Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,
Para pelajar yang dikehendaki datang untuk menjalankan aktiviti kokurikulum akan diberi slip aktiviti oleh guru penasihat (kecuali aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu). Para pelajar juga diminta membawa kad gerko untuk ditandatangan di ruangan ketiga sebagai bukti kedatangan dan di ruangan pertama (minggu pertama aktiviti kokurikulum) dan ruangan kedua (minggu kedua aktiviti kokurikulum) untuk aktiviti Kem Bestari Solat, Kelas Tambahan & Kokurikulum Hari Sabtu.
Sekiranya tidak mendapat slip aktiviti bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak perlu hadir. Sekiranya hadir tetapi kad gerko tidak ditandatangan bermaksud anak/jagaan tuan/puan tidak hadir. Untuk pengetahuan tuan/puan kad gerko diberi secara percuma untuk pertama kali. Sekiranya berlaku kehilangan, tuan/puan diminta membeli semula dengan harga RM0.50.
Contoh Slip Aktivti & Kad Gerko
Sekian, terima kasih.
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
PENGUMUMAN
Visi SKHMC - Melonjakkan kecemerlangan individu melalui pendidikan berasaskan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah yang berkualiti di dunia dan di akhirat.
Misi SKHMC - Kami bertekad untuk bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang cemerlang. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan negeri Perak sentiasa di puncak kecemerlangan dalam bidang :
1. Pengurusan dan kepimpinan yang cekap, berkesan dan telus.
2. Akademik yang berasaskan pengurusan yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang terbilang.
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan.
4. Program sukan yang berasaskan pendekatan saintifik dan inovatif.
5. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan