PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Isnin, 29 Oktober 2012

Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam (SPRM)

SK2P : TATATERTIB - Tindakan Tatatertib Terhadap Penjawat Awam Hasil Laporan Yang Dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Posted by balan on 29/10/2012 12:40:00 pm (541 reads) News by the same author
***** MAKLUMAN *****

Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Negeri Perak
Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah / Rendah Negeri Perak

Tuan,

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM HASIL LAPORAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA(SPRM)

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

2.          Sepertimana tuan sedia maklum, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1997 telah jelas menerangkan tatacara Ketua Jabatan dan Pihak Berkuasa Tatatertib menguruskan Kes tatatertib yang dirujuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Laporan SPRM tersebut akan digunakan bagi tujuan perakuan tindakan tatatertib terhadap pegawai awam yang didapati melakukkan pelanggaran tatakelakuan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A) 395/1993].


3.               Berdasarkan statistik SPRM dan dapatan analisa Jabatan Perkhidmatan Awam, didapati bahawa terdapat kes yang dirujuk oleh SPRM berakhir dengan keputusan "AMARAN PENTADBIRAN". Seyogia diingatkan bahawa keputusan "AMARAN PENTADBIRAN"  bukanlah hukuman tatatertib sepertimana yang diperuntukkan dibawah peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993[P.U(A) 395/1993].

4.          Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam igin mengingatkan kepada semua Ketua Jabatan supaya mempercepatkan siasatan bagi kes-kes yang dirujuk oleh SPRM dan mengemukakan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib. Berikut adalah URL bagi salinan surat siaran tersebut:

 5.            Perhatian dan kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

Sekian.

UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News -

Tiada ulasan: