PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Jumaat, 10 Ogos 2012

Mengemaskini Sistem Operasi Data

Telah dihantar pada: Wed Aug 08, 2012 5:00 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia
Pemberitahuan

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Utara
(u.p. PK Pentadbiran dan Semua Guru)

Tuan,

PENGEMASKINIAN SISTEM PENGOPERASIAN DATA (e-OPERASI)

Perkara di atas dirujuk.

2. Sila maklum dan pohon hebahkan di sekolah masing-masing, bahawa proses Pengemaskinian Data e-Operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ secara rasminya telah bermula pada 01 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012. Untuk makluman data ini akan digunakan sebagai data asas bagi Sistem Pertukaran Guru secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran bulan Januari 2013.

3. Sehubungan itu, semua guru terutamanya yang bercadang untuk memohon pertukaran bagi sesi Januari 2013 adalah diwajibkan untuk menyemak dan mengemaskini data masing-masing. Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data PASTIKAN telah mendaftar masuk terlebih dahulu bagi mendapatkan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Jika pernah mendaftar atau menggunakan e-Operasi atau e-GTukar sebelum ini, sila gunakan LoginID dan Katalaluan yang sama. Kerahsiaan LoginID dan Katalaluan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

4. Semua Guru (secara individu) hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat tetapi tidak dapat dipinda sendiri, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk tindakan pembetulan maklumat (PK Pentadbiran adalah bertanggungjawab memastikan data yang hendak dipinda adalah betul dan sah terutamanya berkaitan dengan Maklumat Perkhidmatan).

5. Jika masih menghadapi masalah untuk LOGIN (terlupa LoginID dan Katalaluan - JANGAN mendaftar semula) atau menghadapi masalah untuk mengemaskini data, sila hubungi Pegawai Data PPD Kinta Utara untuk bantuan:

Sekolah Menengah Harian: Encik Kusaini bin Zulkafli, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG

Sekolah Rendah: Tuan Haji Syed Musa bin Syed Hashim, Penyelia Sekolah Rendah

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

_________________
KUSAINI BIN ZULKAFLI
Penolong PPD KGSK/GSTT/GG
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Telefon: 016-4146747
E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com

Pengurusan Pegawai Berprestasi Rendah

Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 9:21 am Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia


Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.

EDARAN BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH


Tarikh taklimat : 08 Ogos 2012
Tempat : Dewan Besar, PPD Kinta Utara

Sila muat turun untuk mendapatkan bahan taklimat tersebut.

Klik di sini untuk muat turun


Sekian, terima kasih.


ABDUL RAUF BIN SULAIMAN
Penolong PPD Pendidikan Khas,
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.

05-2544877

Cuti Berganti

Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 2:31 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara

Tuan,

CUTI BERGANTI PADA 16 DAN 17 OGOS 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa cuti berganti pada 16 Ogos 2012 ialah pada 8 September 2012 dan cuti berganti pada 17 Ogos 2012 ialah 22 September 2012.

2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa semua sekolah yang memohon 2 hari cuti berganti yang dinyatakan di atas sahaja yang akan mendapat kelulusan. Pihak sekolah diminta menghantar permohonan cuti berganti 3 salinan ke Jabatan Pelajaran Perak. Surat siaran mengenai pengumuman mengenai perkara di atas akan dimuatnaik kemudian.
Kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan terima kasih,
Sekian.

AZMIL KHUSAINI BIN KHALID,P.P.T.
Penolong PPD Perhubungan
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara