PENGUMUMAN
Khamis, 23 Ogos 2012
Mesyuarat PBS
Mesyuarat PBS akan dijalankan pada 29.8.2012 mulai jam 12.00 tengah hari hingga 12.45 tengah hari di Makmal Komputer A. Kehadiran semua guru sidang petang diwajibkan. Semua guru diingatkan untuk melengkapkan segala maklumat berkaitan PBS dengan segera. (Makluman terdahulu mengenai mesyuarat pada 27.8.2012 adalah dibatalkan.)
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 17 Ogos 2012
Soal Selidik PBS
SPPP : SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS |
Posted by afandi on 16/08/2012 8:30:00 am (2256 reads) News by the same author |
PERHATIAN: Semua Pengetua, Semua Guru Besar, Semua SUP, Semua Guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu
SOAL SELIDIK KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN PBS
Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat kesediaan guru melaksanakan PBS. Dapatan soal selidik ini dapat membantu KPM merangka pelan tindakan penambahbaikan pelaksanaan PBS. Semua guru Tahun Satu, Tahun Dua, Tahun Tiga dan Tingkatan Satu WAJIB menjawab soal selidik ini. Sila KLIK DI SINI Kerjasama tuan/puan melengkapkan soal selidik amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
PENGARAH PEPERIKSAAN Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. |
Khamis, 16 Ogos 2012
Kursus KSSR dan PBS
Telah dihantar pada: Wed Aug 15, 2012 4:21 pm |
Semua Guru Besar Daerah Kinta Utara Tuan, PERUBAHAN JADUAL KURSUS PENYEBARAN KSSR DAN PBS TAHUN 3/2012 SEHINGGA 14 OGOS 2012 Sukacita dimaklumkan, terdapat perubahan jadual kursus seperti berikut: 1. Bahasa Cina SJKC 2. Matematik 3. Bahasa Tamil SJKT - Tarikh dan Tempat akan dimaklumkan kemudian. Sila muat turun jadual terkini. Klik ikon: . Oleh itu, mohon pihak tuan edarkan kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan kursus berkenaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Nik Mohd Ashraf bin Raja Berahim di talian 013-5273639. Sekian, terima kasih. |
_________________ NIK MOHD ASHRAF BIN RAJA BERAHIM PENOLONG PPD AKADEMIK (BAHASA MELAYU RENDAH) frezoppd@yahoo.com 05-2547472 / 013-5273639 |
Pertukaran Murid-murid ke SK Klebamg Jaya
Telah dihantar pada: Thu Aug 16, 2012 9:42 am |
TINDAKAN ------------- GURU BESAR, SK SRI KELEBANG; SK TASEK DAMAI; SK HJ MAHMUD; SK TASEK. PERTUKARAN MURID-MURID KE SEKOLAH BARU SK KLEBANG JAYA DAN BUKU TEKS (SPBT) Dengan hormatnya menarik perhatian tuan/puan yang berkaitan berhubung perkara di atas. 2. Peringatan ini adalah ditujukan kepada Guru Besar sekolah-sekolah yang tertera di atas berhubung pertukaran murid-murid darjah satu hingga darjah lima di sekolah tuan/puan ke sekolah baru SK Klebang Jaya mulai 18 September 2012. 3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan supaya membenarkan buku-buku teks murid-murid yang bertukar ke SK Klebang Jaya di bawa bersama ke sekolah baru.Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya dengan nombor telefon seperti tertera dibawah. Di atas kerjasama dan keperihatinan tuan/puan di dalam hal ini amat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang menjalankan tugas, |
_________________ MOKHTAR BAHARUDIN B ABDULLAH,amp. Penyelia HEM, PPD Kinta Utara. b/p Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara. Tel : 019-4416099 mokhtar.mba@gmail.com |
Selasa, 14 Ogos 2012
Jemputan Majlis Berbuka Puasa
Majlis berbuka puasa akan diadakan pada 14.8.2012 di kantin Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, 31200 Chemor, Perak. Pengisian program bermula jam 6.45 petang hingga 11.00 malam. Semua warga sekolah, pelajar, ibu bapa, penjaga Tahun 6 serta pelajar miskin dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
Isnin, 13 Ogos 2012
Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam
TATATERTIB - Penguatkuasaan Peraturan Berkaitan Pematuhan Waktu Bekerja Penjawat Awam |
Posted by balan on 13/08/2012 10:00:00 am (1067 reads) News by the same author |
***** MAKLUMAN *****
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan, PENGUATKUASAAN PERATURAN BERKAITAN PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PENJAWAT AWAM Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Bersama-sama ini di sertakan surat siaran Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam(Pembangunan) seperti berikut untuk makluman dan tindakan pihak tuan: Arahan Pematuhan Waktu Bekerja 3. Kerjasama tuan dalam memastikan pegawai awam di bawah seliaan tuan sentiasa mematuhi waktu bekerja seperti mana yang telah ditetapkan amat dihargai.
Sekian terima kasih.
UNIT TATATERTIB DAN KEUTUHAN JPN PERAK |
Kemudahan Cuti Bersalin Swasta
TATATERTIB - Kemudahan Cuti Bersalin Swasta |
Posted by balan on 13/08/2012 9:30:00 am (24 reads) News by the same author |
****MAKLUMAN**** Semua Pengetua dan Guru Besar Tuan, Dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas. 2. Untuk makluman, suatu taklimat/kursus mengenai Pengurusan Tatatertib telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta (U) pada 8/8/2012(Rabu) jam 9 pagi. Sewaktu taklimat/kursus tersebut, wujud persoalan mengenai cuti bersalin swasta. 3. Sehubungan dengan itu, seseorang pegawai/guru wanita yang bersalin layak mendapat Cuti Bersalin Bergaji Penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya seperti yang termaktub di Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2010. Merujuk kepada para 15.1 pekeliling yang sama, jelas menyatakan bahawa pegawai/guru wanita boleh menggunakan cuti bersalin swasta dan layak mendapat kemudahan seperti pekeliling tersebut. Pegawai dengan ini, tidak perlu mendapatkan endorsan dari Pegawai Perubatan Kerajaan seperti Cuti Sakit Swasta(Perintah Am 15(a) & Perintah Am 15(b) Bab C). Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk menyebar luas mengenai perkara diatas kepada semua pegawai dibawah seliaan tuan.
Sekian terima kasih. |
Sabtu, 11 Ogos 2012
Tambahan Cuti Berganti
TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012 |
Posted by yusnizam on 10/08/2012 10:39:18 am (1036 reads) News by the same author |
Semua Pegawai Pelajaran Daerah Semua Pengetua/Guru Besar
Tuan,
SURAT SIARAN TAMBAHAN CUTI BERGANTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2012
Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dimuat turun di pautan berikut :
Sektor Pengurusan Sekolah |
Jumaat, 10 Ogos 2012
Mengemaskini Sistem Operasi Data
Telah dihantar pada: Wed Aug 08, 2012 5:00 pm |
Salam 1Malaysia Pemberitahuan Semua Pengetua dan Guru Besar Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Rendah Daerah Kinta Utara (u.p. PK Pentadbiran dan Semua Guru) Tuan, PENGEMASKINIAN SISTEM PENGOPERASIAN DATA (e-OPERASI) Perkara di atas dirujuk. 2. Sila maklum dan pohon hebahkan di sekolah masing-masing, bahawa proses Pengemaskinian Data e-Operasi di http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ secara rasminya telah bermula pada 01 Ogos 2012 hingga 27 Ogos 2012. Untuk makluman data ini akan digunakan sebagai data asas bagi Sistem Pertukaran Guru secara on-line (e-GTukar) bagi pertukaran bulan Januari 2013. 3. Sehubungan itu, semua guru terutamanya yang bercadang untuk memohon pertukaran bagi sesi Januari 2013 adalah diwajibkan untuk menyemak dan mengemaskini data masing-masing. Sebelum membuat semakan dan pengemaskinian data PASTIKAN telah mendaftar masuk terlebih dahulu bagi mendapatkan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Jika pernah mendaftar atau menggunakan e-Operasi atau e-GTukar sebelum ini, sila gunakan LoginID dan Katalaluan yang sama. Kerahsiaan LoginID dan Katalaluan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. 4. Semua Guru (secara individu) hendaklah membuat semakan dan pengemaskinian data dengan menggunakan LoginID dan Katalaluan masing-masing. Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat tetapi tidak dapat dipinda sendiri, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk tindakan pembetulan maklumat (PK Pentadbiran adalah bertanggungjawab memastikan data yang hendak dipinda adalah betul dan sah terutamanya berkaitan dengan Maklumat Perkhidmatan). 5. Jika masih menghadapi masalah untuk LOGIN (terlupa LoginID dan Katalaluan - JANGAN mendaftar semula) atau menghadapi masalah untuk mengemaskini data, sila hubungi Pegawai Data PPD Kinta Utara untuk bantuan: Sekolah Menengah Harian: Encik Kusaini bin Zulkafli, Penolong PPD KGSK/GSTT/GG Sekolah Rendah: Tuan Haji Syed Musa bin Syed Hashim, Penyelia Sekolah Rendah Sekian, harap maklum dan terima kasih. |
_________________ KUSAINI BIN ZULKAFLI Penolong PPD KGSK/GSTT/GG b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara Telefon: 016-4146747 E-mel: kusaini.pppdkgsk@gmail.com |
Pengurusan Pegawai Berprestasi Rendah
Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 9:21 am |
Salam 1Malaysia
Semua Pengetua dan Guru Besar,
Sekolah Menengah dan Rendah,
Daerah Kinta Utara.
EDARAN BAHAN TAKLIMAT PENGURUSAN PEGAWAI BERPRESTASI RENDAH
Tarikh taklimat : 08 Ogos 2012
Tempat : Dewan Besar, PPD Kinta Utara
Sila muat turun untuk mendapatkan bahan taklimat tersebut.
Klik di sini untuk muat turun
Sekian, terima kasih.
ABDUL RAUF BIN SULAIMAN
Penolong PPD Pendidikan Khas,
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara.
05-2544877
Cuti Berganti
Telah dihantar pada: Thu Aug 09, 2012 2:31 pm |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-Sekolah Daerah Kinta Utara
Tuan,
CUTI BERGANTI PADA 16 DAN 17 OGOS 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa cuti berganti pada 16 Ogos 2012 ialah pada 8 September 2012 dan cuti berganti pada 17 Ogos 2012 ialah 22 September 2012.
2. Sehubungan dengan itu dimaklumkan bahawa semua sekolah yang memohon 2 hari cuti berganti yang dinyatakan di atas sahaja yang akan mendapat kelulusan. Pihak sekolah diminta menghantar permohonan cuti berganti 3 salinan ke Jabatan Pelajaran Perak. Surat siaran mengenai pengumuman mengenai perkara di atas akan dimuatnaik kemudian.
Kerjasama dan tindakan tuan didahului dengan ucapan terima kasih,
Sekian.
AZMIL KHUSAINI BIN KHALID,P.P.T.
Penolong PPD Perhubungan
b.p. Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara
Rabu, 8 Ogos 2012
JADUAL PENYEBARAN KURSUS KSSR DAN PBS TAHUN 3, 2012.
Telah dihantar pada: Fri Aug 03, 2012 6:10 am |
Semua Guru Besar, |
|
Khamis, 2 Ogos 2012
PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH
Telah dihantar pada: Wed Aug 01, 2012 3:15 pm |
Semua Guru Besar,
(kecuali SR Pendidikan Khas)
Daerah Kinta Utara
Tuan,
PELAKSANAAN ‘LESSON STUDY’ UNTUK GURU TAHUN 3 PERINGKAT DALAMAN SEKOLAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Lanjutan daripada Kursus Kelestarian Literasi & Numerasi LINUS NKRA 2012 Daerah Kinta Utara pada 14 Julai 2012 (Sabtu) yang lalu, pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut:
i) Minit Curai
ii) Laporan Kursus Dalaman
iii) Jadual Pelaksanaan ‘Lesson Study’ Peringkat Dalaman Sekolah
3. Pihak sekolah diminta menghantar maklumat berikut selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2012 kepada Pegawai FasiLINUS. Sebagai peringatan, pihak sekolah diminta melaksanakan “Lesson Study” sebelum Saringan 9 (Kohort 1) selesai. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.
4. Kerjasama tuan berhubung perkara di atas amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Pegawai FasiLINUS
PPD Kinta Utara