan on 13/08/2012 9:30:00 am (24 reads) News by the same author |
****MAKLUMAN**** Semua Pengetua dan Guru Besar Tuan, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Untuk makluman, suatu taklimat/kursus mengenai Pengurusan Tatatertib telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta (U) pada 8/8/2012(Rabu) jam 9 pagi. Sewaktu taklimat/kursus tersebut, wujud persoalan mengenai cuti bersalin swasta. 3. Sehubungan dengan itu, seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya seperti yang termaktub di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010. Merujuk kepada para 15.1 pekeliling yang sama, jelas menyatakan bahawa pegawai/guru wanita boleh menggunakan cuti bersalin swasta dan layak mendapat kemudahan seperti pekeliling tersebut. Pegawai dengan ini, tidak perlu mendapatkan endorsan dari Pegawai Perubatan Kerajaan seperti Cuti Sakit Swasta(Perintah Am 15(a) & Perintah Am 15(b) Bab C). Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyebar luas mengenai perkara diatas kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan.
Sekian terima kasih. |