Telah dihantar pada: Tue Feb 28, 2012 12:52 pm |
Salam 1Malaysia Pemberitahuan dan Peringatan Semua Pengetua dan PK Pentadbiran Sekolah Menengah Semua Guru Besar dan PK Pentadbiran SK, SJKC dan SJKT Daerah Kinta Utara Tuan, KEMASKINI DATA e-OPERASI DAN TANGGUNGJAWAB SETIAP PEGAWAI Perkara di atas dirujuk. 2. Untuk makluman, Mesyuarat Penyelarasan Teknikal Penempatan dan Penempatan Pertukaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) bersama Pegawai Data PPD Negeri Perak telah berlangsung pada 27 Februari 2012 di Hotel Heritage, Ipoh. 3. Melalui mesyuarat tersebut wakil BPSH telah menerangkan tentang tanggungjawab dan peranan setiap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di dalam melaksanakan proses kemaskini Sistem Pengoperasian Data (e-Operasi) 2012 yang merupakan sebahagian daripada SISTEM MAKLUMAT GURU (aplikasi yang digabungkan: e-Operasi, e-GTukar, ABM SM1, ABM SR1, e-Pangkat dan e-Tatatertib) yang bakal diimplementasikan sepenuhnya mulai tahun 2013. Sehubungan itu, diingatkan bahawa mulai tahun 2012, e-Operasi bukan lagi berperanan sebagai data asas Pertukaran Secara Atas Talian (e-GTukar) semata-mata. 4. Sila maklum bahawa melalui pelaksanaan e-Operasi dan lain-lain aplikasi di bawah SISTEM MAKLUMAT GURU ini, GURU DATA TIDAK LAGI BERPERANAN atau BERTANGGUNGJAWAB ke atas pengemaskinian data aplikasi ini. SEMUA GURU ADALAH BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DATANYA SENDIRI. Oleh itu, semua guru wajib mendaftar masuk dan mengemaskini data masing-masing (ada data sensitif yang tidak boleh dikemaskini sendiri dan memerlukan tindakan kemaskini oleh PK1). Manakala Standard Operating Procedure (SOP) Pegawai Pengesah peringkat sekolah adalah kepada PK1 dan Pengetua. Adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib jika disabitkan kesalahan kepada PK1 dan Pengetua yang menyerahkan kepada Guru Data atau lain-lain pihak yang tidak berkenaan untuk urusan kemaskini dan pengesahan data. PK1 dan Pengetua akan dipertanggungjawabkan jika berlaku kejadian manipulasi data oleh guru di bawah seliaan masing-masing. 5. Adalah diingatkan bahawa semua LoginID dan Katalaluan adalah RAHSIA masing-masing dan tidak boleh didedahkan kepada pihak lain, terutamanya LoginID dan Katalaluan PK1 / Pengetua. Sila guna LoginID yang sesuai sewaktu mendaftar kali pertama kerana LoginID ini kekal dan tidak boleh dipinda selagi berkhidmat di bawah KPM walaupun berpindah ke sekolah lain atau berlaku kenaikan pangkat. 6. Sila maklumkan perkara berkaitan tanggungjawab setiap guru untuk menyemak dan mengemaskini data e-Operasi ini kepada semua guru di bawah seliaan tuan. Tempoh kemaskini data adalah mulai 01 Mac 2012 hingga 27 Mac 2012. Aplikasi e-Operasi ini boleh diakses melalui http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ atau http://apps.moe.gov.my/epgo/ Sekian, harap maklum dan terima kasih. |
_________________ Kusaini Bin Zulkafli Penolong PPD KGSK/GSTT/GG Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara Telefon: 016-4146747 E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com Sumber |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan