Muat Turun SURAT SIARAN di sini. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak Tuan/Puan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013 Sukacita saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung dengan perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Tahun 2013. Pegawai yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun) 3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki memperakukan semua pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9. Sila klik untuk lihat dan muat turun: 4. Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:
5. Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan). 6. Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012 dokumen-dokumen seperti berikut:
7. Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan selanjutnya.
Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Ahad, 2 September 2012
Urusan Kenaikan Pangkat
Tempat Ketiga Pertandingan menulis karangan “Cintailah Malaysia”
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Adik Inani 6 Usaha mendapat Tempat Ketiga Pertandingan menulis karangan “Cintailah Malaysia”. Hadiah disampaikan oleh YB Dato Hj Husni Hanadzlah pada 2.9.2012 di Padang Awam Tanjong Rambutan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah.
Sekian, terima kasih.
Adik Inani 6 Usaha mendapat Tempat Ketiga Pertandingan menulis karangan “Cintailah Malaysia”. Hadiah disampaikan oleh YB Dato Hj Husni Hanadzlah pada 2.9.2012 di Padang Awam Tanjong Rambutan. Pihak sekolah mengucapkan tahniah.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)