Pelajar Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud telah menyertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia anjuran bersama Kementerian Komunikasi & Kebudayaan, Kementeriaan Pelajaran Malaysia, SKMM dan Pos Malaysia.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah.
Telah dihantar pada: Sun Sep 23, 2012 9:05 pm |
Salam 1Malaysia Perhatian dan tindakan segera Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara Tuan, PENGESAHAN PERMOHONAN PERTUKARAN GURU (e-GTUKAR) JANUARI 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa tarikh akhir Permohonan Pertukaran Guru (e-GTukar) Januari 2013 ialah pada 30 September 2012 manakala tarikh akhir Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar ialah pada 02 Oktober 2012. Aplikasi atas talian ini boleh dicapai melalui http://apps.moe.gov.my/epgo/ (sila gunakan ID Pengguna dan Kata laluan yang sama untuk e-Operasi). 3. Sehubungan itu, dipohon kerjasama tuan untuk membuat pengesahan dengan SEGERA dan tidak menunggu di saat-saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian. Sekian, terima kasih. |
_________________ KUSAINI BIN ZULKAFLI Penolong PPD KGSK/GSTT/GG Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Telefon: 016-4146747 E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com |
Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 |
Posted by hisham on 20/09/2012 9:10:00 am (48 reads) News by the same author |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1Malaysia,
Kepada :
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah Negeri Perak
Perkara : Pelaksanaan Saringan 3 (Thn1), Saringan 6 (Thn 2) dan Saringan 9 (Thn 3) Program LINUS Tahap 1 Negeri Perak
Dimaklumkan bahawa butiran pelaksanaan perkara di atas adalah seperti berikut :
i) Baca/Lisan : Dalam tempoh 23 Sept - 12 Okt 2012
ii) Tulis : Dalam tempoh 14-19 Okt 2012
iii) Kemasukan Data ke Portal : 22 Okt - 2 Nov 2012
Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta memastikan pelaksanaannya adalah mengikut proses yang terkini berdasarkan Surat Siaran KPM Bil. 9 Tahun 2012, no. rujukan KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4 (1) bertarikh 23 Mac 2012. Dilampirkan sekali lagi (sila klik di sini) untuk memudahkan rujukan pihak tuan.
Berdasarkan
surat siaran tersebut, murid Tahun 3 (Kohort 1) dan Tahun 2 (Kohort 2)
yang telah mencapai Perdana pada saringan sebelumnya (Saringan 8-Thn 3
dan Saringan 4-Thn 2) tidak perlu mengikuti saringan ini. Manakala
untuk Murid Tahun 1 (Kohort 3), semua murid Tahun 1 wajib mengikuti
saringan walaupun telah mencapai Perdana pada Saringan 2 yang lalu.
Berdasarkan
pengalaman saringan yang lepas daripada maklumat Pegawai FasiLINUS di
daerah yang mengesan bahawa terdapat sekolah yang tidak mematuhi surat
siaran tersebut. Ini menyebabkan berlakunya ralat data yang tidak
sepatutnya berlaku. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan perkara
ini tidak berulang lagi di sekolah masing-masing dengan mematuhi proses
pelaksanaan dalam surat siaran tersebut.
Sebarang
pertanyaan dan ketidakpastian berhubung dengan instrumen dan
pelaksanaan saringan, mohon dapat dirujuk kepada Pegawai FasiLINUS di
daerah masing-masing.
Saringan
9 (Kohort 3) merupakan saringan yang terakhir untuk murid Tahun 3.
Masih ada masa untuk meningkatkan penguasaan konstruk murid yang belum
mencapai KPI 2012. Mohon kerjasama pihak sekolah dan guru-guru membantu
dan membimbing murid-murid ini sebelum dilaksanakan Saringan Baca/Lisan
dan Bertulis ke atas mereka. Dan pastikan data yang dimasukkan adalah
betul dan tiada ralat.
Kerjasama pihak tuan diucapkan ribuan terima kasih.
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Perak.
|
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - |
SPA : KURSUS PENYEBARAN KSSR/PBS TAHUN 3 - 2012 |
Posted by yusman on 11/09/2012 4:20:00 pm (1261 reads) News by the same author |
Penolong PPD Kurikulum (Bahasa) Daerah, Semua Guru Besar, Sekolah Rendah Negeri Perak. Tuan/Puan, JADUAL PENYEBARAN KSSR/PBS & DOKUMEN STANDARD KURIKULUM KSSR TAHUN 3 2. Kursus Penyebaran KSSR/PBS Tahun 3 - 2012 akan dijalankan di seluruh negeri Perak. Untuk muat turun jadual tersebut, Sila Klik Di Sini.
3. Kerjasama tuan/puan juga turut dipohon agar dapat memuat turun, mencetak dan membawa Dokumen Standard Kurikulum tersebut semasa Kursus Penyebaran KSSR/PBS Tahun 3 mengikut mata pelajaran masing-masing. Sila muat turun mengikut mata pelajaran berikut: 6 Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan 11 Bahasa Cina 12 Bahasa Tamil 13 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih. b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik
|
Rating: 0.00 (0 votes) - Rate this News - |
Muat Turun SURAT SIARAN di sini. Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar Sekolah Menengah dan Rendah Negeri Perak Tuan/Puan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN BAGI TAHUN 2013 Sukacita saya diarah merujuk kepada surat Kementerian Pelajaran Malaysia KP(PP)SULIT 0063/1/1 JILID 15 (12) bertarikh 14 Ogos 2012 berhubung dengan perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Perak dalam proses menguruskan urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Tahun 2013. Pegawai yang layak adalah seperti di LAMPIRAN A.(sila klik untuk lihat dan muat turun) 3. Sehubungan itu, pihak tuan/puan dikehendaki memperakukan semua pegawai di bawah penyeliaan tuan/puan dengan melengkapkan borang di LAMPIRAN B1 hingga LAMPIRAN B9. Sila klik untuk lihat dan muat turun: 4. Oleh kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan menggunakan sistem epangkat sepenuhnya, maka pihak tuan/puan dikehendaki memastikan semua maklumat pegawai-pegawai yang layak dinaikkan pangkat Tahun 2013 dikemaskinikan. Maklumat-maklumat yang perlu dikemaskinikan dalam sistem epangkat adalah seperti berikut:
5. Selepas semua maklumat dikemaskini pihak tuan/puan selaku Ketua Jabatan hendaklah membuat pengesahan (‘Klik’ butang hantar pengesahan). 6. Bagi memudahkan jabatan ini membuat semakan dan memperakukan pegawai yang layak dalam urusan kenaikan pangkat secara time-based berasaskan kecemerlangan Tahun 2013 tuan/puan dikehendaki mengemukakan ke jabatan ini (u.p Unit Naik Pangkat) sebelum atau pada 14 September 2012 dokumen-dokumen seperti berikut:
7. Sebarang masalah jika ada, sila hubungi Unit Naik Pangkat di talian 5015059, 5015060, 5015061, 5015306 dan 5015064 untuk penjelasan selanjutnya.
Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||