Asssalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Diminta Ketua & Penolong Ketua Jawatankuasa menyediakan laporan dalam bentuk soft copy dan hard copy mengenai tindakan dan perkembangan terkini bidang masing-masing. Laporan ini akan dibentangkan semasa mesyuarat kali kedua yang akan dilangsungkan pada 10.2.2011 (Khamis) mulai jam 12.40 tengah hari. Semua ketua jawatankuasa diwajibkan hadir.
Contoh Laporan....
***Jawatankuasa yang belum menghantar laporan diminta menghantar dengan segera (Tarikh akhir : jam 12.00 tengah hari 12.2.2011-Sabtu)
Sekian, terima kasih.
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan