PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Khamis, 19 Julai 2012

PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN

Telah dihantar pada: Thu Jul 19, 2012 1:33 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam 1Malaysia


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.


Tuan

PERATURAN MENGENAI LARANGAN BERADA DALAM KEADAAN KETERHUTANGAN KEWANGAN YANG SERIUS TERHADAP PEGAWAI AWAM


Sukacita saya menarik perhatian tuan mengenai perkara tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini dipanjangkan surat yang diterima daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, Ruj. KP(PP)SULIT0163/18/14/JLD.2(63) bertarikh 29 Jun 2012 yang menerangkan maksudnya tersendiri berkaitan perkara yang di atas untuk tindakan lanjut pihak tuan.

3. Mohon pihak tuan melengkapkan Borang Lampiran A dan mengemukakannya terus ke Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sesalinan ke Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara (u.p. : Pn. Hamiza binti Zakaria).

4. Sila klik di sini untuk muat turun surat dan borang.

Sekian, untuk tindakan pihak tuan selanjutnya.
Terima kasih.


HAMIZA BINTI ZAKARIA
Pegawai Eksekutif,
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.

Waktu Sekolah Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wrt. wbt.


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah Daerah Kinta Utara.


Tuan,

WAKTU SEKOLAH DALAM BULAN RAMADHAN 1433H

Dengan hormatnya saya merujuk perkara yang di atas.

2. Untuk makluman tuan, waktu sekolah dalam bulan Ramadhan tahun 1433H adalah mengikut pekeliling sedia ada iaitu Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1982.

3. Pihak sekolah diminta mematuhi panduan yang terdapat dalam pekeliling tersebut.

4. Sila muat turun pekeliling di sini.

Sekian, terima kasih.


HJ. ABDUL AZIZ BIN MAT JAIS

UNIT PENGURUSAN SEKOLAH
b.p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.