Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 |
Posted by hisham on 20/09/2012 9:10:00 am (48 reads) News by the same author |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,
Kepada :
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak
Perkara : Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 Negeri Perak
Dimaklumkan bahawa butiran pelaksanaan perkara di atas adalah seperti berikut :
i) Baca/Lisan : Dalam tempoh 23 Sept - 12 Okt 2012
ii) Tulis : Dalam tempoh 14-19 Okt 2012
iii) Kemasukan Data ke Portal : 22 Okt - 2 Nov 2012
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan pelaksanaannya adalah mengikut proses yang terkini berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 9 Tahun 2012, no. rujukan KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4 (1) bertarikh 23 Mac 2012. Dilampirkan sekali lagi (sila klik di sini) untuk memudahkan rujukan pihak tuan.
Berdasarkan
surat siaran tersebut, murid Tahun 3 (Kohort 1) dan Tahun 2 (Kohort 2)
yang telah mencapai Perdana pada saringan sebelumnya (Saringan 8-Thn 3
dan Saringan 4-Thn 2) tidak perlu mengikuti saringan ini. Manakala
untuk Murid Tahun 1 (Kohort 3), semua murid Tahun 1 wajib mengikuti
saringan walaupun telah mencapai Perdana pada Saringan 2 yang lalu.
Berdasarkan
pengalaman saringan yang lepas daripada maklumat Pegawai FasiLINUS di
daerah yang mengesan bahawa terdapat sekolah yang tidak mematuhi surat
siaran tersebut. Ini menyebabkan berlakunya ralat data yang tidak
sepatutnya berlaku. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan perkara
ini tidak berulang lagi di sekolah masing-masing dengan mematuhi proses
pelaksanaan dalam surat siaran tersebut.
Sebarang
pertanyaan dan ketidakpastian berhubung dengan instrumen dan
pelaksanaan saringan, mohon dapat dirujuk kepada Pegawai FasiLINUS di
daerah masing-masing.
Saringan
9 (Kohort 3) merupakan saringan yang terakhir untuk murid Tahun 3.
Masih ada masa untuk meningkatkan penguasaan konstruk murid yang belum
mencapai KPI 2012. Mohon kerjasama pihak sekolah dan guru-guru membantu
dan membimbing murid-murid ini sebelum dilaksanakan Saringan Baca/Lisan
dan Bertulis ke atas mereka. Dan pastikan data yang dimasukkan adalah
betul dan tiada ralat.
Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak.
|
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - |
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Khamis, 20 September 2012
Perkara : Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 Negeri Perak
Langgan:
Catatan (Atom)