PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat. Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang : 1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus. 2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang. 3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan. 4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif. 5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.

Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda .................... Blog ini mula dibina pada 1 Disember 2009. Sehingga kini, blog ini telah dikunjungi melebihi 40,000 kali pengunjung ................ Penulis blog mengucapkan terima kasih atas kunjungan anda ....................

Jumaat, 10 Ogos 2012

Mengemaskini Sistem Operasi Data

Telah dihantar pada: Wed Aug 08, 2012 5:00 pm Balas dengan menggunakan quoteKembali Ke Atas

Salam 1Malaysia
Pemberitahuan

Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Rendah
Daerah Kinta Utara
(u.p. PK Pentadbiran dan Semua Guru)

Tuan,

PENGEMASKINIAN SISTEM PENGOPERASIAN DATA (e-OPERASI)

Perkara di atas dirujuk.

2. Sila maklum dan pohon hebahkan di sekolah masing-masing, bahawa proses Pengemaskinian Data e-Operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ secara rasminya telah bermula pada 01 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012. Untuk makluman data ini akan digunakan sebagai data asas bagi Sistem Pertukaran Guru secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran bulan Januari 2013.

3. Sehubungan itu, semua guru terutamanya yang bercadang untuk memohon pertukaran bagi sesi Januari 2013 adalah diwajibkan untuk menyemak dan mengemaskini data masing-masing. Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data PASTIKAN telah mendaftar masuk terlebih dahulu bagi mendapatkan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Jika pernah mendaftar atau menggunakan e-Operasi atau e-GTukar sebelum ini, sila gunakan LoginID dan Katalaluan yang sama. Kerahsiaan LoginID dan Katalaluan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.

4. Semua Guru (secara individu) hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat tetapi tidak dapat dipinda sendiri, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk tindakan pembetulan maklumat (PK Pentadbiran adalah bertanggungjawab memastikan data yang hendak dipinda adalah betul dan sah terutamanya berkaitan dengan Maklumat Perkhidmatan).

5. Jika masih menghadapi masalah untuk LOGIN (terlupa LoginID dan Katalaluan - JANGAN mendaftar semula) atau menghadapi masalah untuk mengemaskini data, sila hubungi Pegawai Data PPD Kinta Utara untuk bantuan:

Sekolah Menengah Harian: Encik Kusaini bin Zulkafli, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG

Sekolah Rendah: Tuan Haji Syed Musa bin Syed Hashim, Penyelia Sekolah Rendah

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

_________________
KUSAINI BIN ZULKAFLI
Penolong PPD KGSK/GSTT/GG
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara

Telefon: 016-4146747
E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com

Tiada ulasan: