SPA : Kajian Pelaksanaan KSSR Dalam Talian |
Posted by yusman on 29/11/2012 8:50:00 pm (450 reads) News by the same author |
Semua Pegawai Pelajaran Daerah,
Semua Guru Besar Sekolah Rendah,
Negeri Perak.
YBhg. Dato' Sri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,
KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN
2. Merujuk
kepada surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KP(BPK)600-5/2(73)
bertarikh 20 November 2012), Bahagian Pembangunan Kurikulum (BBK) sedang
menjalankan Kajian Pelaksanaan KSSR di sekolah rendah di seluruh
negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang
pelaksanaan KSSR dari segi pemahaman pentadbir dan guru serta
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
3. Kajian dalam talian ini melibatkan instrumen soal selidik untuk dijawab oleh pentadbir dan semua guru yang mengajar semua mata pelajaran KSSR Tahun 1 dan 2 di setiap sekolah rendah seluruh negara. Terdapat 2 borang soal selidik yang berasingan untuk pentadbir dan guru.
* Borang soal selidik untuk pentadbir boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-pentadbir
* Borang soal selidik untuk guru boleh diakses melalui: http://www.moe.gov.my/bpk/kajian/kssr-guru
4. Tarikh akhir untuk menjawab soal selidik ini adalah pada 30 Januari 2013
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak
|
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - |
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Jumaat, 30 November 2012
KAJIAN PELAKSANAAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DALAM TALIAN
Langgan:
Catatan (Atom)