PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Isnin, 29 Oktober 2012

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam (SPRM)

SK2P : TATATERTIB - Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Hasil Laporan Yang Dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Posted by balan on 29/10/2012 12:40:00 pm (541 reads) News by the same author
***** MAKLUMAN *****

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak

Tuan,

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM HASIL LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.          Sepertimana tuan sedia maklum, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997 telah jelas menerangkan tatacara Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa Tatatertib menguruskan Kes tatatertib yang dirujuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Laporan SPRM tersebut akan digunakan bagi tujuan perakuan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam yang didapati melakukkan pelanggaran tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A) 395/1993].


3.               Berdasarkan statistik SPRM dan dapatan analisa Jabatan Perkhidmatan Awam, didapati bahawa terdapat kes yang dirujuk oleh SPRM berakhir dengan keputusan "AMARAN PENTADBIRAN". Seyogia diingatkan bahawa keputusan "AMARAN PENTADBIRAN"  bukanlah hukuman tatatertib sepertimana yang diperuntukkan dibawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A) 395/1993].

4.          Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam igin mengingatkan kepada semua Ketua Jabatan supaya mempercepatkan siasatan bagi kes-kes yang dirujuk oleh SPRM dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib. Berikut adalah URL bagi salinan surat siaran tersebut:

 5.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -

Rabu, 17 Oktober 2012

Jemputan Sukan Balapan SKHMC

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Jemputan menyaksikan Sukan Balapan SKHMC yang akan diadakan mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari pada 18.10.2012 di padang Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak.

Atur cara

Sekian, terima kasih.

Isnin, 15 Oktober 2012

Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,


Nur Fatin Afiqah bt. Shaiful Irwan telah mendapat Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Sebarau, Bukit Merah Lake Town pada 14.10.2012.


Sekian, terima kasih.

SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA TAHAP 1



Assalamualaikum dan slaam satu Malaysia,

SUKAN TAHUNAN DAN SUKANEKA TAHAP 1

Saya di arah merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2.             Sukacita dimaklumkan bahawa Sukan Tahunan kali ke 38 dan Sukaneka Tahap 1 akan di adakan serentak seperti butiran di bawah:-

                Tarikh      :               18.10.2012  (Khamis)
                Masa       :               mulai 7.30 pagi
               
3.             Semua Ibu bapa dijemput hadir.

4.             Murid tahap 1 (sesi petang) diminta hadir di sebelah pagi sahaja. Kelas petang dibatalkan. Pada hari Jumaat sesi persekolahan adalah seperti biasa.

Di atas kehadiran tuan/puan diucapkan terima kasih.

Takwim 2013


Salam 1Malaysia

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Utara

Tuan,

JADUAL HARI KELEPASAN AM & PENGGAL PERSEKOLAHAN 2013

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Bersama ini disertakan pautan untuk muat turun:

2.1 Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan 2013
2.2 Jadual Hari Kelepasan Am Negeri 2013
2.3 Perincian Persekolahan Mengikut Penggal Tahun 2013 (Kumpulan A)
2.4 Perincian Persekolahan Mengikut Penggal Tahun 2013 (Kumpulan B)

3. Sehubungan itu, pihak tuan bolehlah merancang aktiviti persekolahan dan cuti-cuti berkaitan berpandukan Jadual Hari Kelepasan Am dan Perincian Persekolahan Mengikut Penggal dengan memastikan Bilangan Hari Persekolahan 2013 TIDAK KURANG DARI 190 hari.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Muat turun: Jadual Hari Kelepasan Am & Perincian Persekolahan Mengikut Penggal


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

AHAMAD SHAKER BIN LAZIM
Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Taraf Berpencen

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Pemberian taraf berpencen Encik Mohammad Suhaimi bin Itam Ismail mulai 1 Oktober 2012. Pihak sekolah mengucapkan tahniah. Semoga tuan dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang.

Sekian, terima kasih.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Khamis, 11 Oktober 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Bahan rujukan berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, SKT,  dan prestasi.

1. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.